Memaparkan catatan dengan label Syafiq Kyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syafiq Kyle. Papar semua catatan

17 Okt 2022

Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)



Drama One Cent Thief, Drama One Cent Thief Astro Ria, Sinopsis Drama One Cent Thief Astro Ria, Drama One Cent Thief Full Episode, Drama One Cent Thief Episod 1 Hingga 8, Ending Drama One Cent Thief, One Cent Thief Cast, Pelakon - Pelakon Drama One Cent Thief, Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Syafinaz, Sofia Jane, Carmen Soo, Amerul Affendi,

Drama One Cent Thief telah mula bersiaran di Astro Ria sejak 8 Oktober 2022 setiap Sabtu, jam 11 malam. Antara pelakon drama One Cent Thief ini adalah Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Sofia Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi. Selain itu drama One Cent Thief ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain serta diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures. Drama One Cent Thief ini diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai. Nampak menarik kan drama ini kan, harus tengok ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama One Cent Thief ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey,,

Watak dan Barisan Pelakon Drama One Cent Thief

Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Faizal Hussein sebagai Abah (Shah Karim)
Azira Shafinaz sebagai Intan
Fabian Loo sebagai Ash Lee
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sebagai Devan
Amerul Affendi sebagai Kadak
Carmen Soo sebagai Irene
Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh
Krishna Kumar Nair sebagai Sathish
Rubi Rubini sebagai Mimi
Amir Nafis sebagai Wan Zairol
Fadhli Masoot sebagai Shemad
Aleza Shadan sebagai Mak Iman




Sinopsis Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama One Cent Thief

👄👄 Punca nyanyian Lil J & Putera Muhammad


Read More

27 Ogo 2022

Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)



Drama Cinta Buat Dara, Drama Cinta Buat Dara Slot Lestary TV3, Poster Drama Cinta Buat Dara, Info dan Sinopsis Drama Cinta Buat Dara, Cinta Buat Dara Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Buat Dara, Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi,

Drama Cinta Buat Dara adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan untuk menggantikan Drama Honey-Moon lakonan Ben Amir dan Zara Zya yang telah tamat episodnya. Drama Cinta Buat Dara telah mula bersiaran di TV3 pada 24 Ogos 2022 yang lalu setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Selain itu drama ini turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. Antara pelakon drama Cinta Buat Dara ini adalah Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi dan ramai lagi. Selain itu drama Cinta Buat Dara ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Ng Ken Kin serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus macam syok gak tengok gandingan Syafiq Kyle dan Riena Diana ni. Baru teringat diorang pernah bergandingan dalam drama Nur dulu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Buat Dara dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Riena Diana sebagai Dara
Syafiq Kyle sebagai Hariz 
Sean Lee sebagai Jason
Shah Rezza sebagai Harun
Rozita Che Wan sebagai Rose
Angeline Tan sebagai Lily
Sharifah Shahora sebagai Rozie 
Badrul Muhayat sebagai Zaim
Wan Nor Azlin sebagai Mala




Sinopsis Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)

Mengisahkan Dara yang kasar dan selalu menimbul masalah kepada ibunya, dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan itu, Kak Ros, bekas juara Kebaya Ratu. Hariz seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi. Melalui masa mereka bekerja bersama, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukainya satu sama lain. Namun, Atirah, gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang. Serik dengan kelakuan Dara (Riena Diana) sebagai seorang pemain papan luncur yang kasar dan sering menimbulkan masalah, ibunya telah berhasrat untuk menghantar Dara pulang ke kampung dan meminta tolong Kak Ros (Rozita Che Wan) supaya mengajar dan melembutkan kelakuan anaknya. Pada masa yang sama, Dara yang telah bergaduh dengan Hariz (Syafiq Kyle) di Kuala Lumpur kini berjumpa semula di kampung mereka di Kuala Selangor kerana berkerja dengan ayah Hariz di sebuah kedai runcit. Dalam usaha untuk mengubah personaliti Dara menjadi lebih lemah lembut dan ayu, ibunya ingin mengenalkan Dara dengan anak lelaki kawannya. Namun, Dara tidak mahu dipaksa untuk berkenalan dengan lelaki itu dan meminta Hariz untuk menjadi teman lelaki sementara Dara. Hariz bersetuju untuk menjadi teman lelaki Dara, tetapi Dara harus berjanji untuk tidak jatuh hati padanya.
Drama Cinta Buat Dara, Drama Cinta Buat Dara Slot Lestary TV3, Poster Drama Cinta Buat Dara, Info dan Sinopsis Drama Cinta Buat Dara, Cinta Buat Dara Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Buat Dara, Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi,
Lagu Tema / OST Drama Cinta Buat Dara

