Memaparkan catatan dengan label Nabila Razali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabila Razali. Papar semua catatan

25 Jan 2023

Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Kerana Cinta Itu Ada, Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada TV3, Drama Slot Akasia TV3, Drama Kerana Cinta Itu Ada Full Episode, Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod 1 Hingga 28, Kerana Cinta Itu Ada Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kerana Cinta Itu Ada, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, OST Drama Kerana Cinta Itu Ada,
Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

Drama Kerana Cinta Itu Ada adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Terima Kasih Cinta yang telah tamat episodnya. Drama Kerana Cinta Itu Ada sudah mula disiarkan setiap hari di slot Akasia bermula 28 Disember 2023. Antara pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada ini adalah Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Emelda Rosemila, Mas Anizan, Dato Shah Rezza, Safura, Syaffiq Sahli, Dian P. Ramlee, Husna Mustaffa dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea. Selain itu drama Kerana Cinta Itu Ada ini diarahkan oleh Azri Izhar dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kerana Cinta Itu Ada ini dibawah okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Kerana Cinta Itu Ada

Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
Alvin Chong sebagai Rayyan
Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
Raden Zaharatul sebagai Dayyan
Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
Safura Yaakob sebagai Puan Hasni
Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
Husna Mustaffa sebagai Aina
Anas Ridzuan sebagai Mamat
Saidah Kamarudin sebagai Yana




Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali - Slot Akasia TV3

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya. Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina. Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia. Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella. Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy. Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri? 
Drama Kerana Cinta Itu Ada, Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada TV3, Drama Slot Akasia TV3, Drama Kerana Cinta Itu Ada Full Episode, Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod 1 Hingga 28, Kerana Cinta Itu Ada Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kerana Cinta Itu Ada, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, OST Drama Kerana Cinta Itu Ada,
Sinopsis Novel Kerana Cinta Itu Ada

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya. Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta. Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya. Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri. Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?

Lagu Tema / OST Drama Kerana Cinta Itu Ada

👄👄 Selagi Ku Ada nyanyian Nabila Razali dan Khai Bahar


Read More

5 Mei 2022

Drama Khas Aidilfitri Wan Senja (TV3)



Drama Wan Senja, Poster Drama Wan Senja, Info dan Sinopsis Drama Wan Senja, Wan Senja Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wan Senja, Drama Wan Senja Full Episode, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair,

Sempena Hari Raya ini, TV3 membawakan drama khas Aidilfitri yang bertajuk Wan Senja dan drama ini akan disiarkan pada hari raya pertama hingga raya keempat, jam 11.30 pagi. Ini bermakna drama Wan Senja ini mempunyai 4 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Antara pelakon drama Wan Senja ini adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best dalam drama ini dan drama Wan Senja ini juga nampak menarik gitu. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Wan Senja (TV3)

Mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau. Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya. Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya. 



Read More

7 Dis 2020

Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali (Astro Ria)



Drama Biar Mereka Cemburu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Baru Aiman Hakim Ridza, Drama Baru Nabila Razali, Poster Drama Biar Mereka Cemburu, Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu, Info, Pelakon - Pelakon Drama Biar Mereka Cemburu,

Drama Biar Mereka Cemburu adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Perempuan Tanpa Dosa yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini sudah mula bersiaran di Astro Ria sejak 1 Disember 2020 yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel Biar Mereka Cemburu karya Anuar Darwisy. Antara pelakon drama Biar Mereka Cemburu ini adalah Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Rubini Sambanthan, Bella Dowanna, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan, Chiwan Chilok dan ramai lagi. Selain itu drama Biar Mereka Cemburu ini diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali - Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordo(Rubini Sambanthan). Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia (Nabila Razali) ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam (Izzat Mushtaq)Nadia bekerja keras sebagai penghantar makanan untuk membantu keluarganya dan Rustam sentiasa membantu Nadia. 
Drama Biar Mereka Cemburu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Baru Aiman Hakim Ridza, Drama Baru Nabila Razali, Poster Drama Biar Mereka Cemburu, Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu, Info, Pelakon - Pelakon Drama Biar Mereka Cemburu,
Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional. Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja. Sejak itu, Iedil sering pesan makanan di kedai tempat Nadia. Rustam pula masih teragak-agak untuk memberitahu cintanya pada Nadia. Manakala Marsha sanggup melakukan apa sahaja termasuk berubah dan bertudung demi Iedil. Siapa antara mereka yang akhirnya mendapat cinta sejati?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3 Bukan Lagi Di RTM
Read More

