4 Sep 2022

Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku (TV3)



Telefilem Kisah Hidupku TV3, Telemovie Kisah Hidupku TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku, Poster Telefilem Kisah Hidupku, Pelakon - Pelakon Telefilem Kisah Hidupku, Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Telemovie TV3,

Telefilem Kisah Hidupku sudah pernah disiarkan pada tahun 2020 yang lalu dan kini akan diulang siar pada hari Ahad ini, 4 September 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Kisah Hidupku ini adalah Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Indah Emeerlda, Adriana DFKL, Ameerul Asyraf dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kisah Hidupku ini diarahkan oleh Dir Fitry (Aidilfitri Mohamed Yunos) dan diterbitkan oleh Al Hidayah Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Kisah Hidupku di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku (TV3)

Ain mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi. Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular dalam kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya.  Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik. Penampilan baharu Ain telah menarik perhatian, Rudy yang ingin mengambil kesempatan atasnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Telefilem Sanggah TV1




Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post