👄👄 Cinta Buat Dara nyanyian Yulia Kamelia

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ampas (Astro Citra)


Read More

10 Jun 2022

Drama Seribu Nina Lakonan Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan Marsha (Viu Malaysia)



Drama Seribu Nina, Drama Seribu Nina Viu Malaysia, Seribu Nina Cast, Drama Seribu Nina Full Episode, Poster Drama Seribu Nina, Info dan Sinopsis Drama Seribu Nina, Pelakon - Pelakon Drama Seribu Nina, Seribu Nina Synopsis, Drama Lakonan Syafiq Kyle,

Drama Seribu Nina mula disiarkan di Viu yang merupakan perkhidmatan penstriman video OTT. Drama ini disiarkan di Viu Malaysia bermula 19 Mei 2022 yang lalu dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu. Antara pelakon drama Seribu Nina ini adalah Syafiq Kyle, Adriana Adnan, Marsha Milan, Adlin Aman Ramlie, Fahmy Reza, Nadia Aqilah, Chelsia Ng, Riezman Khuzaimi, Arash Mohd, Roniey Syahrul dan ramai lagi. Selain itu drama Seribu Nina ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan diterbitkan oleh Infinitus Ventures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, jalan ceritanya pun unik dan lain dari yang lain. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Seribu Nina beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Adriana Adnan sebagai Nina
Syafiq Kyle sebagai Amar
Marsha Milan sebagai Didi
Adlin Aman Ramlie sebagai Firdaus
Fahmy Reza sebagai sebagai Sado
Nadia Aqilah sebagai Yati
Chelsia Ng sebagai Ann
Riezman Khuzaimi sebagai Sebi
Arash Mohammad sebagai Orang Besar
Roniey Syahrul sebagai Hooded Assassin




Sinopsis Drama Seribu Nina Lakonan Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan Marsha Milan (Viu Malaysia)

Mengisahkan satu pasangan yang berbeza personaliti : Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain. Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..

Tonton Drama Seribu Nina Full Episode

Penonton Viu boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com 

 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose Episod 1 Hingga 20 Di Slot MegaDrama Astro Ria


⏩⏩ Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)


👉👉 Drama Filipina To Have & To Hold - Slot Sakura TV3

Read More

15 Jan 2022

Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)



