15 Mac 2021

Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf (TV1)



Drama Cinta Untuk Raf, TV1, Info dan Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf, Poster Drama Cinta Untuk Raf TV1, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Untuk Raf, Drama Baru Luqman Hafidz, Drama Baru Sasqia Dahuri, Drama Baru Tash Yong,

Drama Cinta Untuk Raf sudah bersiaran sejak 15 Februari 2021 di slot Bidadari TV1 RTM iaitu setiap Isnin hingga Jumaat 3.05 petang. Antara pelakon drama Cinta Untuk Raf ini adalah Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cinta Untuk Raf Karya Rabihah Nur Ridhuan. Selain itu drama 26 episod ini diarahkan oleh Zek Zukry dan diterbitkan oleh Open Echo Communications Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Untuk Raf ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Luqman Hafidz sebagai Raf
Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina 
Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
Badrul Muhayat sebagai Raza
Dilla Ahmad sebagai Aqilah
Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
Tina Rasid sebagai Nadirah
Zarynn Min sebagai Lily
Idris Md Diah sebagai Ariz 
Ema Akma sebagai Zaharah 
Melissa Campbell sebagai Dr Kim 
Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona 
Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun 




Sinopsis Penuh Drama Cinta Untuk Raf Lakonan Luqman Hafidz dan Sasqia Dahuri dan Tash Yong (TV1)

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf. Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini. Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Keputusan Pemenang AJL35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post