8 Dis 2018

Drama Terbaik Dariku (TV3)




Terbaik Dariku, Drama Terbaik Dariku, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Best, Watak Dalam Drama Terbaik Dariku, Taufiq, Aisyah, Suraya, Zaharah, Drama Melayu 2018, Cast, Pelakon Drama Terbaik Dariku, Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Azri Iskandar, Adam Corrie, Ainina Ahmad, Ikhlas Jalil, Amirul Faqeem, Sabhi Saddi, Adrea Abdullah, Sinopsis Drama Terbaik Dariku, OST Terbaik Dariku, Lagu Tiada Dendam Nyanyian Zara Zya,
Drama Terbaik Dariku (TV3)

Antara banyak - banyak drama yang tengah hangat bersiaran di TV, aku paling suka dengan drama Terbaik Dariku. Drama Terbaik Dariku ini disiarkan di slot Samarinda TV3 dan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam serta mempunyai 15 episod. Tak lama lagi drama ini dah nak habis dah dan jalan cerita pula makin best gitu. Drama Terbaik Dariku ini dibintangi oleh Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Azri Iskandar, Adam Corrie, Ainina Ahmad, Ikhlas Jalil, Amirul Faqeem, Sabhi Saddi, Adrea Abdullah dan ramai lagi. Jalan cerita drama ini memang bikin geram jugalah hahaha terutama masa awal - awal episod bila watak Aisyah lakonan Zara Zya tu baik sangat manakala suaminya Taufik lakonan Syazuwan Hassan mengambil kesempatan atas kebaikan Aisyah dan hanya menginginkan duit Aisyah sahaja. Siap ada isteri lain pula tu iaitu Suraya lakonan Azar Azmi. 




Mak Taufiq lagilah buat Aisyah macam bank bergerak je, asyik - asyik minta duit, nasiblah si Aisyah tu memang baik hati dan tak kisah sebab anggap mak mertua dia macam mak sendiri. 
Drama Terbaik Dariku ini jadi lebih best bila Aisyah dapat tahu suaminya Taufiq ada perempuan lain yang dah jadi isteri kedua. Aisyah kemudiannya mula sedar yang dirinya dipergunakan dan mula block semua kad kredit, wang simpanan di bank membuatkan Taufiq, Mak Taufiq dan Suraya mula jadi susah. Kesian Aisyah masa ni sebab hampir nak diceraikan pastu dia menghilangkan diri dan Taufiq mula sedar yang dia sebenarnya sayangkan Aisyah dan pergi mencari serta memujuk Aisyah. Walaupun Aisyah balik ke rumah semula, tapi nampaknya hati Aisyah macam dah tawar dengan Taufiq. Ini ditambah dengan Taufiq yang cemburu buta dengan kawan Aisyah membuatkan semuanya jadi sukar. Tu antara sedikit sinopsis drama Terbaik Dariku ini.

Cuma aku agak yakin yang si Zaharah (Hanna Aqeela) tu memang adik Aisyah cuma diorang belum tahu je lagi. Tapi kadang - kadang geram juga dengan Zaharah ni sebab selalu buat keputusan yang salah dan sekarang ni tak pasal - pasal si Tiger lakonan Adam Corrie dah buat dia jadi keldai dadah sebab berhutang dengannya. Suraya pula nampak dah insaf dan ingin berbaik - baik dengan Aisyah, tapi tak tahula sama ada Aisyah ingin hidup bermadu atau meminta Taufiq menceraikannya. Ending Drama Terbaik Dariku ini entah macam mana, hope Aisyah boleh move on dan bina hidup baru dengan lelaki lain hehe. Lebih menarik bila lagu nyanyian Zara Zya yang bertajuk Tiada Dendam dijadikan lagu tema / OST Drama Terbaik Dariku. Lagu tersebut serta liriknya memang sesuai dengan drama ini. 

1 ulasan:



My Random Post