Telefilem Nafsu Mental, Telemovie Nafsu Mental, Info dan Sinopsis Telefilem Nafsu Mental, Poster Telefilem Nafsu Mental, Telefilem Nafsu Mental Full, Pelakon Telefilem Nafsu Mental,
Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Telefilem Nafsu Mental akan disiarkan pada hari Sabtu, 15 Januari 2022 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Nafsu Mental ini adalah Syafiq Kyle, Fatin Afeefa, Riz Amin, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu telemovie Nafsu Mental ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Fast Motion Sdn Bhd. Wah nampak macam menarik kan drama ini, macam unik je jalan ceritanya. Apa pun jom tengok sinopsis penuh telemovie ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Mengisahkan tentang tabiat buruk yang mendorong seseorang yang pada pandangan mata kasar manusia sebagai 'orang baik' boleh bertindak di luar batas kemanusiaan. 
Mengisahkan Hazriq dan kawannya yang ditangkap oleh ketua flat kerana menonton video lucah. Awalnya Hazriq tenang namun segalanya berubah bila ayahnya iaitu Firdaus (Riz Amin) datang memarahinya dan memukulnya. Hazriq terkejut melihat ayahnya begitu marah padanya. Dalam hal yang lain. Nizam (Syafiq Kyle) dan Idin (Meor Mohd) adalah bersahabat baik dan tinggal berjiran, malah isteri mereka berdua juga berkawan baik. Nizam seorang suami dan ayah yang baik berbeza dengan Idin. Namun suatu hari isteri Nizam menemui satu koleksi video lucah di bawah katil dan mula rasa tak sedap hati mengenai perangai suaminya itu. Namun Nizam mengatakan video tersebut milik kawannya dan dia hanya tolong menyimpannya sahaja. Rupa - rupanya kesemua video tersebut milik sahabatnya Idin. Dalam hal yang lain Maria (Fatin Afeefa) datang melawat ayahnya yang sakit dan mereka merupakan keluarga yang bahagia. Suatu hari Maria dan ibunya Anita (Fazlina Ahmad Daud) pergi ke pasaraya untuk membeli barang - barang memasak. Namun Maria yang tertinggal dompetnya kembali ke kereta lalu diculik oleh seorang lelaki. Setelah sedar kereta dan anaknya yang hilang, Anita meminta pihak pengurusan untuk check CCTV disitu dan akhirnya Anita sedar yang anaknya telah diculik. Apa yang berlaku seterusnya? 



Read More

8 Okt 2021

Drama Diva Popular 2 Lakonan Tiz Zaqyah dan Nabila Huda (Awesome TV)



Drama Diva Popular 2, Poster Drama Diva Popular 2, Info dan Sinopsis Drama Diva Popular 2, Diva Popular 2 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Diva Popular 2, Drama Awesome TV,

Drama Diva Popular 2 kembali lagi menemui penonton di slot Dramedi TV Awesome bermula 25 September yang lalu bagi menggantikan Drama Penghulu Interim yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Diva Popular 2 ini adalah Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Yusof Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Ellie Suriaty, Didies Alias, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Nampaknya drama ini masih mengekalkan barisan pelakon asal drama ini di musim kedua. Selain itu drama Diva Popular 2 ini mempunyai 13 episod dan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Awesome TV serta diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Rumah Karya Citra. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Diva Popular 2 Lakonan Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan Syafiq Kyle (Awesome TV)

Musim sebelum ni, menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan. Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran. Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima). Apa yang berlaku seterusnya?

Tonton Drama Diva Popular 2 Full Episode
💛💛 Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di laman web Awesome TV 

Lagu Tema / OST Drama Diva Popular 2

💚💚 Chikadun nyanyian Floor 88

 ⏩⏩ Drama Wifi Sebelah Rumah Episod 1 Hingga 16 Lakonan Zul Ariffin dan Ruhainies (TV3)

💓💓 Drama Gerak Khas Undercover Episod 1 Hingga 30 (Full Episode) Di TV3

Read More

23 Jul 2021

Drama Suara Hati Episod 1 Hingga 13 Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela (Astro Prima)



Drama Suara Hati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Drama Suara Hati Slot Tiara Astro Prima, Drama Suara Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Suara Hati, Drama Suara Hati Online, Drama Adaptasi Novel, Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Hanna Aqeela, Drama Baru Aidil Aziz, Poster Drama Suara Hati, Pelakon - Pelakon Drama Drama Suara Hati,
Drama Suara Hati Episod 1 Hingga 13 Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela (Full Episode) Di Astro Prima

Drama Suara Hati akan disiarkan di slot Tiara Astro Prima mulai 19 Julai 2021 bagi menggantikan Drama Derita Untuk Bahagia lakonan Amar Baharin dan Azar Azmi yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Suara Hati karya Anis Ayuni dan mempunyai 13 episod serta disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Antara pelakon drama Suara Hati ini adalah Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Dato Seri Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan A Rahman, Zera Hariz, Qistina Khaled, Syahir Shafein dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Emy Suffian (Pyan Screw) dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, rasanya ni pertama kali tengok gandingan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela ini. Apa pun aku memang suka dengan novel - novel karya Anis Ayuni ni. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suara Hati di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey.

