3 Nov 2021

Info, Sinopsis dan Review Filem Hantu Ke Lima (Astro First)



Filem Hantu Ke Lima, Movie Hantu Ke Lima, Filem di Astro First, Sinopsis Penuh Filem Hantu Kelima, Hantu Kelima Cast, Pelakon - Pelakon Filem Hantu Ke Lima, Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Adibah Noor,

Filem Hantu Ke Lima sudah pun ditayangkan di Astro First bermula 7 Oktober yang lalu. Filem seram komedi ini dibintangi oleh ramai pelakon popular. Antara pelakon filem Hantu Ke Lima ini adalah Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Aisar Khaled, Danish Daniel @ Coki, PU Azman, Adibah Noor, Azman Ahmad dan ramai lagi. Selain itu filem Hantu Ke Lima ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh AT Movies Sdn Bhd. Nampak macam best je kan filem ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Hantu Ke Lima di bawah ini beserta sinopsisnya sekali. 

Raysha Rizrose sebagai Auni Qaisara Putri
Izzue Islam sebagai Kent
Elly Mazlein sebagai Kam
Shiha Zikir sebagai Dya
Aisar Khaled sebagai Taufiq
Danish Daniel @ Coki sebagai Ashman
PU Azman sebagai Iskandar Shah
Adibah Noor sebagai Puan Sri Zaleha
Azman Ahmad sebagai Bakhtiar 




Sinopsis Filem Hantu Ke Lima Lakonan 
Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein dan Shiha Zikir (Astro First) 

Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri. TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Sejujurnya aku dah menonton filem Hantu Ke Lima ini, rasanya expectation aku ni tinggi sangat ke apa pun tak tahulah, tapi filem ni agak membosankan. Agak rugi juga bila filem ini dibarisi oleh pelakon - pelakon terkenal dan best, tapi jalan ceritanya entah apa - apa. Kalau korang baca komen kat youtube official trailer filem ini, ramai yang bagi review negatif pada filem ini. Jalan cerita kurang mantap dan longgar sana sini, pendek kata membosankan dan aku bagi 3/10 bintang untuk filem ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post