Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)
12 Okt 2022
Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)
Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)
1 Okt 2022
Review Drama Korea Twenty Five Twenty One
Review dan Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One Lakonan Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk
Drama Korea Twenty Five Twenty One ini mempunyai 16 episod dan mula disiarkan di TVN serta Netflix pada 12 Februari 2022 dan tamat episodnya pada 3 April 2022 yang lalu. Drama ini diarahkan oleh Jung Ji Hyun dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Bulgasal : Immortal Souls dan kemudian akan digantikan dengan drama Our Blues. Antara pelakon drama Korea Twenty Five Twenty One ini adalah Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Seo Jae Hee, Kim Hye Eun, Choi Myung Bin dan ramai lagi. Pemilihan pelakon untuk drama ini memang terbaik watak Na Hee Do tu memang sesuai sangat untuk Kim Tae Ri. Lakonannya memang sangat bersahaja dan menyakinkan, dalam drama ini Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Baek Yi Jin yang tua 4 tahun dari Na Hee Do. Tapi kalau ikut usia sebenar, Kim Tae Ri yang lebih tua daripada Nam Joo Hyuk gitu. Aku suka tengok Bona dalam cita ni, nampak lawa dan comel je dia ni sepanjang drama ni. Korean Drama Twenty Five Twenty One ini memang popular, aku pun suka dengan jalan ceritanya.
Awalnya drama ini banyak scene - scene kelakar dan lawak namun bila masuk hujung - hujung tu, jalan cerita mula jadi seriuslah kan sebab semua watak dah dewasa dan ada kehidupan masing - masing. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton dapat serba sedikit info dan ilmu tentang sukan lawan Pedang ni. Sebab kat Malaysia ni sukan lawan pedang ni tak begitu popular, jadi menerusi drama ini aku dapat gaklaa serba sedikit informasi tentang sukan ni, macam mana cara atlet lawan pedang ni berlatih, macam mana suasana pertandingan sukan ni dan sebagainya. Selain itu aku kagum dengan keazaman dan kecekalan Na Hee Do untuk mencapai cita - citanya. Scene - scene sweet dan percintaan Na Hee Do dan Baek Yi Jin di peringkat awal tu memang comel dan kelakar okey. Plus scene - scene persahabatan yang diawali dengan kebencian antara Na Hee Do dan Go Yu Rim tu juga best. Last -last tak sangka dalam dok benci - membenci rupanya member chatting hahaha.
Masa Na Hee Do dan Go Yu Rim tu asyik dok berchatting, teringat aku zaman - zaman Yahoo Messenger dan Mirc yang pernah famous dulu - dulu. Zaman tu boleh chatting tanpa tahu identiti masing - masing gitu. Kesian juga dengan Go Yu Rim ni sebab dia ada masa depan yang cerah, tapi disebabkan keluarga dia ada masalah kewangan yang serius maka Go Yu Rim terpaksa buat keputusan drastik untuk menyelamatkan keluarganya. Berbeza dengan Na Hee Do yang datang dari family yang senang dan tiada masalah kewangan. Korean Drama Twenty Five Twenty One ni berjaya buat aku tersengih, tergelak dengan telatah Na Hee Do yang gila - gila tu especially bila dia dengan Baek Yi Jin. Aku sebenarnya tak berapa suka juga dengan sikap Baek Yi Jin ni bila dia ke Amerika untuk buat liputan berita tu. Disebabkan tekanan emosi dan situasi serius di sana, dia mula mengabaikan Na Hee Do. Segala yang berlaku di sana, emosinya, perasaannya semua dia pendam dan tak nak share dengan Na Hee Do. Akhirnya Na Hee Do mula rasa tersisih dan merasakan dirinya tak penting buat Baek Yi Jin dan memaksa dirinya membuat keputusan drastik untuk berpisah.