Syafiq Kyle sebagai Harris
Hanna Aqeela sebagai Hani
Aidil Aziz sebagai Naim
Zera Hariz sebagai Suraya
Afzan A Rahman sebagai Amir
Qistina Khaled sebagai Sarah
Syahir Shafein sebagai Ramzi
Liza Rafar sebagai Sha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
Shah Rezza sebagai Jo




Sinopsis Penuh Drama Suara Hati Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela - Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri. Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan. Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.
Drama Suara Hati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Drama Suara Hati Slot Tiara Astro Prima, Drama Suara Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Suara Hati, Drama Suara Hati Online, Drama Adaptasi Novel, Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Hanna Aqeela, Drama Baru Aidil Aziz, Poster Drama Suara Hati, Pelakon - Pelakon Drama Drama Suara Hati,
Lagu Tema / OST Drama Suara Hati
💋 Biar Aku Simpan nyanyian Bimasakti dan Oktovia Manrose

 ⏩⏩ Drama Ayahanda Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3

Read More

6 Feb 2021

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche Lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana



Telefilem Bukan Cerita Cinta, Telemovie Bukan Cerita Cinta, Sinopsis Telefilem Bukan Cerita Cinta, Poster Telefilem Bukan Cerita Cinta,

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche akan disiarkan pada Sabtu ini 6 Februari 2021, jam 9 malam di Astro Citra.  Antara pelakon telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche ini adalah Mimi Lana, Syafiq Kyle, Alif Aziz, Firdaus Nadxaman, Lienda Halim, Nazzaty Rusli, Saidah Kamarudin, Sara Zulkifli, Hazeman Huzir, Eddy Effrimz dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bukan Cerita Cinta Cliche ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman dan diterbitkan oleh GUAM Teamwork Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche ini kan, bergandingan lagi Syafiq Kyle dan Mimi Lana ni, kadang - kadang diorang jadi adik - beradik, kadang - kadang diorang jadi kekasih. So agak - agak korang diorang jadi apa dalam telefilem ini?. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem 
Bukan Cerita Cinta Cliche Lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana 
(Astro Citra)

Mengisahkan Emmel seorang penulis kisah cinta. Skrip tulisan Emmel mendapat sambutan hangat daripada penonton mahupun penerbit. Ironinya, dalam kehidupan realiti, Emmel tidak mempunyai kehidupan cinta dan masih bersendirian serta mengimpikan cinta dalam kehidupan realitinya, lalu dia menyertai sebuah kumpulan terapi untuk berkongsi masalah peribadinya. Apa yang berlaku seterusnya?..

⏩⏩ Info dan Sinopsis Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)
Read More

7 Nov 2020

Telefilem Cerai Lakonan Syafiq Kyle dan Siti Khadijah (Astro Citra)



Telefilem Cerai, Telemovie Cerai, Sinopsis Telefilem Cerai, Poster Telefilem Cerai, Pelakon - Pelakon Telefilem Cerai, Syafiq Kyle, Siti Khadijah Halim, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Aloy Paradoks, Astro Citra,

Telefilem Cerai akan disiarkan pada 7 November 2020 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Cerai ini adalah Syafiq Kyle, Siti Khadijah Halim, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Aloy Paradoks dan ramai lagi. Selain itu telemovie Cerai ini diarahkan oleh Ariff  Zulkarnain dan diterbitkan oleh Heritage Movies Sdn Bhd. Wah Syafiq Kyle berambut panjang dalam telefilem ini, apa pun nampak menarik kan telefilem ni. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Cerai Lakonan Syafiq Kyle dan Siti Khadijah (Astro Citra)

Mengisahkan 2 pasangan yang telah berkahwin yang memiliki kebahagian dan kedukaan masing. Mampukah kebahagiaan berbelas tahun kekal bahagia dan perkahwinan yang baru setahun jagung yang goyah kembali bahagia apabila berdepan fasa PKP. Apa yang berlaku seterusnya?..

