18 Dis 2018

Movie Review : Sabrina (2018)




Sabrina : The Next Terror In The Doll Series, Kisah Seram, Filem Seram Indonesia, Indonesian Movie, Horror Movie, 2018,  Sabrina Movie, Movie, Movie Review, Review Filem Indonesia Sabrina, The Doll Series, Sabrina Cast, Pelakon Filem Sabrina, Luna Maya, Christian Sugiono, Sara Wijayanto, Jeremy Thomas, Rizky Hanggono, Richelle Georgette Skornicki, Sambungan Movie The Doll 2,

Filem Seram Indonesia bertajuk Sabrina : The Next Terror In The Doll Series telah ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 18 Oktober yang lalu. Filem Sabrina ini adalah filem ketiga dalam siri The Doll, namun filem ini juga dikatakan sebagai sambungan atau pun spin off dari filem The Doll 2 kerana jalan ceritanya yang bersangkut - paut. Walaubagaimanapun jika korang belum menonton dua filem The Doll yang terdahulu iaitu The Doll (2016) dan The Doll 2 (2017) tu tak mengapa kerana korang masih boleh faham jalan cerita filem Sabrina ini. Antara pelakon filem Sabrina ini adalah Luna Maya, Christian Sugiono, Sara Wijayanto, Jeremy Thomas, Rizky Hanggono, Richelle Georgette Skornicki dan ramai lagi. Filem Sabrina ini juga adalah filem seram pertama lakonan Christian Sugiono malah pelakon utama filem ini juga ada datang ke Malaysia untuk mempromosikan filem ini. Manakala pengarah movie Sabrina ini adalah Rocky Soraya yang turut menjadi produser movie ini.




Pelakon Sara Wijayanto melakonkan watak Bu Laras yang merupakan pemburu / penghalau hantu dalam movie Sabrina ini, turut berlakon dalam 2 movie yang terdahulu iaitu The Doll dan The Doll 2 dan masih memegang watak yang sama. Manakala Luna Maya pula terlibat dalam filem The Doll 2 dan filem ini. Manakala filem The Doll (2016) dilakonkan oleh Shandy Aulia dan jalan cerita movie The Doll (2016) itu tidak ada kaitan dengan movie Sabrina ini. Dalam Movie The Doll 2, Maira (lakonan Luna Maya) telah pun kehilangan anak perempuannya dan juga suaminya. Manakala dalam movie Sabrina ini, Maira telah berkahwin lagi, kali ini dia berkahwin dengan Ayden yang merupakan seorang pembuat anak patung dan juga pemilik syarikat mainan. Ayden dan Maira turut mengambil anak angkat bernama Vanya, yang juga merupakan anak saudara Ayden. Ibu bapa Vanya telah mati dan Vanya kelihatan sukar untuk menerima kehadiran Maira dalam hidupnya.
Sabrina : The Next Terror In The Doll Series, Kisah Seram, Filem Seram Indonesia, Indonesian Movie, Horror Movie, 2018,  Sabrina Movie, Movie, Movie Review, Review Filem Indonesia Sabrina, The Doll Series, Sabrina Cast, Pelakon Filem Sabrina, Luna Maya, Christian Sugiono, Sara Wijayanto, Jeremy Thomas, Rizky Hanggono, Richelle Georgette Skornicki, Sambungan Movie The Doll 2,
Vanya sangat merindui arwah ibunya iaitu Andini, dia berharap dapat bertemu Andini lagi. Tak lama kemudian Vanya bermain Charlie`s Pencil dan menyeru supaya roh ibunya kembali padanya. Selepas itu Vanya menggunakan pula aplikasi Entity Detector di Ipad untuk mengetahui dimana roh ibunya berada. Wah budak kecik pun dah boleh jadi ghost hunter sekarang ni, just guna apps saja hehe. Paling best Vanya ni tak serik - serik guna Apps Entity Detector ni, walaupun dia pernah ditarik oleh hantu masuk dalam almari haha. Tak lama kemudian Maira mula diganggu dengan anak patung Sabrina dan juga mengalami beberapa perkara pelik yang lain. Vanya memberitahu Ayden dan Maira yang dia dah bertemu dengan ibunya namun Ayden dan Maira tidak mempercayai cakap Vanya. Akhirnya Ayden memutuskan untuk membawa Maira dan Vanya pergi bercuti supaya keluarga mereka menjadi lebih rapat lagi. 

Ketika bercuti Maira diganggu dengan lebih teruk lagi, kali ini hantu itu menampakkan wajahnya iaitu wajah Andini namun di belakang wajah Andini adalah wajah makhluk halus yang menakutkan. Akhirnya Maira meminta bantuan kawannya iaitu Bu Laras yang sebelum ini sudah pernah menolongnya untuk menghapuskan hantu yang mengganggu keluarganya. Itu antara sedikit sinopsis movie Sabrina ini, apa pun anak patung Sabrina tu memang menyeramkan, aku hairan juga macam manalah anak patung yang dinamakan Sabrina tu boleh popular dan laku serta menjadi kegilaan kanak - kanak dalam movie ini. Sedangkan anak patung tu tak comel langsung plus scary gitu hahaha. Tajuk filem ni pun macam tak sesuai dengan jalan cerita sebab bukan 100 peratus jalan cerita movie ni berkaitan dengan anak patung Sabrina tu je. Selain itu agak lama juga scene - scene yang menunjukkan mereka berlawan dengan hantu atau roh jahat tu, siap main tikam - tikam gitu, pastu baling - baling orang lagi haha.

Paling tak berapa logik bila dah kena tikam beberapa kali dan kena lempar beberapa kali oleh hantu tu pun, penghalau hantu tu masih boleh bangun dan sambung berlawan lagi. Scene hantu tu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh atau dipaksa tu memang kelakar sebab hantu tu siap bercerita lagi sebab dia datang, punca dia ganggu keluarga tu dan turut buka rahsia Ayden yang selama ini orang lain tak tahu. Filem Sabrina ini juga ada sedikit plot twist untuk watak Ayden tu, pastu ada adegan flashback dia dan abangnya. Ada something yang jadi antara Ayden dan abangnya itu, kalau nak tahu kenalah tengok cerita ni hehe. Manakala ending movie Sabrina ini agak mengelirukan sedikit especially untuk watak Ayden. Aku tak pasti sama ada filem Ini akan ada sambungannya lagi atau pun tidak tapi filem Sabrina ini memang dapat sambutan di Indonesia. Walaubagaimanapun dari review - review yang aku baca, ramai yang beri review negatif terhadap filem Sabrina ini.

Apa pun bagi aku filem ini tak seram mana pun, kalau seram pun setakat wajah hantu dengan wajah anak patung tu je hehe. Apa pun aku bagi 6/10 Bintang untuk movie ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post