Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Pelakon Aeril Zafrel dan Nabila Razali akan menjadi pelakon utama drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Elly Mazlein, Raja Afiq, Hun Haqeem, Wanns Ahmad, Wanna Ali, Aidil Aziz, Doria, Sarah Hildebrand dan ramai lagi. Aeril Zafrel akan melakonkan watak Andika manakala Nabila Razali akan melakonkan watak sebagai Aira, Hun Haqeem sebagai Arjuna, Raja Afiq sebagai Reyhan, Elly Mazlein sebagai Mariam dan ramai lagi.
Selain menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi ini secara online juga, tapi tak semua bablah ada kan, hanya beberapa bab sahaja, nak baca full novel sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran okey. Nak baca novel ini secara online kan, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Selamat Membaca ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye..
Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!
“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”
– Andika
“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira
Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira." Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika
"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira
Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.
⏩ Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Bab 1 Hingga Bab 17 ⏪
Assalamualaikum sis Mulan, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
BalasPadamSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.
Memang menarik 😍
BalasPadammenarik :)
BalasPadamlayan drama ni :)
BalasPadam