Memaparkan catatan dengan label Shiha Zikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shiha Zikir. Papar semua catatan

14 Ogo 2022

Telefilem Kami Blackpinky (Awesome TV)



Telefilem Kami Blackpinky, Telemovie Kami Blackpinky Awesome tv, telefilem Awesome TV, Sinopsis Telefilem Kami Blackpinky, Poster Telefilem Kami Blackpinky, Telemovie Kami Blackpinky Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kami Blackpinky, Telefilem Kami Blackpinky Full Movie, Shiha Zikir, Lia Natalia, Norreen Iman, Malia Baby,
Telefilem Kami Blackpinky (Awesome TV)

Telefilem Kami Blackpinky akan disiarkan pada hari Ahad ini 14 Ogos 2022, jam 9.30 malam di Awesome TV. Antara pelakon telefilem Kami Blackpinky ini adalah Shiha Zikir, Lia Natalia, Norreen Iman, Malia Baby dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kami Blackpinky ini diarahkan oleh Aizam Syamsul Aksan dan diterbitkan oleh Arisprop Holdings Sdn Bhd. Wah nampak macam best dan lawak ja telemovie Kami Blackpinky ni, plus para pelakonnya pun aku suka, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Kami Blackpinky Lakonan Shiha Zikir, Lia Natalia, Norreen Iman dan Malia Baby(Awesome TV)

Jannah dan tiga kawan baiknya yang bekerja di kilang sangat meminati kumpulan K-Pop, Blackpink. Kehidupan mereka banyak dipengaruhi dengan idola mereka itu. Suatu hari, mereka menyertai pertandingan. Apa yang berlaku seterusnya?..



👉👉 Cerekarama Air Mata Si Kudung TV3

Read More

9 Jun 2022

Drama Ada Apa Dengan Saka Lakonan Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir (TV9)



Drama Ada Apa Dengan Saka, Drama Ada Apa Dengan Saka TV9, Drama Ada Apa Dengan Saka Full Episode, Sinopsis Drama Ada Apa Dengan Saka, Poster Drama Ada Apa Dengan Saka, Drama Ada Apa Dengan Saka Episod 1 Hingga 20, Ada Apa Dengan Saka Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ada Apa Dengan Saka,

Drama Ada Apa Dengan Saka telah mula bersiaran di slot Diandra TV9 bermula 19 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam dan bersiaran selama 2 jam. Antara pelakon drama Ada Apa Dengan Saka ini adalah Syazwan Zulkifly, Shiha Zikir, Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite, Azri Iskandar dan ramai lagi. Selain itu drama Ada Apa Dengan Saka ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ada Apa Dengan Saka ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Syazwan Zulkifly sebagai Madi
Shiha Zikir sebagai Aina 
Wanns Ahmad sebagai Atu
Watie Elite sebagai Saodah
Azri Iskandar sebagai Tuan Hambali
Dynas Mokhtar sebagai Tiara




Sinopsis 
Drama Ada Apa Dengan Saka Lakonan Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir (Slot Diandra TV9)

Mengisahkan Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina. Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta.
Madi bertekad untuk membantu aina pulih dari masalah yang Aina hadapi di samping dalam masa yang sama Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

3 Nov 2021

Info, Sinopsis dan Review Filem Hantu Ke Lima (Astro First)



Filem Hantu Ke Lima, Movie Hantu Ke Lima, Filem di Astro First, Sinopsis Penuh Filem Hantu Kelima, Hantu Kelima Cast, Pelakon - Pelakon Filem Hantu Ke Lima, Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Adibah Noor,

Filem Hantu Ke Lima sudah pun ditayangkan di Astro First bermula 7 Oktober yang lalu. Filem seram komedi ini dibintangi oleh ramai pelakon popular. Antara pelakon filem Hantu Ke Lima ini adalah Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Aisar Khaled, Danish Daniel @ Coki, PU Azman, Adibah Noor, Azman Ahmad dan ramai lagi. Selain itu filem Hantu Ke Lima ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh AT Movies Sdn Bhd. Nampak macam best je kan filem ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Hantu Ke Lima di bawah ini beserta sinopsisnya sekali. 

Raysha Rizrose sebagai Auni Qaisara Putri
Izzue Islam sebagai Kent
Elly Mazlein sebagai Kam
Shiha Zikir sebagai Dya
Aisar Khaled sebagai Taufiq
Danish Daniel @ Coki sebagai Ashman
PU Azman sebagai Iskandar Shah
Adibah Noor sebagai Puan Sri Zaleha
Azman Ahmad sebagai Bakhtiar 




Sinopsis Filem Hantu Ke Lima Lakonan 
Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein dan Shiha Zikir (Astro First) 

Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri. TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Sejujurnya aku dah menonton filem Hantu Ke Lima ini, rasanya expectation aku ni tinggi sangat ke apa pun tak tahulah, tapi filem ni agak membosankan. Agak rugi juga bila filem ini dibarisi oleh pelakon - pelakon terkenal dan best, tapi jalan ceritanya entah apa - apa. Kalau korang baca komen kat youtube official trailer filem ini, ramai yang bagi review negatif pada filem ini. Jalan cerita kurang mantap dan longgar sana sini, pendek kata membosankan dan aku bagi 3/10 bintang untuk filem ini.

