15 Jan 2022

Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)



Telefilem Nafsu Mental, Telemovie Nafsu Mental, Info dan Sinopsis Telefilem Nafsu Mental, Poster Telefilem Nafsu Mental, Telefilem Nafsu Mental Full, Pelakon Telefilem Nafsu Mental,
Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Telefilem Nafsu Mental akan disiarkan pada hari Sabtu, 15 Januari 2022 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Nafsu Mental ini adalah Syafiq Kyle, Fatin Afeefa, Riz Amin, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu telemovie Nafsu Mental ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Fast Motion Sdn Bhd. Wah nampak macam menarik kan drama ini, macam unik je jalan ceritanya. Apa pun jom tengok sinopsis penuh telemovie ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Mengisahkan tentang tabiat buruk yang mendorong seseorang yang pada pandangan mata kasar manusia sebagai 'orang baik' boleh bertindak di luar batas kemanusiaan. 
Mengisahkan Hazriq dan kawannya yang ditangkap oleh ketua flat kerana menonton video lucah. Awalnya Hazriq tenang namun segalanya berubah bila ayahnya iaitu Firdaus (Riz Amin) datang memarahinya dan memukulnya. Hazriq terkejut melihat ayahnya begitu marah padanya. Dalam hal yang lain. Nizam (Syafiq Kyle) dan Idin (Meor Mohd) adalah bersahabat baik dan tinggal berjiran, malah isteri mereka berdua juga berkawan baik. Nizam seorang suami dan ayah yang baik berbeza dengan Idin. Namun suatu hari isteri Nizam menemui satu koleksi video lucah di bawah katil dan mula rasa tak sedap hati mengenai perangai suaminya itu. Namun Nizam mengatakan video tersebut milik kawannya dan dia hanya tolong menyimpannya sahaja. Rupa - rupanya kesemua video tersebut milik sahabatnya Idin. Dalam hal yang lain Maria (Fatin Afeefa) datang melawat ayahnya yang sakit dan mereka merupakan keluarga yang bahagia. Suatu hari Maria dan ibunya Anita (Fazlina Ahmad Daud) pergi ke pasaraya untuk membeli barang - barang memasak. Namun Maria yang tertinggal dompetnya kembali ke kereta lalu diculik oleh seorang lelaki. Setelah sedar kereta dan anaknya yang hilang, Anita meminta pihak pengurusan untuk check CCTV disitu dan akhirnya Anita sedar yang anaknya telah diculik. Apa yang berlaku seterusnya? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post