7 Dis 2020

Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali (Astro Ria)



Drama Biar Mereka Cemburu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Baru Aiman Hakim Ridza, Drama Baru Nabila Razali, Poster Drama Biar Mereka Cemburu, Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu, Info, Pelakon - Pelakon Drama Biar Mereka Cemburu,

Drama Biar Mereka Cemburu adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Perempuan Tanpa Dosa yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini sudah mula bersiaran di Astro Ria sejak 1 Disember 2020 yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel Biar Mereka Cemburu karya Anuar Darwisy. Antara pelakon drama Biar Mereka Cemburu ini adalah Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Rubini Sambanthan, Bella Dowanna, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan, Chiwan Chilok dan ramai lagi. Selain itu drama Biar Mereka Cemburu ini diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali - Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordo(Rubini Sambanthan). Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia (Nabila Razali) ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam (Izzat Mushtaq)Nadia bekerja keras sebagai penghantar makanan untuk membantu keluarganya dan Rustam sentiasa membantu Nadia. 
Drama Biar Mereka Cemburu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Baru Aiman Hakim Ridza, Drama Baru Nabila Razali, Poster Drama Biar Mereka Cemburu, Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu, Info, Pelakon - Pelakon Drama Biar Mereka Cemburu,
Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional. Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja. Sejak itu, Iedil sering pesan makanan di kedai tempat Nadia. Rustam pula masih teragak-agak untuk memberitahu cintanya pada Nadia. Manakala Marsha sanggup melakukan apa sahaja termasuk berubah dan bertudung demi Iedil. Siapa antara mereka yang akhirnya mendapat cinta sejati?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3 Bukan Lagi Di RTM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post