⏩ Sinopsis Novel Dia Bidadari Dari Syurga Karya Syamnuriezmil (Drama Adaptasi Novel)

Read More

6 Sep 2020

Telefilem Derai Lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana - Cerekarama TV3




Telefilem Derai, Cerekarama Derai, TV3, Slot Cerekarama TV3, Telefilem Lakonan Syafiq Kyle, Telefilem Lakonan Mimi Lana,

Telefilem Derai akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 5 September 2020 jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Derai ini adalah Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli, Riz Amin, Jay Iswazir, Puteri Rafasya, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Derai ini adalah Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem ini kan, plus para pelakonnya juga best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Derai Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Redza Rosli (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Nurul, seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suami, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu. Apa yang berlaku seterusnya?...
Telefilem Derai, Cerekarama Derai, TV3, Slot Cerekarama TV3, Telefilem Lakonan Syafiq Kyle, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Telefilem Lakonan Redza Rosli, Riz Amin,
Jom Baca ini juga ⏩ Review Drama Korea Hi Bye Mama
Read More

16 Ogo 2020

Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak lakonan Syafiq Kyle dan Yuna Rahim




Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak, Telemovie Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak, Sekuel pada Telefilem Pengantin Lari Culik Artis, Astro Citra, Syafiq Kyle, Yuna Rahim, Jasmin Hamid,

Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak adalah sekuel kepada telefilem Pengantin Lari Culik Artis lakonan Syafiq Kyle dan Nabila Razali. Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak sudah disiarkan di Astro Citra pada 15 Ogos 2020 yang lalu iaitu pada hari Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak ini adalah Syafiq Kyle, Yuna Rahim, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Selain itu telemovie Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan diterbitkan oleh Tsar Asia Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem ini kan, tengok trailer je dah nampak lawak gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye.




Sinopsis 
Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak lakonan Syafiq Kyle dan Yuna Rahim (Astro Citra)

Jay Johan (Syafiq Kyle) terpaksa mengikut kehendak Fammy untuk menculik sepupunya Mira (Yuna Rahim) dari kena kahwin paksa! Malang untuk Jay Johan, rupanya Mira hater tegar beliau! Boleh ke Jay Johan selamatkan haternya tanpa merosakkan kerjaya sendiri? apa yang berlaku seterusnya?.

Read More

23 Dis 2019

Sinopsis Telefilem Shiba Shiba Doo (Astro Citra)




Shiba Shiba Doo, Telefilem Shiba Shiba Doo, Telemovie Shiba Shiba Doo, Sinopsis Telemovie Shiba Shiba Doo, Astro Citra, Lawak, Komedi, Telefilem Lakonan Syafiq Kyle, Watak - Watak Pelakon Dalam Telefilem Shiba Shiba Doo, Senarai Pelakon Telefilem Shiba Shiba Doo, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Poster Telefilem Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Telefilem Astro Citra 2019,

