23 Dis 2019

Sinopsis Telefilem Shiba Shiba Doo (Astro Citra)




Shiba Shiba Doo, Telefilem Shiba Shiba Doo, Telemovie Shiba Shiba Doo, Sinopsis Telemovie Shiba Shiba Doo, Astro Citra, Lawak, Komedi, Telefilem Lakonan Syafiq Kyle, Watak - Watak Pelakon Dalam Telefilem Shiba Shiba Doo, Senarai Pelakon Telefilem Shiba Shiba Doo, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Poster Telefilem Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Telefilem Astro Citra 2019,

Telefilem Shiba Shiba Doo telah pun disiarkan di Astro Citra pada 21 Disember 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Shiba Shiba Doo ini adalah Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki dan ramai lagi. Manakala Sharifah Sakinah dan Amerul Affendi 
turut membuat penampilan istimewa dalam telemovie Shiba Shiba Doo ini. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan diterbitkan oleh Lumatic Films Sdn Bhd. Aku dah tengok telefilem Shiba Shiba Doo ni kat Astro Go, memang best dan lawak gitu, plus barisan pelakon pun memang best - best belaka. Walaupun jalan ceritanya  kelakar tapi diselitkan juga nasihat dan pengajaran gitu. Di penghujung telefilem ini turut ada bloopers gitu, nampak para pelakon pun enjoy berlakon dalam cerita ni. Paling best bila nama Beto Kusyairy kerap disebut dalam telefilem ni hahaahaha. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam telefilem Shiba Shiba Doo serta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..
Shiba Shiba Doo, Telefilem Shiba Shiba Doo, Telemovie Shiba Shiba Doo, Sinopsis Telemovie Shiba Shiba Doo, Astro Citra, Lawak, Komedi, Telefilem Lakonan Syafiq Kyle, Watak - Watak Pelakon Dalam Telefilem Shiba Shiba Doo, Senarai Pelakon Telefilem Shiba Shiba Doo, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Poster Telefilem Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Telefilem Astro Citra 2019,
Watak Pelakon
Zahiril Adzim sebagai Chulat
Syafiq Kyle sebagai Shiba
Aloy Paradoks sebagai Kanji
Taqim Zaki sebagai Mun
Nesa Idrus sebagai Abil
Sharifah Sakinah sebagai Sakinah
Amerul Affendi sebagai DJ Apahal Tu



Sinopsis Telefilem Shiba Shiba Doo Lakonan Zahiril Adzim dan Syafiq Kyle
Mengisahkan Chulat yang merupakan seorang playboy dan gemar melepak di kelab malam. Abil adalah rakan sekerja Chulat yang dah lama meminati Chulat turut datang ke kelab malam tersebut untuk mengorat Chulat. Abil ditemani kawan baiknya iaitu Mun. Shiba yang merupakan lelaki lembut turut lepak di kelab malam tersebut dengan kawan - kawannya. Disebabkan satu hal Chulat dan Shiba bergaduh dan dalam perjalanan pulang dengan Abil dan Mun, Chulat secara tak sengaja terlanggar Shiba dengan keretanya. Disebabkan panik dan menyangka Shiba telah mati, Chulat, Abil dan Mun membuat keputusan untuk menanam mayat Shiba di dalam hutan. Namun mereka panik bila mayat Shiba hilang dan akhirnya mereka sedar Shiba tak mati dan telah melarikan diri. Chulat, Mun dan Abil kemudian pergi mencari Shiba dengan niat untuk memujuk dan meminta maaf pada Shiba. Namun mereka terserempak pula dengan Encik Kanji di dalam hutan tersebut. Encik Kanji kemudian membawa mereka bertiga ke rumahnya. Abil kemudiannya telah ternampak Shiba di salah satu bilik dirumah itu lalu menjerit. Akhirnya mereka semua sedar yang mereka dalam bahaya dan kini mereka berdepan dengan seorang perogol bersiri yang sukakan lelaki. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Lara Syakila (TV2)

1 ulasan:

  1. Hahaha kelakar la baca sinopsis dia. Nak tengok jugak la sebab ramai pelakon bagus dalam telefilem ni

    BalasPadam



My Random Post