Aku lebih suka bila Baek Yi Jin jadi wartawan sukan tu, sebab dia akan sentiasa dekat dengan Na Hee Do. Tapi bila jadi wartawan sukan ni pun ada cabarannya bila Baek Yi Jin terpaksa mengkhianati Go Yu Rim dengan melaporkan berita yang kurang elok pasal Go Yu Rim di media. Tapi bila dia jadi wartawan yang melaporkan isu - isu semasa pula, dia jadi terlampau sibuk pula. Apa pun memang ramai tak puas hati dengan ending drama Korea Twenty Five Twenty One ini sebab endingnya Na Hee Do dan Baek Yi Jin tak bersama pun sebab diorang bawa haluan masing - masing. Disebabkan itu tajuk drama ni Twenty Five Twenty One yang merujuk pada umur diorang ketika diorang berpisah. Walaubagaimanapun aku tetap enjoy menonton drama ini dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One
Kim Min Chae yang merupakan satu - satunya anak Na Hee Do ingin berhenti dari menjadi penari Ballet. Dia kemudian lari ke rumah neneknya dan akhirnya menemui diari ibunya ketika ibunya remaja dan leka membacanya. Sejak dari kecil Na Hee Do berminat dalam sukan lawan pedang dan dia turut join kelab lawan pedang di sekolahnya. Namun disebabkan IMF crisis, kelab itu terpaksa dibubarkan, Na Hee Do kemudian pindah sekolah dan dapat join kelab lawan pedang yang turut dianggotai oleh Go Yu Rim yang merupakan atlet lawan pedang popular. Na Hee Do menjadikan Go Yu Rim sebagai idolanya dan berasa bangga dan excited untuk bertemu dengan Go Yu Rim namun layanan Go Yu Rim yang dingin dan seakan benci dengannya memusnahkan segalanya. Sejak dari itu Na Hee Do berazam ingin menjadi rival/ pesaing terhebat Go Yu Rim dan usahanya berjaya. Na Hee Do akhirnya terpilih untuk masuk dalam pasukan kebangsaan.
Na Hee Do turut bertemu dengan Baek Yi Jin yang baru berpindah di sekitar kawasan kejiranannya. Baek Yi Jin asalnya anak orang kaya namun disebabkan bapanya muflis, mereka sekeluarga terpaksa berpisah dan tinggal berasingan. Baek Yi Jin membuat kerja kecil - kecilan seperti menghantar surat khabar di siang hari serta menjaga kedai buku. Baek Yi Jin kemudian dapat kerja sebagai wartawan sukan dan mula rapat dengan Na Hee Do.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
3 Nov 2021
Info, Sinopsis dan Review Filem Hantu Ke Lima (Astro First)
Sinopsis Filem Hantu Ke Lima Lakonan Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein dan Shiha Zikir (Astro First)
12 Sep 2021
Episod Akhir dan Ending Drama Korea The Penthouse 3
Pendek kata hampir semua watak mati kot dalam drama ni especially watak utama cuma 3 watak ja yang tak mati iaitu Kang Ma Ri, Lee Kyu Jin dan Ko Sang Ah. Bila Hera Palace dah runtuh, watak jahat Jo Dan Tae dah mati, ingatkan Shim Su Ryeon dan Logan Lee boleh hidup bahagia. Tapi sebaliknya terjadi bila Shim Su Ryeon buat kejutan dengan bunuh diri dengan sengaja terjun dalam laut tu, iaitu di tempat yang sama Oh Yoon Hee mati tu. Kesian kat Logan sebab dia tak sangka Shim Su Ryeon akan buat macam tu. Rupa - rupanya Shim Su Ryeong berasa sangat bersalah dan tak mampu untuk pilih hidup bahagia bila ramai kawan - kawannya mati disebabkan dirinya yang mahu membalas dendam tu. Ramai tak puas hati bila Shim Su Ryeon mati sebab macam pelik dia baru dapat tahu yang Seok Kyung tu anak kandungnya, tapi boleh pulak dia pilih untuk bunuh diri sebab rasa bersalah. Kesian dengan orang - orang yang sayang dengannya especially Logan dan anak - anaknya. Bae Ro Na lagi kesian hilang mak bapa terus, tapi nasib dia berjaya dalam kariernya. Cuma ending untuk anak - anak Hera Palace tu best, semuanya dah berubah jadi baik, insaf dan semua jadi budak baik dah.
