Memaparkan catatan dengan label Noorkhiriah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Noorkhiriah. Papar semua catatan

16 Okt 2022

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin (TV3)



Telefilem Matahari Tak Bercahaya, Telemovie Matahari Tak Bercahaya, Poster Telefilem Matahari Tak Bercahaya, Info dan Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya, Telefilem Matahari Tak Bercahaya Full, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Matahari Tak Bercahaya, Nad Zainal, Fattah Amin,

Telefilem Matahari Tak Bercahaya sepatutnya disiarkan pada 11 Jun 2022 yang lalu di slot Cerekarama TV3. Namun ianya digantikan dengan telefilem Hantu Karaoke dan telefilem Matahari Tak Bercahaya akan disiarkan kelak di TV3 iaitu pada hari Ahad 16 Oktober 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Matahari Tak Bercahaya ini adalah Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini dan ramai lagi. Selain itu telemovie Matahari Tak Bercahaya ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telemovie Matahari Tak Bercahaya ni kan, tak sabar nak menontonnya bila ianya disiarkan kelak. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini  di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin - Cerekarama TV3

Kisah Mastura seorang penjaga taska yang bertugas menjaga anak-anak tadika. Dia juga isteri kepada Shazan. Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi orang kampung. Sehinggalah satu insiden dia perlu ke hospital menerima rawatan dan berlaku kejadian tidak diminta apabila dia dijangkiti HIV. Dari situ perjalanan hidupnya berubah, dari disenangi dibenci. Jadi apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Filipina To Have & To Hold - Slot Sakura TV3


Read More

25 Ogo 2022

Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1)



Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Drama TV1, Drama Adaptasi Pantun, Poster Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Info dan Sinopsis Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil Cast, Pelakon - Pelakon Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Che Kem, Ziema Din, Fathil Dani, Raja Ema, Noorkhiriah, Wani Kayrie, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Bell Ngasri, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Sapri, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Mas Anizan,

Sempena Hari Kebangsaan ke-65, Unit Drama TV RTM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menyajikan drama adaptasi dari pantun bertajuk Pekan Kecil Kampung Terpencil. Drama ini mempunyai 10 episod dan akan disiarkan setiap hari bermula 22 Ogos 2022 ini hingga 31 Ogos nanti, jam 6 petang. Antara pelakon drama Pekan Kecil Kampung Terpencil ini adalah Che Kem, Ziema Din, Fathil Dani, Raja Ema, Noorkhiriah, Wani Kayrie, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Bell Ngasri, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Sapri, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Mas Anizan, Tj Isa, Rashid Jaafar, Yusran hashim, Aghonderan, Tan Mei Ling, Ratna Gowri Raman, Ruby Ooi, Joanna, Chah'ya, Rania Humaira dan ramai lagi. Selain itu drama Pekan Kecil Kampung Terpencil ini diarahkan oleh Wan Afzam Wan Daud dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Nampak menarik kan drama ini, kebiasaan drama selalu diadaptasikan daripada novel, kali ini ianya diadaptasikan daripada pantun pula, mesti syok layan drama ini kan. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis 
Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1)

Cerita bermula disebuah perkampungan terpencil yang masyarakatnya di situ sangat harmoni seperti sebuah keluarga besar. Tidak kira bangsa mereka semua saling tolong menolong dan menghormati. Di hari mereka menerima kedatangan kubah bagi masjid kecil mereka (hasil kutipan seluruh penduduk kampung) mereka juga menerima kedatangan seorang wanita, Dara yang dahulunya pernah bekerja disitu. Seluruh penduduk kampung terarah kepada pemuda bernama Wadud yang mereka semua tahu, pemuda tersebut pernah bercinta dengan wanita tersebut. Kisah epik percintaan antara mereka berdua kini menjadi perbualan disegenap kampung tersebut. Dari kecil hingga ke yang tua masing-masing bercerita tentang kisah cinta epik tersebut. Namun masing-masing masih tidak mendapat jawapan kenapa Wadud dan Dara itu berpisah. Bibit-bibit konflik mula terbit antara penduduk kampung, apabila masing-masing mempertahankan jawapan tentang perpisahan cinta epik tersebut. Ketua kampung mula menyedari tentang penduduk kampung. Mesyuarat tergempar diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut. Hinggalah seorang bernama Mokhtar bersuara agar mereka berdua dinikahkan. Cadangan itu diterima oleh semua orang kampung. Pembahagian tugas dilakukan malam itu juga, bagi mengetahui adakah Wadud dan Dara masih ada perasaan cinta tersebut. 