Telefilem Shiba Shiba Doo telah pun disiarkan di Astro Citra pada 21 Disember 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Shiba Shiba Doo ini adalah Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki dan ramai lagi. Manakala Sharifah Sakinah dan Amerul Affendi 
turut membuat penampilan istimewa dalam telemovie Shiba Shiba Doo ini. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan diterbitkan oleh Lumatic Films Sdn Bhd. Aku dah tengok telefilem Shiba Shiba Doo ni kat Astro Go, memang best dan lawak gitu, plus barisan pelakon pun memang best - best belaka. Walaupun jalan ceritanya  kelakar tapi diselitkan juga nasihat dan pengajaran gitu. Di penghujung telefilem ini turut ada bloopers gitu, nampak para pelakon pun enjoy berlakon dalam cerita ni. Paling best bila nama Beto Kusyairy kerap disebut dalam telefilem ni hahaahaha. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam telefilem Shiba Shiba Doo serta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..
Shiba Shiba Doo, Telefilem Shiba Shiba Doo, Telemovie Shiba Shiba Doo, Sinopsis Telemovie Shiba Shiba Doo, Astro Citra, Lawak, Komedi, Telefilem Lakonan Syafiq Kyle, Watak - Watak Pelakon Dalam Telefilem Shiba Shiba Doo, Senarai Pelakon Telefilem Shiba Shiba Doo, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Poster Telefilem Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Telefilem Astro Citra 2019,
Watak Pelakon
Zahiril Adzim sebagai Chulat
Syafiq Kyle sebagai Shiba
Aloy Paradoks sebagai Kanji
Taqim Zaki sebagai Mun
Nesa Idrus sebagai Abil
Sharifah Sakinah sebagai Sakinah
Amerul Affendi sebagai DJ Apahal Tu



Sinopsis Telefilem Shiba Shiba Doo Lakonan Zahiril Adzim dan Syafiq Kyle
Mengisahkan Chulat yang merupakan seorang playboy dan gemar melepak di kelab malam. Abil adalah rakan sekerja Chulat yang dah lama meminati Chulat turut datang ke kelab malam tersebut untuk mengorat Chulat. Abil ditemani kawan baiknya iaitu Mun. Shiba yang merupakan lelaki lembut turut lepak di kelab malam tersebut dengan kawan - kawannya. Disebabkan satu hal Chulat dan Shiba bergaduh dan dalam perjalanan pulang dengan Abil dan Mun, Chulat secara tak sengaja terlanggar Shiba dengan keretanya. Disebabkan panik dan menyangka Shiba telah mati, Chulat, Abil dan Mun membuat keputusan untuk menanam mayat Shiba di dalam hutan. Namun mereka panik bila mayat Shiba hilang dan akhirnya mereka sedar Shiba tak mati dan telah melarikan diri. Chulat, Mun dan Abil kemudian pergi mencari Shiba dengan niat untuk memujuk dan meminta maaf pada Shiba. Namun mereka terserempak pula dengan Encik Kanji di dalam hutan tersebut. Encik Kanji kemudian membawa mereka bertiga ke rumahnya. Abil kemudiannya telah ternampak Shiba di salah satu bilik dirumah itu lalu menjerit. Akhirnya mereka semua sedar yang mereka dalam bahaya dan kini mereka berdepan dengan seorang perogol bersiri yang sukakan lelaki. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Lara Syakila (TV2)
Read More

4 Nov 2019

Sinopsis Filem Pusaka (2019)




Pusaka, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Pusaka, Pusaka The Movie, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Sinopsis Filem Pusaka, Filem Baru Syafiq Kyle, Filem Baru Mimi Lana, Kisah Seram, OST Filem Pusaka Nyanyian Siti Nordiana, Poster Filem Pusaka, Watak Pelakon Dalam Filem Pusaka, Senarai Pelakon Filem Pusaka (2019), Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim,

Filem Pusaka sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 31 Oktober 2019 yang lalu dan mendapat sambutan daripada penonton. Dibarisi dengan ramai pelakon popular dan terkenal serta jalan ceritanya yang seram dan misteri membuatkan filem Pusaka ini mendapat perhatian penonton. Antara pelakon filem Pusaka ini adalah Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim dan ramai lagi. Selain itu filem Pusaka ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh Astro Shaw, Alpha47 Films dan Director’s Think Tank. Nampak menarik filem seram Pusaka ini kan sebab ianya menggabungkan elemen penyiasatan dan juga mistik. Apa pun jom tengok sinopsis movie Pusaka ini di bawah ye.




