Memaparkan catatan dengan label Adi Putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adi Putra. Papar semua catatan

3 Sep 2022

Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa



Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Review Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Air Force The Movie Cast, Pelakon - Pelakon Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan Asa'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel,

Pada 29 Ogos 2022 yang lalu aku sempat menonton filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di panggung wayang. Not bad gak jalan ceritanya, bila menonton di panggung wayang ni lebih feel, berbanding menonton di rumah. Awalnya skeptikal juga sebab aku tak begitu minat menonton filem - filem pasal perang, tembak - menembak, bom mengebom ni semua. Namun begitu aku rasa syok jugak menonton filem ini, sebab jalan ceritanya menarik dan mudah difahami. Scene - scene perang tu semua kira okeyla bagi aku, pastu rasa kesian juga pada mereka yang terkorban dalam tu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka dan lakonan mereka berkesan dan menyakinkan. Kat sini aku tak nak bagi review panjang - panjang, just aku suka dengan movie ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa. Antara pelakon - Pelakon filem Air Force The Movie ini adalah Aiman Hakim, Adi Putra, Nas T, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Azira Shafinaz, Anas Ridzuan, Iman Corrine, Carmen Soo, Scha Alyahya, Fezrul Khan, Esma Daniel, Aqasha dan ramai lagi. Jadi apa pun jom tengok sinopsis filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di bawah ini okey..




Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Mengisahkan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran (Aiman Hakim), bakal abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


👉👉 Telefilem Sanggah (TV1)

Read More

24 Jun 2022

Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey



Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek TV Okey, Drama TV Okey, Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek, Novel PA Lelaki Kerek, Drama Adaptasi Novel, PA Lelaki Kerek Cast, Pelakon - Pelakon Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek Full Episode, Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey,

Drama PA Lelaki Kerek hampir sampai ke penghujungnya, drama ini disiarkan di TV Okey bermula 4 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 2.30 petang. Antara pelakon drama PA Lelaki Kerek ini adalah Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairil Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry dan ramai lagi. Selain itu drama PA Lelaki Kerek ini mempunyai 26 episod dan merupakan adaptasi daripada novel P.A Lelaki Kerek' karya Rose Eliza. Drama PA Lelaki Kerek ini disiarkan bagi menggantikadrama Imamku Okey yang telah tamat episodnya serta diarahkan oleh Haris Kadir dan diterbitkan oleh Pro Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama PA Lelaki Kerek ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Johan As'ari sebagai Tengku Irfan
Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin
Syafie Naswip sebagai Naufal
Wan Sharmila sebagai Melisa
Afifah Nasir sebagai Imelda
Adi Putra sebagai Irshad
Khairil Anwar Aman sebagai Tengku Iqbal




Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek - TV Okey

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu. Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat. Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?
Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek TV Okey, Drama TV Okey, Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek, Novel PA Lelaki Kerek, Drama Adaptasi Novel, PA Lelaki Kerek Cast, Pelakon - Pelakon Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek Full Episode, Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey,
Tonton Drama PA Lelaki Kerek Full Episode

Selain dari kaca tv, korang juga boleh menonton drama ini secara online di RTM KLIK



👉👉 Drama Lockdown 2 (Astro Ria)
Read More

11 Apr 2022

Telefilem Kerana Dia Isteri Lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini (TV2)



Telefilem Kerana Dia Isteri, Telemovie Kerana Dia Isteri TV2, Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri, Telefilem Kerana Dia Isteri Full, Kerana Dia Isteri Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kerana Dia Isteri, Adi Putra, Rita Rudaini, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan, Telemovie TV2 2022,

Telefilem Kerana Dia Isteri akan disiarkan pada hari Isnin, 11 April 2022, jam 9 malam di slot Drama On 2 di TV2. Antara pelakon telefilem Kerana Dia Isteri ini adalah Rita Rudaini, Adi Putra, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kerana Dia Isteri ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Spektra Selasih Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Kerana Dia Isteri ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri Lakonan Adi Putra, Rita Rudaini dan Tiz Zaqyah (TV2)

Demi kerjaya, Halimi terpaksa berpisah dengan isterinya, Suhana dan anak-anaknya. Dia mula curang dengan Nelisha ketika bekerja di bandar. Kerana mengikut nafsu, Halimi mula lupakan anak dan isterinya. Hinggalah suatu hari, Halimi terlibat dalam kemalangan dan cedera parah. Apa yang berlaku seterusnya? Masih adakah peluang kedua buat Halimi? Dapatkah Suhana menerima Halimi kembali.



Read More


My Random Post