Wakil kaum lelaki pergi mendapatkan Wadud untuk mendapat kepastian. Wakil kaum wanita ditugaskan untuk berjumpa dengan Dara. Wadud pada mulanya menolak cadangan perkahwinan tersebut. Tetapi akhirnya setuju setelah dipujuk. Tetapi Wadud diletakkan syarat. Rusa! Ya rusa untuk hidangan perkahwinan itu. Dan tempoh pernikahan perlu diadakan dalam masa 10 hari lagi. Walaupun permintaan itu agak sukar, pasukan lelaki setuju. Terpaksa. Wakil kaum wanita berjumpa dengan Dara. Tidak sempat bertanya tentang status Dara, Dara mengatakan dia dan anaknya akan duduk disitu berdua sebelum yang lain datang. Jawapan itu disalah erti oleh wakil wanita. Mereka pulang hampa. Sehinggalah ketika mereka keluar dari rumah dan terserempak dengan ‘anak gadis’ Dara, iaitu Kasih. Kasih terlepas cakap yang mak longnya kena jaga dia disebabkan ibu dan ayahnya masih di Sabah sedang menguruskan perpindahan. Dara akhirnya akur juga dengan desakan. Namun dia juga mengenakan syarat. Majlis perkahwinan perlu diadakan seperti zaman dahulu termasuklah tradisi tol, rewang, joget lambak dan lain-lain. Persediaan untuk majlis makin hampir, masing-masing mula tertekan. Pelbagai perkara berlaku. Namun semua itu tidak mematahkan semangat mereka sekampung. Masing-masing fokus dengan tugas yang telah diberikan. Penghulu dan isteri dilihat orang paling sibuk.

Hari kelapan Dara dan Kasih tidak kelihatan dirumah. Begitu juga hari kesembilan. Seluruh kampung menjadi cemas dan tertanya-tanya. Mesyuarat tergempar diadakan. Salah menyalah mula berlaku. Mokhtar sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat logik. Mokhtar mengatakan yang Dara lari, seperti dahulu ketika Wadud dan Dara bercinta. Mokhtar berpendapat yang Dara takut dengan komitmen. Pada mulanya kebanyakkan mereka tidak menerima kenyataan dari Mokhtar. Tetapi melihat yang kesemua anak Mokhtar itu perempuan. Mereka akur, yang Mokhtar mengenali ‘hati, budi dan segalanya tentang perempuan. Wakil lelaki menenangkan Wadud. Risau Wadud kecewa sedangkan Wadud tenang-tenang sahaja dengan situasi tersebut. Hari kesepuluh, rusa sudah tertambat. Penduduk kampung mula berkumpul di tempat majlis yang dirancang. Penghulu tiba bersama isteri. Pemuzik, pesilat dan penari-penari sudah sampai. Wadud tiba lengkap berbusana. Seluruh penduduk hanya mampu memandang. Wadud berjalan yakin menuju ke tempat pernikahan yang disediakan. Satu jam lagi untuk menunggu jurunikah sampai. Dara masih tak nampak muka. Akhirnya jurunikah tiba. Masing-masing sudah redha dengan apa yang bakal berlaku.Tepat jam 10.00 pagi saat-saat mengujakan berlaku. Adakah bakal pengantin perempuan tiba seperti yang dijanjikan? Berjayakah mereka melaksanakan pelbagai adat perkahwinan lama seperi yang dirancang? 



