10 Dis 2018

Sinopsis Telemovie Abah (Astro Citra)




Abah, Telemovie, Telefilem, Telemovie Abah, Telefilem Abah, Astro Citra, 2018, Poster Telemovie Abah, Cast, Pelakon Telemovie Abah, Sara Ali, Sherie Merlis, Azhari Zain, Azman Hassan, Azhar Zainal, Harith Nin Hamshah, Sinopsis Telefilem Abah,

Telefilem Abah telah pun disiarkan di Astro Citra (saluran 131 & 126) pada 8 Disember 2018 yang lalu. Antara pelakon telemovie Abah ini adalah Sara Ali, Sherie Merlis, Azhari Zain, Azman Hassan, Azhar Zainal, Harith Nin Hamshah dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Abah ini adalah Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd & Iskaf Malaysia. Nampak menarik telemovie Abah ini serta ada banyak pengajaran gitu. Ending telemovie Abah ini agak tergantung sikit sebab tak tahu kenapa Bakri tak balik - balik walaupun dah bertahun lamanya. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Abah di bawah ini ye.




Sinopsis Telemovie Abah Lakonan Sara Ali

Bakri (lakonan Azhari Zain) dan Siah (lakonan Sherie Merlis) hidup bahagia serta mempunyai 2 orang anak iaitu Amin dan Dira (lakonan Sara Ali). Walaubagaimanapun kehidupan Siah dan anak - anaknya mula berubah bila Bakri yang pergi berlayar dan bekerja di kapal tidak pulang - pulang ke rumah selama bertahun - tahun lamanya. Selepas 7 tahun Bakri masih belum pulang, malah surat dan poskad juga tidak pernah dikirimnya. Sejak Bakri tiada, Siah mula difitnah oleh orang kampung dan digelar sebagai janda. Kawan baik Bakri iaitu Leman (Azman Hassan) sering menggangu Siah dan ingin mendapatkan Siah namun Siah setia menanti Bakri. Dira kini makin dewasa dan mempunyai kawan rapat yang bernama Rosman. Mereka telah berkawan sejak kecil lagi.

Hubungan Dira dan abangnya Amin juga kurang baik kerana mereka sering bergaduh. Dira tak puas hati dengan sikap abangnya itu yang hanya inginkan duit dari ibunya serta sering menjual barang - barang lama kepunyaan ayah mereka. Selepas manuskrip Dira ditolak, Rosman mencadangkan Dira untuk mengikuti kursus keusahawanan untuk anak Felda dan turut memberi idea supaya Dira menjual ikan bilis buatan ibunya yang memang sedap dan terkenal di kampung berkenaan. Dira hanya mengikut cakap Rosman dan tanpa disangka Dira terpilih untuk mendapat dana dan modal untuk memulakan perniagaannya itu. Setelah mengetahui Dira akan memulakan perniagaannya, abangnya iaitu Amin mula berubah sikap dan berbaik - baik dengan Dira. Malah abangnya juga rajin menolong Dira dalam perniagaannya.

Dira sedikit kecewa dengan Rosman yang menghilangkan diri secara tiba - tiba. Namun tak lama kemudian Rosman datang semula bertemu Dira dan ternampak Abang Dira cuba menjual barang - barang perniagaan Dira secara rahsia. Rosman cuba memberitahu Dira akan perkara tersebut, namun Dira tidak mempercayainya malah turut memarahinya dengan teruk. Apa yang berlaku seterusnya?..

5 ulasan:

  1. x tengok sampai habis sbb ngantuk sgt.

    BalasPadam
  2. bagusnya director selitkan insentif dari kerajaan macam telemovie gunting

    BalasPadam
  3. Agaknya Dira, dapat tak bertemu dgn abahnya, ini adalah kerana bertemu dgn abahnya merupakan cita2 sejak dari bangku sekolah lagi,di penghujung cerita ni masih tak menyebelahi keluarga Dira tanpa kehadiran abah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulahhh, kesian Dira dan ibu Dira, tapi sekurang - kurangnya Dira dah berjaya dalam hidupnya dan juga perniagaannya..

      Padam



My Random Post