10 Sep 2021
Review dan Sinopsis Hindi Movie Hungama 2
Sinopsis Filem Hungama 2
26 Mac 2021
Review Drama Thai My Ambulance
Dah lama nak buat review drama ni, tapi asyik tertangguh saja hehe, aku jarang tengok drama Thailand ni sebab lebih suka tengok drama Korea lagi. Cuma drama Thai My Ambulance ni aku harus tengok juga sebab aku sangat suka gila dengan hero dan heroin drama ini iaitu Davika Hoorne dan Sunny Suwanmethanont. Aku tau kewujudan drama ini pun dari Twitter hehe, Davika dan Sunny dah pernah berlakon sekali dalam movie Heart Attack, watak diorang sebagai doktor dan pesakit, Davika yang jadi doktor dalam movie tu, tapi ending movie tersebut sangat tak best dan mengarut. Manakala dalam drama ini pula Sunny yang jadi doktor. Nampak sepadan giler Sunny dan Davika ni hehehe, berbalik pada drama My Ambulance ini, ianya mempunyai 16 episod dan bergenre romantik komedi serta fantasi. Release pada 6 September 2019 dan tamat episodnya pada 26 Oktober serta diarahkan oleh Naruebet Kuno. Antara pelakon drama Thai My Ambulance ini adalah Sunny Suwanmethanont, Davika Hoorne, Wongravee Nateetorn, Kanyawee Songmuang dan ramai lagi. Aku suka dengan jalan cerita drama ini sebab unik kerana bergenre medical, fantasi serta romantik komedi, pastu ada unsur - unsur magic gitu. Apa pun para pelakonnya adalah sebab utama aku tengok drama ini hehe. Bila tengok muka pelakon Wongravee Nateetorn ni yang merupakan hero kedua yang sering tersenyum dan tersengeh dalam drama ini mengingatkan aku pada pelakon Korea Park Bo Gum hehe.
Ada scene kelakar, tapi scene sedihnya memang boleh tahan sedihnya apabila melibatkan watak Sunny dan Davika ini iaitu sebagai Peng dan Tantawan. Tapi ada gak scene - scene yang aku tak berapa suka juga terutamanya yang melibatkan adik lelaki Tantawan yang lembut tu dengan seorang doktor lelaki tu. Di permulaan cerita korang mesti akan geram dengan perangai Peng lakonan Sunny tu. Cara dia layan girlfriend dia si Tantawan tu memang annoying gila, macam tak appreciate langsung si Tantawan ni. Kesian dengan Tantawan masa ni, lepas tu bila Tantawan start berubah hati, rasa kesian pulak dengan Peng ni. Drama ni senang buat penonton jadi lalang hahaha sekejap marah sekejap kesian. Scene diorang berpisah memang sedih betul, awal - awal cerita memang tak nampak yang Peng ni sayangkan si Tantawan. Siap bila putus pun boleh move on dengan cepatnya. Tapi bila Peng benar - benar sedar dengan perasaannya sendiri pada Tantawan barulah jadi makin menarik drama ni hehe. Sedih giler masa Peng menyesal dengan tindakan dia sebelum ini. Scene ketika Peng cuba menguji perasaan Tantawan pada Chalarm dekat hospital tu memang sedih, sayu je muka Peng masa ni bila dia mula sedar yang Tantawan dah start suka kat orang lain huhuhu. Tapi salah dia jugalah bila semua benda ni jadi.
Sinopsis Penuh Drama Thai My Ambulance
20 Jan 2021
Episod Akhir Drama Bougainvillea (TV3)
Tak sangka ada plot twist dekat watak Hazira lakonan Hanna Aqeela, ingatkan dia memang ikhlas dan berniat baik pada keluarga Adrian dan Aryanna (Intan Ladyana) rupanya sebaliknya. Apa yang akan berlaku nanti kan?, adakah Adrian dan Yana akan sedar mengenai niat sebenar Hazira. Tak silap aku Hazira ni sakit juga kan, tapi sakit apa tu tak tahulah pula?. Jadi adakah Mimie akan move on dan akhirnya bertemu pengganti Adrian? bagaimana pula Mak Ngah Mimie iaitu Bibah lakonan Ziema Din, adakah dia akan sedar dan insaf, serta tidak berdendam lagi? jadi sama - sama kita tunggu episod 15 (episod akhir) Drama Bougainvillea di Slot Samarinda TV3 nanti okey.
