22 Dis 2018

Episod Akhir Drama Terbaik Dariku (TV3)




Terbaik Dariku, Drama Terbaik Dariku, Ending Drama Terbaik Dariku, Episod 15 Drama Terbaik Dariku, Episod Akhir Drama Terbaik Dariku, Final Episode, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Best, Watak Dalam Drama Terbaik Dariku, Taufiq, Aisyah, Suraya, Zaharah, Drama Melayu 2018, Cast, Pelakon Drama Terbaik Dariku, Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Azri Iskandar, Adam Corrie, Ainina Ahmad, Ikhlas Jalil, Amirul Faqeem, Sabhi Saddi, Adrea Abdullah, Sinopsis Episod Akhir Drama Terbaik Dariku, OST Terbaik Dariku, Lagu Tiada Dendam Nyanyian Zara Zya,
Episod Akhir Drama Terbaik Dariku (TV3)

Akhirnya tamat sudah drama kesukaan ramai ini iaitu drama Terbaik Dariku, drama 15 episod ini sudah tamat episodnya dan episod akhir drama Terbaik Dariku sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 pada 18 Disember yang lalu. Selepas ini drama Jika Masih Ada Rindu lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha akan bersiaran bagi menggantikan drama ini. Drama Terbaik Dariku ini dibintangi oleh Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Azri Iskandar, Adam Corrie, Ainina Ahmad, Ikhlas Jalil, Amirul Faqeem, Sabhi Saddi, Adrea Abdullah dan ramai lagi. Ending drama Terbaik Dariku agak sad ending dan juga happy ending hehe. Apa pun ending drama ini memang tidak dijangka sebab tak sangka watak hero mati hehe. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama ini di bawah ye.




Sinopsis Episod Akhir Drama Terbaik Dariku (TV3)

Aishah akhirnya yakin yang Zaharah adalah Khatijah iaitu adik kandungnya yang diculik ketika mereka masih kecil. Aishah berasa menyesal kerana tidak mempercayai cakap Zaharah serta melayannya dengan kasar dan dingin sekali. Manakala Taufik pula membawa Suraya tinggal di rumah Aishah buat sementara waktu. Aishah pula tidak selesa bila Suraya tinggal di rumahnya namun tak sampai hati nak menyuruh Suraya keluar dari rumah itu. Lama - kelamaan Aishah mula cemburu melihat kemesraan Taufik dan Suraya. Sementara itu Tiger pula nekad untuk mencari Zaharah dan bapanya Azman, dan akhirnya Azman telah dibunuh oleh mereka. Zaharah pula berasa sedih mengenangkan nasibnya dan yakin tiada siapa yang sayangkannya. Manakala Taufik pula ingin membantu Aishah mencari Zaharah dan mereka berjaya menjumpai Zaharah yang tengah melarikan diri daripada konco - konco Tiger. Aishah dan Taufik membawa Zaharah pergi dari situ.

Mak Taufik iaitu Saodah turut pindah masuk ke rumah Aishah mula memarahi Suraya lepas nampak Suraya tengah seronok berbual dengan kawannya yang datang ke rumah. Manakala Aishah dan Zaharah telah berbaik namun Taufik masih rasa sangsi pada Zaharah. Aishah turut menyakinkan semua orang di rumahnya yang Zaharah adalah adik kandungnya. Manakala Zaharah pula risau jika Tiger datang mencarinya di rumah Aishah dan dia bimbang dengan keselamatan semua orang di rumah itu, jika dia masih tinggal di situ. Namun Aishah menyakinkannya yang rumah tersebut selamat. Tak lama kemudian rumah Aishah tiba - tiba tak ada elektrik dan Tiger serta konco - konconya masuk ke rumah Aishah untuk mencari Zaharah. Taufik sempat merampas pistol dari salah seorang konco Tiger, manakala Tiger pula telah berjaya masuk ke rumah Aishah dan mengacukan pistol pada Zaharah serta mengugut untuk membunuh semua orang dalam rumah tersebut.

Taufik kemudian datang dan menembak Tiger, begitu juga Tiger yang sempat menembak Taufik. Akhirnya Taufik mati dan selepas 2 tahun kemudian kelihatan Aishah hidup bahagia bersama dengan adiknya Zaharah serta Suraya bersama anak - anak mereka. Mak Taufik juga sudah berubah menjadi baik dan mereka sekeluarga hidup gembira.

1 ulasan:



My Random Post