Sinopsis Filem Pusaka

Mengisahkan tentang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) yang telah menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, hidup Inspektor Nuar Ishak asyik diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.  Disamping permasalahan dengan adik kembarnya Nur (Mimi Lana) dan semakin hilang pertimbangan diri, Nuar harus selesaikan kes tersebut sebelum ramai lagi nyawa yang hilang.
Pusaka, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Pusaka, Pusaka The Movie, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Sinopsis Filem Pusaka, Filem Baru Syafiq Kyle, Filem Baru Mimi Lana, Kisah Seram, OST Filem Pusaka Nyanyian Siti Nordiana, Poster Filem Pusaka, Watak Pelakon Dalam Filem Pusaka, Senarai Pelakon Filem Pusaka (2019), Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim,
Lagu Tema / OST Pusaka
➤ Kejam nyanyian Siti Nordiana

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

~ Blog Dari Hati Miss Mulan~
Read More

12 Jun 2019

Drama Bukan Cinta Aku (Akasia TV3)




Bukan Cinta Aku, Drama Bukan Cinta Aku, Slot Akasia, TV3, Drama Baru Slot Akasia TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Syafiq Kyle New Drama, Janna Nick New Drama, Pelakon Indonesia Baim Wong, Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku, Poster Drama Bukan Cinta Aku, Cast, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir, Blog Dari Hati Miss Mulan,
Drama Bukan Cinta Aku Lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan Baim Wong

Drama Bukan Cinta Aku adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang sudah bersiaran sejak 5 Jun 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama Bukan Cinta Aku ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir dan ramai lagi. Selain itu drama ni mempunyai 20 episod dan jalan cerita drama ini juga nampak menarik. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bukan Cinta Aku ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..

Janna Nick sebagai Riana (Nur Ariana)
Syafiq Kyle sebagai Tengku Isma
Baim Wong sebagai Arjuna
Mimi Lana sebagai Qisya
Daler Yusuf sebagai Aidil
Eizlan Yusof sebagai Dato Razak
Maria Farida sebagai Datin Raihan
Dini Schatzmann sebagai Remy
Azizah Mahzan sebagai Mak Arjuna
Marisa Yasmin sebagai Tengku Khaleeda
Fizo Omar sebagai Sam
Eyka Farhana sebagai Nida
Paula Verhoevan sebagai Bella
Aishah Azman sebagai Lily
Jay Iswazir seabgai Adi 





Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku Siaran Slot Akasia TV3


Riana yang belajar di London bercuti di San Francisco bersama keluarganya untuk cuti semester. Riana kelihatan murung pulang kerana bergaduh dengan kekasihnya Aidil, anak kepada seorang ahli politik. Disana Riana sering ditemani Arjuna, pemandu peribadi keluarganya. Kata-kata semangat Arjuna memberi kekuatan kepada Riana untuk meneruskan hidupnya tanpa Aidil. Melihat pada ketulusan Arjuna membuatkan Riana suka kepada Arjuna. Hubungan Arjuna dan Riana sangat unik. Memang Arjuna sukakan Riana tapi, Arjuna sedar dirinya hanya seorang pemandu. Dia tak layak mendampingi Riana. Hubungan mereka semakin rapat dan mula merahsiakan hubungan cinta mereka daripada kedua ibu bapa Rania. Malangnya rahsia mereka terbongkar dan Rania dipaksa berkahwin dengan Tengku Isma. Sejak perkahwinan itu, Rania tidak begitu gembira. Apa berlaku seterusnya?..

Ending Drama Bukan Cinta Aku - Update 2/7/2019

Ramai yang tak puas hati bila Arjuna mati, dah lah jadi gila, mati pula tu, baru je dia ingat Riana kan, tup tup mati. Sesuai dengan tajuk drama ni, bukan cinta Arjuna, Riana mahu pun Isma. Masing - masing keseorangan.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More


My Random Post