24 Dis 2020
Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)
Pelakon dan penyanyi popular Lee Hong Ki dan Jin Young Got7 turut jadi cameo dalam drama ini. Scene -scene kelakar dalam drama ini memang best - best dan lawak belaka, especially bila tengok reaksi Ma Dong Chan lakonan Ji Chang Wook yang terkejut bila tengok muka adik lelaki dia dan adik perempuan yang jadi lagi tua daripada dia hahaha. Plus Ma Dong Chan menghadapi masalah nak sesuaikan diri dengan hal tersebut. Satu lagi scene best masa Profesor / saintis Hwang Kap Soo yang jadi hilang ingatan tu dan jadi tak betul. Scene dia jadi tak betul dan macam sewel sikit tu memang lawak gila, terhibur aku tengok gelagat dia. Yoon Se Ah memang nampak lawa dalam drama ini walaupun dah berusia, sesuai dengan wataknya dalam drama ini. Yoon Se Ah ini mula popular dengan drama popular Sky Castle tu. Drama Korea Melting Me Softly ini mengisahkan tentang Ma Dong Chan yang bekerja sebagai Producer untuk satu rancangan variety popular yang sangat bercita - cita tinggi. Manakala Go Mi Ran lakonan Won Jin Ah pula sering menjadi peserta dalam rancangan tersebut kerana dia nak kan duit untuk merawat adiknya. Ma Dong Chan dan Go Mi Ran akhirnya mengambil bahagian dalam satu eksperimen 24 jam, dimana mereka berdua akan dibekukan. Namun apa yang mereka rancangkan tidak menjadi kenyataan bila sesuatu terjadi dan sainstis yang menjalankan eksperimen itu kemalangan dan jadi hilang ingatan. Ma Dong Chan dan Go Mi Ran hanya bangun semula dari frozen capsule itu selepas 20 tahun.
3 Nov 2020
Drama Hotel Del Luna Episod 1 Hingga Episod 16 (Akhir)
Drama Korea Hotel Del Luna ini antara drama Korea kesukaan aku, jalan ceritanya unik, lain dari yang lain dan memang syok layan drama ni. Pelakon - pelakon drama Korea Hotel Del Luna ini adalah Lee Ji Eun (IU), Yeo Jin Goo, Shin Jung Geun, Pyo Ji Hoon, Kang Mi Na, Bae Hae Sun, Lee Do Hyun, Seo Yi Sook dan ramai lagi. Lebih menarik lagi bila Korean Drama Hotel Del Luna ini kini tengah hangat disiarkan di TV3 gitu. Malah drama ini juga tersenarai dalam Top 3 drama Korea Terbaik Pilihan Aku untuk Tahun 2019. Kalau nak tahu drama Korea lain yang menjadi pilihan aku, korang boleh baca kat sini ye 👉👉 Top 21 Drama Korea Terbaik 2019 Aku juga ada buat review panjang lebar mengenai drama ini okey, siap selit Hotel Del Luna Quotes yang best - best lagi gitu. Kalau korang nak baca review yang aku buat tu, bolehlah baca kat sini okey 👉👉 Review Drama Korea Hotel Del Luna.
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menonton drama ini di aplikasi VIU ⏩⏩https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-hotel_del_luna-playlist-25977263
Sinopsis Drama Korea Hotel Del Luna
Hotel del Luna (secara rasmi disebut sebagai "Guest House of the Moon"), yang terletak di Seoul, tidak seperti mana-mana hotel lain: pelanggannya adalah semua hantu, dan ia tidak dapat dilihat dalam bentuk sebenar pada siang hari. Semasa era Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man-wol (Lee Ji-eun (IU) ) meminum minuman keras yang tanpa disedari memalingkannya ke pemilik rumah tamu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk mencarinya. Dia telah berjaya menjalankan hotel selama 1,000 tahun yang lalu sebelum bertemu dengan pengurus baru Chan Chan-Seong (Yeo Jin-goo).





















