3 Sep 2022

Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa



Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Review Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Air Force The Movie Cast, Pelakon - Pelakon Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan Asa'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel,

Pada 29 Ogos 2022 yang lalu aku sempat menonton filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di panggung wayang. Not bad gak jalan ceritanya, bila menonton di panggung wayang ni lebih feel, berbanding menonton di rumah. Awalnya skeptikal juga sebab aku tak begitu minat menonton filem - filem pasal perang, tembak - menembak, bom mengebom ni semua. Namun begitu aku rasa syok jugak menonton filem ini, sebab jalan ceritanya menarik dan mudah difahami. Scene - scene perang tu semua kira okeyla bagi aku, pastu rasa kesian juga pada mereka yang terkorban dalam tu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka dan lakonan mereka berkesan dan menyakinkan. Kat sini aku tak nak bagi review panjang - panjang, just aku suka dengan movie ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa. Antara pelakon - Pelakon filem Air Force The Movie ini adalah Aiman Hakim, Adi Putra, Nas T, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Azira Shafinaz, Anas Ridzuan, Iman Corrine, Carmen Soo, Scha Alyahya, Fezrul Khan, Esma Daniel, Aqasha dan ramai lagi. Jadi apa pun jom tengok sinopsis filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di bawah ini okey..




Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Mengisahkan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran (Aiman Hakim), bakal abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


👉👉 Telefilem Sanggah (TV1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post