Selain itu Bollywood Movie Kalank ini diterbitkan oleh Karan Johar, Sajid Nadiadwala, Hiroo Yash Johar dan Apoorva Mehta. Lagu - lagu OST Kalank ni boleh tahanlah tapi tak ada yang betul - betul menarik perhatian aku. Sinematografi filem Kalank ni memang wow, cantik betul, penuh warna -warni, perfect gitu. Tapi bila tengok keseluruhan aspek dari segi wardrobe pelakon, sinematografi, lagu, jalan cerita dan lain - lain lagi membuatkan aku teringat filem - filem arahan Sanjay Leela Bhansali, sebab nampak lebih kurang sama je. Ada gak yang kata yang filem Kalank ni macam nak tiru filem - filem arahan Sanjay Leela Bhansali tu. Di awal cerita nampak menarik movie ni tapi bila sampai di pertengahan cerita, dah jadi boring gitu. Scene bullfighting tu sangat tak perlu kot, aku siap skip lagi scene tu, macam tak ada idea lain. Aku tak suka dengan watak Alia Bhatt dalam movie ni, dia selalu dapat watak wanita yang degil dan suka memberontak gitu hehe. Watak Varun Dhawan sebagai Zafar tu pun aku tak suka juga, sebab dia playboy dan pendendam. Dia sengaja nak gunakan Roop untuk sakitkan hati bapa dia yang tak mengaku dia anak.
Aku paling suka dengan watak lakonan Aditya Roy Kapur dan Sonakshi Sinha saja. Scene paling lawak yang buat aku tergelak bila tengok movie ni masa Roop (Alia Bhatt) datang office suami dia iaitu Dev Chaudhry (Aditya Roy Kapur), tapi dia dan Dev saling tak kenal antara satu sama lain, walaupun dah kahwin hahaha. Aku suka juga scene - scene yang melibatkan watak Alia Bhatt dan Aditya Roy Kapur yang baru nak start berkawan baik. Latar masa movie Kalank ini adalah pada tahun 1945 dan 1946 gitu. Mengisahkan tentang Satya Chaudhry yang sakit Kanser dan tidak mahu suaminya Dev hidup sendirian selepas kematiannya nanti. Maka Satya pergi berjumpa dengan kawan lamanya Roop dan memintanya untuk menjadi isteri pada Dev. Awalnya Roop menolak tapi akhirnya bersetuju dan menjadi isteri kedua Dev. Walaubagaimanapun Dev sangat mencintai Satya dan berterus - terang pada Roop yang dia cuma cintakan Satya saja dan hubungannya dengan Roop hanya sekadar atas nama saja. Roop yang kecewa, cuba mengubat hatinya dengan belajar muzik dari Bahaar Begum (Madhuri Dixit).
Roop juga turut bekerja di syarikat penerbitan suaminya. Tak lama kemudian Roop bertemu dengan Zafar (Varun Dhawan) yang merupakan seorang tukang besi dan juga playboy terkenal di kawasan itu. Zafar cuba mengorat Roop walaupun tahu Roop adalah isteri orang. Lama - kelamaan Roop benar - benar jatuh cinta dengan Zafar tanpa mengetahui niat sebenar Zafar yang ingin membalas dendam pada keluarga mertuanya itu. Zafar adalah anak luar nikah Bahaar Begum dengan Balraj Chaudhry (Sanjay Dutt). Balraj Chaudhry adalah bapa mertua pada Roop, Balraj tidak mengaku yang Zafar adalah anaknya dan membuatkan Zafar sakit hati dan cemburu pada Dev. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu adalah serba sedikit sinopsis filem Bollywood Kalank ini. Ending filem Kalank ini memang sad ending gitu, tapi walaupun endingnya sedih tapi aku rasa biasa saja hahaha. Filem ini tak memberi impak yang kuat pada aku, even endingnya juga biasa - biasa saja. Hindi Movie Kalank tak begitu mendapat sambutan, banyak yang memberi review yang negatif mengenai filem ini.
Agak sayang bila para pelakon dah best dah, tapi jalan cerita boring tapi sinematografi filem ini memang cantiklah kan. Plus movie ni ada banyak lagu dan durasi masanya agak panjang. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.2/10 bintang untuk movie ini.
Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Drama Lara Syakila (TV2)
jemput join ye ^^
BalasPadamhttps://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html
dah lama tak tengok hindustan, huhu ^_^
BalasPadam