Read More

21 Jun 2022

Telefilem Robohnya Rumah Kecil (TV2)



Telefilem Robohnya Rumah Kecil TV2, Telemovie Robohnya Rumah Kecil TV2, Sinopsis Telefilem Robohnya Rumah Kecil TV2, Telefilem Robohnya Rumah Kecil Full Episode, Telefilem Robohnya Rumah Kecil Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Robohnya Rumah Kecil, Poster Telefilem Robohnya Rumah Kecil,

Telefilem Robohnya Rumah Kecil akan disiarkan pada hari Selasa, 21 Jun 2022, 9 malam di slot Drama On 2 TV2. Antara pelakon telefilem Robohnya Rumah Kecil Nasir Bilal Khan, Azhan Rani, Noorkhiriah, Atiq Azman, Kamal Rezuan, Samsuri Shahrom, Ramah Haron, Thia Brizans, Mazlan Arifin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Robohnya Rumah Kecil ini diarahkan Sharidan Popeye dan diterbitkan Switch On Entertainment Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Robohnya Rumah Kecil ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Robohnya Rumah Kecil (TV2)
Kisah seorang remaja OKU yang menghidapi autism iaitu Syamil yang sangat menyayangi ayah, abang dan kakaknya dengan sepenuh hati. Pada suatu hari, Syamil telah berdepan dengan konflik perhubungan dengan abang kandungnya yang ego dan sombong dengan kerjayanya. Kerana perkara tersebut, satu tragedi telah menimpa keluarga mereka. Apakah kesudahan kisah keluarga ini?



Read More

18 Jun 2022

Telefilem Kayuh TV1



Telefilem Kayuh TV1, Telemovie Kayuh, Sinopsis Telefilem Kayuh TV1, Slot Panggung RTM TV1, Pelakon - Pelakon Telefilem Kayuh, Telemovie Kayuh Cast, Poster Telefilem Kayuh,

Telefilem Kayuh akan disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada hari Sabtu ini, 18 Jun 2022. Antara pelakon telefilem Kayuh ini adalah Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, Noorkhiriah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kayuh ini diarahkan oleh Mohd Erfan Zainaldin dan diterbitkan oleh Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (UDTV RTM). Telemovie Kayuh ini memaparkan pengorbanan seorang bapa tunggal mencari rezeki sebagai penarik beca. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Kayuh - Slot Panggung RTM TV1
Kisah Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masing-masing. Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya. 

Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang. Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya. Konflik seterusnya mula terjadi di dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabkan persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Cerekarama Misteri Lain Macam (TV3)


Read More

15 Mei 2022

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan (TV3)



Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan, Telefilem TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Slot Cerekarama TV3, Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Full Movie, Ayahanda Ibrah Ramadan Cast, Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Pelakon - Pelakon Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Poster Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Cerekarama Ayahanda Ibrah Ramadan,

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan telah pun disiarkan pada 14 Mei 2022 di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan ini adalah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shila dan ramai lagi. Telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan ini adalah prequel kepada drama bersiri Ayahanda yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Selain itu telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telemovie ini, bagi yang mengikuti drama Ayahanda sebelum ini pastilah kena tengok telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan ini kan. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan - Cerekarama TV3

Buat pertama kali, Noriah sebagai isteri yang taat telah memberontak terhadap Abdullah dan mereka bertengkar disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

4 Mei 2022

Telefilem Afghan (TV1)



Telefilem Afghan (TV1)

Telefilem Afghan akan disiarkan pada hari raya ketiga, 4 Mei 2022, jam 11 pagi dan juga 9 malam. Antara pelakon telefilem Afghan ini adalah Nafiz Muaz, Nam Ron, Noorkhiriah, Sharifah Sofia, Sangeeta Krishnasamy, Syed Irfan, Rafe Sumanteri, Ken Ridzuan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Afghan ini akan diarahkan oleh Isma dan diterbitkan oleh Havarri Akh Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telefilem Afghan ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Afghan ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Afghan Lakonan Nafiz Muaz, Namron dan Noorkhiriah (TV1)

Mengisahkan Afghan, seorang pemuda buta yang jika dilihat pada mata kasar dirinya biasa sahaja. Tetapi hakikatnya pemuda istimewa ini ditakdirkan Allah terbuka hijabnya boleh melihat kejadian masa depan. Afghan telah dijaga oleh Bilal Soleh yang tempang kaki kanan. Tanpa pengetahuan Afghan, Bilal Soleh sebenarnya menyembunyikan hakikat yang amat pedih sekali. Bilal Soleh adalah lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan kematian bapa Afghan. Lalu apakah kesudahannya?



Read More


My Random Post