3 Dis 2018

Telemovie Kau Roadblock Hatiku (Astro Citra)




Kau Roadblock Hatiku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Kau Roadblock Hatiku, Telefilem Kau Roadblock Hatiku, 2018, Astro Citra, Komedi, Sinopis Kau Roadblock Hatiku, Lagu Popular Kumpulan Floor88, Zalikha, Aqilah, Lagu Kau Roadblock Hatiku Duet Bersama Baby Shima, Cast, Pelakon Telemovie Kau Roadblock Hatiku, kumpulan Floor 88 yang terdiri daripada Ayiel Elham, Eric Fuzi, Zai Hamzah, Falique Ghazali, Akram K, Amirul Affeq serta Eyra Hazali dan Elizabeth Tan,

Telefilem Kau Roadbloack Hatiku telah disiarkan di Astro Citra pada 1 Disember 2018 yang lalu menerusi slot Citra Exclusive. Antara pelakon telemovie Kau Roadblock Hatiku ini adalah kumpulan Floor 88 yang terdiri daripada Ayiel Elham, Eric Fuzi, Zai Hamzah, Falique Ghazali, Akram K, Amirul Affeq serta Eyra Hazali dan Elizabeth Tan. Selain itu telefilem Kau Roadblock Hatiku ini diarahkan oleh Irwan Rauf dan Dian Mayasari serta diterbitkan oleh Shutterspeak Studio Production. Jalan cerita telemovie ini agak kelakar jugalah, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Kau Roadblock Hatiku - Astro Citra

Mengisahkan tentang kumpulan yang sedang meningkat naik iaitu kumpulan Floor88 yang sebelum ini popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan yang terbaru dengan lagu Kau Roadblock Hatiku duet bersama dengan Baby Shima. Satu hari kumpulan Floor88 mendapat undangan persembahan di tempat yang besar dan ramai orang. Walaubagaimanapun ada syarat yang perlu kumpulan Floor 88 ikut, dimana mereka perlu menyiapkan lagu baru mereka dalam tempoh seminggu. Mereka kemudiannya mula risau kerana belum ada idea lagi untuk membuat lagu baru. Mereka mula memikirkan serta membincangkan tentang idea untuk lagu baru tersebut dan salah seorang dari mereka ingin membuat lagu tentang kisahnya dan Elizabeth Tan. Tak lama kemudian ada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis dan salah seorang dari ahli kumpulan Floor 88 terpandang seorang wanita cantik yang bernama Aqilah (lakonan Eyra Hazali)dan terus terpikat. Dia kemudian cuba mencari wanita berkenaan di setiap tempat yang dilakukan sekatan jalan raya / roadblock oleh polis. Namun masih tidak berjumpa, apa yang berlaku seterusnya?.

1 ulasan:



My Random Post