Read More

28 Sep 2021

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episode Lakonan Andi Bernadee dan Shiha Zikir



Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episode, Poster Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Tonton Online Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Pelakon - Pelakon Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi,

Drama Perisik Cinta Tak Diundang adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Shah Alam 40000 yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran sejak 21 September 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Perisik Cinta Tak Diundang ini adalah Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie, Norish Karman, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Jabir Meftah, Bella Astillah, Enot,  Shamsul Ghau Ghau, Norish Karman, Nuralis, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar, Qasehku Effa Al Habshee, Nurin Atiqah, Didi Astillah dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish. Walaubagaimanapun drama Perisik Cinta Tak Diundang ini hanya mempunyai 12 episod dan diarahkan oleh Azmi Mohd Hata serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Perisik Cinta Tak Diundang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Andi Bernadee sebagai Niyaz Aqasha
Shiha Zikir sebagai Medina Mikayla
Hafidz Roshdi sebagai Firas Akhtar
Wani Kayrie sebagai Anida
Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Rogayah
Salina Saibi sebagai Hanim
Jabir Meftah sebagai Amar
Bella Astillah sebagai Erriana
Enot sebagai Fiza
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hisham 
Norish Karman sebagai Mak Tah 
Nuralis  sebagai Nadira
Amanda  Misbun  sebagai  Acu Hana
Dynas Mokhtar  sebagai  Khaty Janda 
Qasehku Effa Al Habshee sebagai Kak Liza
Nurin Atiqah sebagai Mikayla 
Didi Astillah  sebagai Inluencer
Muaz sebagai Faliq 
Meel Yahya sebagai  Mak Nah
Rayyan Nur Iman sebagai Eusoff 




Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang Lakonan Andi Bernadee dan Shiha Zikir Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Medina Mikayla (Shiha Zikir) yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka. Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ. 

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin. Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu?
Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episode, Poster Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Tonton Online Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Pelakon - Pelakon Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Novel Perisik Cinta Tak Diundang,
Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang 

‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…
“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras. “Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. “Nak tanya apa?” “Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?” Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna “Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina “Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niya MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?

Lagu Tema / OST Drama Perisik Cinta Tak Diundang
💋💋 Bebas nyanyian Sissy Iman

Tonton Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episod 
Kalau terlepas menonton di kaca TV, korang boleh menonton drama ini secara online di aplikasi VIU Malaysia



Read More

29 Mei 2021

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona - Cerekarama TV3



Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona, Telemovie Live Dari Kafe Kak Kona, Poster Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona, Cerekarama TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona, Live Dari Kafe Kak Kona Cast, Shiha Zikir, Nazim Othman, Fadlan Hazim, Cerekarama Live Dari Kafe Kak Kona TV3,

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 29 Mei 2021 jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Live Dari Kafe Kak Kona ini adalah Nazim Othman, Shiha Zikir, Fadlan Hazim, Khairul Idlan, Rasya Dean dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Live Dari Kafe Kak Kona ini diarahkan oleh Shahnas Putra dan diterbitkan oleh Brave Heart Studio Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telemovie Live Dari Kafe Kak Kona ini kan, malah para pelakonnya juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Lakonan Shiha Zikir, Nazim Othman dan Fadlan Hazim - Cerekarama TV3

Dalam usaha untuk menampung semula kerugian kafe milik Kona, beliau berusaha mengupah seorang influencer terkenal iaitu Zarin Payung. Zarin Payung  bersetuju untuk membuat review secara percuma dengan beberapa syarat. Apa syarat - syarat tersebut? berjayakah rancangan Kona itu?


Read More

5 Dis 2020

Telefilem Matilah Nak Pontianak Lakonan Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham dan Qody Rany (Astro Citra)



Telefilem Matilah Nak Pontianak, Telemovie Matilah Nak Pontianak, Poster Telefilem Matilah Nak Pontianak, Info, Sinopsis Telefilem Matilah Nak Pontianak, Pelakon - Pelakon Telefilem Matilah Nak Pontianak, Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham, Qody Rany,


Telefilem Matilah Nak Pontianak akan disiarkan pada 5 Disember 2020, Sabtu ini, jam 9 malam di Astro Citra. Usop, Azzam Sham dan Qody Rany yang merupakan finalis Big Stage 2020 turut berlakon dalam telefilem Matilah Nak Pontianak ini. Antara pelakon telefilem Matilah Nak Pontianak ini adalah Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham, Qody Rany, Coki, Arie Zaharie, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Matilah Nak Pontianak ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telefilem yang bergenre seram komedi ini. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Matilah Nak Pontianak Lakonan Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham dan Qody Rany (Astro Citra)

Mengisahkan Tiga orang jejaka telah berjumpa dan ingin mencari bomoh terkenal untuk mengubati penyakit aneh mereka seperti tertidur bila-bila masa, lelaki lembut dan panas baran. Dengan kaedah pengubatan yang aneh dan perkenalan mereka dengan Matila telah merungkai sebuah rahsia yang perlu diungkai. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3 Bukan Lagi Di RTM

Read More


My Random Post