23 Dis 2020

Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan (Astro Citra)



Telefilem Mohon Hantuan, Telemovie Mohon Hantuan, Poster Telefilem Mohon Hantuan, Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra),

Telefilem Mohon Hantuan telah pun disiarkan di Astro Citra pada 19 Disember yang lalu iaitu pada hari Sabtu. Antara pelakon telefilem Mohon Hantuan ini adalah Saharul Ridzwan, Azar Azmi, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Riena Diana, Tajuddin Bakar, Zarina Zainuddin, Esma Daniel dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Mohon Hantuan ini bergenre seram komedi dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim serta diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd. Lagu tema / OST telefilem Mohon Hantuan ini dinyanyikan oleh Awi Rafael bertajuk Mohon Bantuan. Nampak menarik kan telefilem ini, lawak pun lawak. Jadi jom tengok sinopsis lengkap telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra)

Akim (Saharul Ridzwan) merupakan seorang penulis Novel, akibat didesak oleh bapanya, Akim bertindak untuk pergi bercuti di sebuah Villa untuk menyiapkan novel terbarunya dengan lebih cepat. Villa tersebut sememangnya berhantu, salah seorang pekerja villa itu iaitu Lela (Riena Diana) sering dikacau dan diganggu oleh hantu tersebut. Malangnya tiada siapa yang percaya cerita Lela, sehinggalah Akim tiba dan tinggal di Villa tersebut. Akim mula diganggu oleh hantu Suraya (Azar Azmi) yang kemudiannya meminta pertolongan Akim untuk mengubah perangai suaminya yang juga hantu untuk jadi lebih romantik. Disebabkan Akim turut menerima gangguan dari hantu disitu, dia mula menjadi rapat dengan Lela kerana mereka sering berkongsi cerita mengenai hantu. Lela juga senang berkawan dengan Akimkerana Akim mempercayainya. Akhirnya mereka sama - sama jatuh hati. Disebabkan satu hal Akim ingin meminta bantuan daripada Hantu Suraya dan sebagai balasan, Akim akan memberitahu sebab dan cara kematian hantu suraya dan suaminya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Slot Akasia Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee Di TV3

⏩ Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Slot Megadrama Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post