27 Dis 2020

Telefilem Bercinta Dengan Jin Lakonan Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin (Astro Citra)



Telefilem Bercinta Dengan Jin, Telemovie Bercinta Dengan Jin, Poster Telefilem Bercinta Dengan Jin, Info dan Sinopsis Telefilem Bercinta Dengan Jin,

Telefilem Bercinta Dengan Jin telah pun disiarkan pada 26 Disember 2020 (Sabtu) yang lalu di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bercinta Dengan Jin ini adalah Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Syahiran, Charlie Numan Salleh dan ramai lagi. Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin dah pernah bergandingan dalam drama popular yang bertajuk Perempuan Tanpa Dosa. Selain itu Telemovie Bercinta Dengan Jin ini diarahkan oleh Irwan Abdul Rauf dan diterbitkan oleh Motiofixu Sdn Bhd dan SilentKaiju Studio. Nampak menarik kan telefilem Bercinta Dengan Jin ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye. Sinopsis penuh telefilem ini akan diupdate kemudian..




Sinopsis Penuh 
Telefilem Bercinta Dengan Jin Lakonan Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin (Astro Citra)

Mengisahkan Mayalisa / Maya yang mendapat tugasan untuk kerjanya dan perlu ke kampung neneknya. Maya berasa teruja kerana dapat melawat kampung neneknya itu. Maya sudah pun bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Walaubagaimanapun Maya sering terasa dengan tunangnya kerana tidak mempercayainya. Selain itu Maya juga mmempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus sejak dari kecil lagi. Ketika sampai di kampung neneknya itu dia berlanggar dengan Cikgu Haikal. Sejak dari itu Maya dan Cikgu Haikal mula saling mengenali dan makin rapat dari hari ke hari. Lama - kelamaan Maya mula jatuh cinta dengan Haikal, namun dalam masa yang sama Maya berasa kesian dan berasa bersalah pada tunangnya. Orang kampung pula mula berasa pelik dengan kelakuan Maya yang sering bercakap sorang - sorang. Ketika Maya dah nekad nak bersama dengan Haikal, tunangnya datang dan memberitahu perkara sebenar. Apa yang berlaku seterusnya?
"Orang yang paling aku sayang pun tidak percayakan aku" - Maya
"Haikal mahu tunang Maya rasa seperti apa yang Haikal rasa" - Haikal

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post