1 Sep 2022

Review Drama Korea The Red Sleeve



Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

 Review Drama Korea The Red Sleeve Lakonan Lee Joon Ho (2PM) dan Lee Se Young


Lama tak buat review drama Korea ni, berderet - deret dah list drama Korea yang aku dah habis tengok, tapi rasa malas nak buat review tu memang dasyat hehehe. Jadi hari ni aku rajinkan diri sikit untuk buat review drama Korea yang bertajuk The Red Sleeve. Antara pelakon drama Korea The Red Sleeve ini adalah Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hee Jin, Kang Mal Geum, Yi Seo, Seo Hyo Rim, Park Ji Young, Jang Hye Jin, Lee Min Ji, Oh Dae Hwan dan ramai lagi. Drama ini berlatarbelakangkan zaman diraja, ala - ala drama sejarah gitu dan merupakan adaptasi daripada novel The Red Sleeve Cuff by Kang Mi Kang. Korean Drama The Red Sleeve ini diarahkan oleh Jung Ji In dan disiarkan di channel MBC bermula 12 November 2021 dan tamat episodnya pada 1 Januari 2022. Drama The Red Sleeve ini sangat popular okey dan disukai ramai sehingga pihak produksi extend satu episod menjadi 17 episod kesemuanya. Pada awalnya pelakon Park Hae Soo ditawarkan untuk menjadi heroin drama ini namun dia menolak dan akhirnya watak Sung Deok Im menjadi milik Lee Se Young. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

The Red Sleeve mengisahkan tentang Sung Deok Im yang merupakan seorang dayang istana. Sung Deok Im seorang yang ceria, bijaksana dan sangat enjoy dengan hidupnya. Putera mahkota Yi San kemudiannya jatuh cinta pada dirinya dan hal ini merumitkan keadaan kerana Sung Deok Im ingin hidup bebas tanpa terikat dengan istana mahu pun sesiapa. Namun dalam masa yang sama Sung Deok Im turut jatuh cinta pada Yi San namun tetap dengan prinsipnya yang ingin hidup bebas lalu menolak cinta putera mahkota Yi San. Sebelum dapat menjadi raja, Yi San terpaksa menghadapi segala kesukaran dan komplot pelbagai pihak yang tidak mahu dirinya menjadi raja. Namun Yi San akhirnya berjaya menjadi Raja Jeongjo menggantikan datuknya Raja Youngjo. Setelah menjadi Raja, Yi San mahu menjadikan Sung Deok Im sebagai gundiknya. Namun dalam masa yang sama Yi San tidak mahu memaksa Sung Deok im sebaliknya dia mahu Sung Deok Im menjadi gundiknya dengan rela hati tanpa paksaan. Namun Sung Deok Im tetap berkeras dan menolak untuk menjadi gundik Yi San, akhirnya Yi San melepaskan Sung Deok Im dari istana. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,
Yi San kemudian berkahwin dengan Puteri Hwabin dan takdir menemukannya semula dengan Sung Deok Im, apabila Sung Deok Im kembali menjadi dayang istana semula dan berkhidmat untuk isterinya Puteri Hwabin. Namun Puteri Hwabin melayan Sung Deok Im dengan teruk kerana cemburu melihat suaminya yang ada hati pada Sung Deok Im. Yi San kemudian terus memujuk Sung Deok Im buat kali terakhirnya untuk menjadi gundiknya. Akhirnya Sung Deok Im mengalah dan dirinya kini menjadi gundik raja yang kemudian melahirkan anak lelaki. Sung Deok Im kemudian digelar Royal Noble Consort Uibin Seong. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea The Red Sleeve ni. Sebenarnya rasa sedih dengan percintaan Yi San dengan Sung Deok Im ni, kalau diorang ni orang biasa mesti percintaan diorang lebih indah. Tapi bila dah melibatkan percintaan raja dan dayang istana ni memang tragislah jawabnya. Aku boleh faham kenapa Sung Deok Im seboleh mungkin menolak menjadi gundik raja ni sebab kehidupan menjadi seorang gundik raja sangat lonely okey.



Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,
Tak boleh keluar istana langsung, tak boleh bersembang dengan sesiapa sesuka hati, perlu jaga maruah raja, hanya boleh menunggu dan berharap raja datang menemuinya. Kemudian kerjanya hanya mengandung dan melahirkan anak saja, pendek kata jadi gundik raja ni memang lonely habis. Jadi dapat dilihat kehidupan Sung Deok Im ketika menjadi dayang istana sangat ceria, happy go lucky semua, tapi bila dah jadi gundik raja terus dia jadi kurang gembira, stress dan lonely.  Episod 15, 16 dan 17 drama Korea The Red Sleeve ni sangat sedih okey, especially episod akhir tu. Walaupun nampak Sung Deok Im dan Yi San sangat bahagia tapi bila anak lelaki diorang mati memang memberi kesan emosi yang teruk pada Sung Deok Im.Scene ketika anak lelaki diorang mati tu memang sedih gila, dah la ketika itu Sung Deok Im tengah mengandung pula tu. Selain itu scene ketika 3 orang kawan baiknya iaitu Bok Yeon, Kyung Hee, Young Hee yang juga dayang istana ingin keluar bersuka ria di luar istana juga sedih. Sebab Sung Deok Im hanya dapat melihat dari jauh diorang berjalan keluar istana sambil membayangkan dirinya juga ada bersama mereka. 
Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

Yela sebagai gundik raja mana dia boleh keluar istana sesuka hati tanpa ada raja bersamanya. So dia hanya mampu melihat dari kejauhan saja. Selain itu Sung Deok Im juga sangat mementingkan hubungan persahabatannya dengan kawan - kawannya itu. Walaupun dia bukan lagi dayang istana, dia tetap melayan kawan - kawannya sama seperti dulu. Rasanya scene - scene kelakar banyak datang dari watak Kang Tae Ho lakonan Oh Dae Hwan yang merupakan bodyguard Yi San. Bodyguard Yi San ni lurus bendul sikit tapi lawak, kawan - kawan Sung Deok Im juga kelakar sebab ada macam - macam perangai, ada yang garang, ada yang lemah lembut. Aku suka juga tengok Jang Hee Jin dalam drama ni, dia jadi Permaisuri Jungsoon yang berkahwin dengan datuk Yi San. Kiranya dia berkahwin pada usia muda, jadi memang nampak lawa je dia dalam drama ni. Awalnya nampak dia macam suka dan nak rapat dengan Sung Deok Im tapi bila Sung Deok Im dah jadi gundik raja, watak Jang Hee Jin macam dah hilang, tak nampak bayang dah. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

Salah satu watak yang turut hilang tiba - tiba adalah princess Hwawan yang merupakan makcik pada Yi San. Dia ni antara orang yang tak suka Yi San jadi raja, tapi lepas Yi San jadi raja, watak dia pun hilang, aku nak tau gak apa yang jadi kat dia lepas anak angkat dia dah dibunuh. Ending drama Korea The Red Sleeve ni memang sad endinglah bagi aku huuhu, tapi aku tak nak bagi spoilerlah apa jadi kan hehehe. Tapi sangat sad ending dan kita perlu berfikir sekejap apa yang sebenarnya terjadi. Separuh watak - watak dari drama ini memang benar - benr wujud pada zaman diraja tu, separuh lagi rekaanlah kan. Nak tahu lebih detail korang boleh baca kat wikipedia tu. Walaupun drama ini berkisarkan tentang kisah percintaan namun masih ada scene - scene suspen okey. Antaranya ketika ketua dayang istana tubuhkan satu kumpulan khas yang ingin membunuh Yi San. Serta ketika Hong Deok Ro yang merupakan kawan dan juga cikgu pada Yi san menculik dayang - dayang istana kerana marah dan ingin membalas dendam akibat kematian adiknya yang telah pun menjadi isteri Yi San. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

Selain itu aku suka juga tengok scene - scene yang melibatkan Hong Deok Ro dan Sung Deok Im ni sebab diorang saling membenci dan saling cemburu kerana masing - masing rapat dengan Yi San. Disebabkan Korean Drama The Red Sleeve ini sangat popular, ada satu rancangan khas dibuat yang menghimpunkan para pelakon dan watak - watak penting dalam drama ini. Rancangan ini bertajuk The Red Sleeve Talk Show, dalam rancangan ini para pelakon akan diinterview, diorang main games, diorang juga turut menceritakan hal - hal disebalik tabir masa pembikinan drama ini. Diorang turut tunjuk sedutan babak - babak tertentu dalam drama The Red Sleeve ni, pastu suruh diorang lakonkan semula dan sebagainya. Malah Lee Se Young turut menitiskan air mata apabila melibat beberapa babak sedih dalam drama ini. Jadi aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)


👉👉 Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)


💕💕 Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

1 ulasan:

  1. best drama ni, time diorang bercinta tu comel je tapi sedihlah drama ni.huhu

    BalasPadam



My Random Post