8 Nov 2020

Telefilem Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali (TV3)



Telefilem Cik Petir Putrajaya, Telemovie Cik Petir Putrajaya, TV3, Telefilem TV3, Poste Telefilem Cik Petir Putrajaya, Sinopsis Telefilem Cik Petir Putrajaya, Pelakon Utama Telefilem Cik Petir Putrajaya, Nabila Razali, Niezam Zaidi, Julia Farhana Marin,

Telefilem Cik Petir Putrajaya akan disiarkan Di TV3 pada 8 November 2020, hari Ahad ni, jam 3 petang. Antara pelakon telefilem Cik Petir Putrajaya ini adalah Nabila Razali, Niezam Zaidi, Julia Farhana Marin, Noryati Taib, Raja Azura, Shahrul Hakimi dan ramai lagi. Selain itu telemovie Cik Petir Putrajaya ini diarahkan oleh Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali dan Niezam Zaidi (TV3)

Mengisahkan tentang Peah, seorang usahawan yang mencari cinta dalam hidupnya. Peah membantu pasangan lain untuk menyatukan cinta mereka dengan harapan dia juga akan menemui pasangan hidupnya.

Read More

16 Mac 2020

Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi




Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi, Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi, Drama Slot Akasia, TV3, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Aeril Zafrel, Nabila Razali,
Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi

Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Pelakon Aeril Zafrel dan Nabila Razali akan menjadi pelakon utama drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Elly Mazlein, Raja Afiq, Hun Haqeem, Wanns Ahmad, Wanna Ali, Aidil Aziz, Doria, Sarah Hildebrand dan ramai lagi. Aeril Zafrel akan melakonkan watak Andika manakala Nabila Razali akan melakonkan watak sebagai Aira, Hun Haqeem sebagai Arjuna, Raja Afiq sebagai Reyhan, Elly Mazlein sebagai Mariam dan ramai lagi. 

Poster Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi, Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi Lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali, Drama Slot Akasia, TV3, Drama Adaptasi Novel,
Selain menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi ini secara online juga, tapi tak semua bablah ada kan, hanya beberapa bab sahaja, nak baca full novel sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran okey. Nak baca novel ini secara online kan, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Selamat Membaca ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye..




Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi



Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!
“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”
– Andika
“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira
Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira." Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika
"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira
Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama. 

⏩  Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Bab 1 Hingga Bab 17 
Read More

30 Okt 2019

Drama Pesan Pada Hati Lakonan Shukri Yahaya dan Nabila Razali




Pesan Pada Hati, Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati, Poster Drama Pesan Pada Hati, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu TV3 2019, Watak - Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Nabila Razali, OST Drama Pesan Pada Hati, Senarai Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah,
Drama Pesan Pada Hati adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam dan mula bersiaran sejak 25 Oktober 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Pesan Pada Hati ini adalah Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan ramai lagi. Selain itu drama Pesan Pada Hati ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan Natasya Nasir serta diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Pesan Pada Hati ini dinyanyikan oleh Azlan and The Typewriter bertajuk Jangan Khianati Aku, lagu sisipan lain dalam drama ini terdiri daripada lagu yang dinyanyikan oleh Sissy Iman bertajuk Hidup serta lagu Jangan Kau Jauh nyanyian Shaffiq Erwin. Apa pun memang nampak menarik drama ni kan, jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye serta watak -watak pelakon dalam drama Pesan Pada Hati.
Pesan Pada Hati, Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati, Poster Drama Pesan Pada Hati, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu TV3 2019, Watak - Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Nabila Razali, OST Drama Pesan Pada Hati, Senarai Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah,
Shukri Yahaya sebagai Yusuf
Nabila Razali sebagai Zulaikha
Sara Ali sebagai Yanna
Chacha Maembong sebagai Ardina
Arja Lee sebagai Virza
Firdaus Ghufran sebagai Amir
Bella Rose sebagai Fazilah
Muaz Fitri sebagai Ustaz Taufiq
Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
Elya Miera sebagai Maryam
Liza Abdullah sebagai Hajar
Anne Abdullah sebagai Jamilah




Sinopsis Drama Pesan Pada Hati - Slot Lestary TV3

Mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja. Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar. Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

Pesan Pada Hati, Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati, Poster Drama Pesan Pada Hati, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu TV3 2019, Watak - Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Nabila Razali, OST Drama Pesan Pada Hati, Senarai Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah,

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri. Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf. Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya. Apa yang berlaku seterusnya? Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha?.






~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post