24 Dis 2020

Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)



Drama Korea Melting Me Softly, Korean Drama Melting Me Softly, Drama Korea Melting Me Softly Di TV3, Poster Drama Korea Melting Me Softly, Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly, Ulasan Drama Korea Melting Me Softly, Review By Miss Banu, Korean Drama Review By Miss Banu, Ji Chang Wook Drama,

Actually dah lama tengok drama ini masa tahun 2019 lagi, tapi tak sempat buat review masa tu, kebetulan TV3 mula menyiarkan drama ini bagi menggantikan drama Korea Hotel Del Luna yang tamat episodnya, so aku pun try buat review ringkas untuk Korean Drama Melting Me Softly ini. Drama - drama lakonan Ji Chang Wook sememangnya dinantikan ramai, begitu juga dengan drama Melting Me Softly ini, tambahan lagi jalan ceritanya agak serius dan berat tapi disajikan dalam bentuk komedi dan santai. Drama Korea Melting Me Softly ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN bermula 28 September 2019 dan tamat episodnya pada 17 November 2019 dan kini drama ini tengah hangat ditayangkan di TV3 Malaysia. Antara pelakon drama Korea Melting Me Softly ini adalah Ji Chang Wook, Won Jin Ah, Yoon Se Ah, Kim Won Hae, Seo Hyun Chul, Im Won Hee, Shim Hyung Tak, Choi Bo Min dan ramai lagi. Korean Drama Melting Me Softly ini diarahkan oleh Shin Woo Cheol yang pernah mengarah drama - drama best seperti Where Stars Land, Gu Family Book, Gentleman's Dignity, Secret Garden dan lain - lain lagi manakala writer drama ini pula pernah menulis dan menghasilkan skrip untuk drama - drama seperti Strong Woman Do Bong Soon, The Lady In Dignity, The Miracle We Meet dan lain - lain lagi. Aku personally tak begitu suka dengan jalan cerita drama Strong Woman Do Bong Soon tapi aku suka dengan drama The Lady In Dignity tu sebab best. Walaubagaimanapun drama Melting Me Softly ini juga kurang best bagi aku walaupun di permulaan cerita nampak macam menarik tapi makin lama ianya jadi makin kurang best.




Pelakon dan penyanyi popular Lee Hong Ki dan Jin Young Got7 turut jadi cameo dalam drama ini. Scene -scene kelakar dalam drama ini memang best - best dan lawak belaka, especially bila tengok reaksi Ma Dong Chan lakonan Ji Chang Wook yang terkejut bila tengok muka adik lelaki dia dan adik perempuan yang jadi lagi tua daripada dia hahaha. Plus Ma Dong Chan menghadapi masalah nak sesuaikan diri dengan hal tersebut. Satu lagi scene best masa Profesor / saintis Hwang Kap Soo yang jadi hilang ingatan tu dan jadi tak betul. Scene dia jadi tak betul dan macam sewel sikit tu memang lawak gila, terhibur aku tengok gelagat dia. Yoon Se Ah memang nampak lawa dalam drama ini walaupun dah berusia, sesuai dengan wataknya dalam drama ini. Yoon Se Ah ini mula popular dengan drama popular Sky Castle tu. Drama Korea Melting Me Softly ini mengisahkan tentang Ma Dong Chan yang bekerja sebagai Producer untuk satu rancangan variety popular yang sangat bercita - cita tinggi. Manakala Go Mi Ran lakonan Won Jin Ah pula sering menjadi peserta dalam rancangan tersebut kerana dia nak kan duit untuk merawat adiknya. Ma Dong Chan dan Go Mi Ran akhirnya mengambil bahagian dalam satu eksperimen 24 jam, dimana mereka berdua akan dibekukan. Namun apa yang mereka rancangkan tidak menjadi kenyataan bila sesuatu terjadi dan sainstis yang menjalankan eksperimen itu kemalangan dan jadi hilang ingatan. Ma Dong Chan dan Go Mi Ran hanya bangun semula dari frozen capsule itu selepas 20 tahun.
Drama Korea Melting Me Softly, Korean Drama Melting Me Softly, Drama Korea Melting Me Softly Di TV3, Poster Drama Korea Melting Me Softly, Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly, Ulasan Drama Korea Melting Me Softly, Review By Miss Banu, Korean Drama Review By Miss Banu, Ji Chang Wook Drama,
Selepas bangun semula, mereka berdua menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan masa kini. Tambahan lagi untuk kekal hidup mereka harus mengikuti beberapa peraturan ketat seperti perlu mengekalkan suhu badan 31.5 darjah celcius dan lain - lain lagi. Namun wajah mereka tetap kekal muda seperti 20 tahun dahulu dan tidak menjadi tua seperti orang lain yang sebaya mereka. Ma Dong Chan berasa bersalah pada Go Mi Ran kerana menjadi penyebab Go Mi Ran menjadi seperti itu. Disebabkan itu Ma Dong Chan mula mengambil berat dan menjaga Go Mi Ran. Hal tersebut membuatkan mereka lama - kelamaan saling jatuh cinta. Namun hal ini dirumitkan dengan orang - orang dan keadaan disekeliling mereka. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Melting Me Softly ini. Mengikut pembacaan aku, drama ini mendapat banyak review dan ulasan negatif daripada penonton. Tak dinafikan ada juga yang suka dan enjoy menonton drama Melting Me Softly ini, tapi ramai juga yang tak suka. Kiranya ikut citarasa masing - masinglah kan. Di penghujung drama ini, ianya menjadi cliche sikit bila Go Mi Ran mula buat hal nak pi jauhlah apalah hahaha. Walaubagaimanapun ending drama Korea Melting Me Softly ni stil happy ending okey.
Drama Korea Melting Me Softly, Korean Drama Melting Me Softly, Drama Korea Melting Me Softly Di TV3, Poster Drama Korea Melting Me Softly, Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly, Ulasan Drama Korea Melting Me Softly, Review By Miss Banu, Korean Drama Review By Miss Banu, Ji Chang Wook Drama,
Drama ini dibarisi dengan ramai pelakon best especially ada Ji Chang Wook kot tapi sayangnya drama ini start jadi kurang menarik bermula di pertengahan cerita hingga ke akhirnya. Aku rasa drama Ji Chang Wook tajuk Backstreet Rookie tu lebih menarik dari drama ini. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6/10 bintang untuk drama ini.

Tonton Drama Korea Melting Me Softly Episod 1 Hingga Episod 16 (Full Episode) ðŸ’“💓 --> https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-melting_me_softly-playlist-26060111

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post