Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

11 Jul 2022

Telefilem Amshar Bukan Asha Lakonan Naim Daniel (Astro Ria)



Telefilem Amshar Bukan Asha, Telemovie Amshar Bukan Asha, Sinopsis Telefilem Amshar Bukan Asha, Poster Telefilem Amshar Bukan Asha, Telemovie Astro Ria, Telefilem Amshar Bukan Asha Full, Amshar Bukan Asha Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Amshar Bukan Asha, Naim Daniel, Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly, Emma Sofea, Haidar Hasanudin, Raff Roslee, Sahronizam Noor, Telemovie Naim Daniel,
Telefilem Amshar Bukan Asha Lakonan Naim Daniel dan Farah Ahmad (Astro Ria)

Telefilem Amshar Bukan Asha akan disiarkan khas sempena hari raya Aidiladha ini pada hari Ahad, 10 Julai 2022, jam 10 pagi di Astro Ria. Antara pelakon telefilem Amshar Bukan Asha ini adalah Naim Daniel, Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly, Emma Sofea, Haidar Hasanudin, Raff Roslee, Sahronizam Noor dan ramai lagi. Selain itu telemovie Amshar Bukan Asha ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh iFabulous Art Media & Event. Nampak menarik kan telemovie ini, plus sinopsis dan barisan pelakon telefilem Amshar Bukan Asha ini juga mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Amshar Bukan Asha Lakonan Naim Daniel dan Farah Ahmad (Astro Ria)

Kehidupan seorang remaja diberi nama timangan Asha. Perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar. Dia diasuh ibunya berperwatakan sebegitu sejak kecil kerana kebencian ibunya terhadap lelaki.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra)


Read More

5 Mei 2022

Drama Khas Aidilfitri Wan Senja (TV3)



Drama Wan Senja, Poster Drama Wan Senja, Info dan Sinopsis Drama Wan Senja, Wan Senja Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wan Senja, Drama Wan Senja Full Episode, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair,

Sempena Hari Raya ini, TV3 membawakan drama khas Aidilfitri yang bertajuk Wan Senja dan drama ini akan disiarkan pada hari raya pertama hingga raya keempat, jam 11.30 pagi. Ini bermakna drama Wan Senja ini mempunyai 4 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Antara pelakon drama Wan Senja ini adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best dalam drama ini dan drama Wan Senja ini juga nampak menarik gitu. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Wan Senja (TV3)

Mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau. Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya. Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya. 



Read More

31 Jul 2020

Sinopsis Telefilem Panggilan Haji (TV2)




Telefilem Panggilan Haji (TV2), Telemovie Panggilan Haji, TV2, Telefilem Istimewa Sempena Hari Raya Haji, Sinopsis Telefilem Panggilan Haji, Poster Telefilem Panggilan Haji,

Sempena Hari Raya Haji ini, RTM TV2 akan menyiarkan satu telefilem bertajuk Panggilan Haji yang akan ditayangkan pada 31 Julai 2020 (Jumaat) jam 9.30 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Panggilan Haji ini adalah Saharul Ridzwan, Aishah Atan, Puteri Sarah Liyana, Anne Abdullah, Dynas Mokhtar, Azhar Emir, Izzue Islam, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, PU Riz, Emelie Hanif dan ramai lagi. 3 Pelakon dari drama popular Korban Kasih turut berlakon dalam telefilem Panggilan Haji ini iaitu Saharul Ridzwan, Dynas Mokhtar dan Ezzaty Abdullah. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Nampak macam best kan telemovie Panggilan Haji ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.



Sinopsis Telefilem Panggilan Haji

Ragam empat keluarga dalam persiapan mereka untuk menunaikan Haji.Cerita ini bermula dengan Hussin, seorang posmen yang menghantar surat panggilan haji kepada empat keluarga tanpa menyedari yang surat itu bakal mengubah kehidupan mereka semua.

Read More

29 Jul 2020

Resepi Kek Pandan Yang Simple dan Gebu





Siapa suka makan kek Pandan kat sini? sedap kan kek Pandan ni, dapat pulak kek Pandan yang gebu - gebu gitu.  Hari ini aku nak kongsi resepi Kek Pandan ni, so dipersilakanlah untuk mencuba resepi ini ya. Selamat mencuba okey. Gambar dan resepi kek Pandan ini credit pada ownernya.

Bahan-bahan untuk membuat kek Pandan :

4 biji telur (asingkan kuning dan putih telur)

1 cawan butter

1 cawan gula halus

1sk ovelett
1/4 cawan santan
4 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum - diayak dgn 1sk baking powder
Pewarna hijau





Cara - Cara Membuat Kek Pandan

- Pukul putih telur dengan 1/2 cawan gula sehingga meringue dan ketepikan.

- Blend daun pandan dan santan kemudian tapis, ketepikan.

- Mix butter, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan telur. Mix lagi dengan high speed sampai gebu. Bila dah gebu lowkan speed dan masukkan santan yang dikisar dengan daun pandan tadi dan beberapa titik pewarna hijau dan sebatikan.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan. Matikan mixer dan masukkan meringue sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik sehingga semua sebati.

- Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan baking paper lalu bakar selama sejam.

Read More

25 Mei 2020

Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop (Astro Ria)




Telefilem Aku Benci Kpop, Telemovie Aku Benci Kpop, Poster Telefilem Aku Benci Kpop, Astro Raya, Telefilem Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Benci Kpop, Sherry Al - Hadad, Han Byul, Syafiq Farhain, Fiza Thomas,

Telefilem Aku Benci Kpop akan disiarkan pada hari raya kedua iaitu pada 25 Mei 2020, jam 10 Pagi di Astro Ria. Antara pelakon telefilem Aku Benci Kpop ini adalah Sherry Al - Hadad, Han Byul, Syafiq Farhain, Fiza Thomas, Mak Wanku dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Benci Kpop ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh U2 Media Sdn Bhd. Siapa - siapa yamg layan program nyanyian Big Stage musim pertama dan kedua dulu pasti suka tengok telatah Sherry  Al - Hadad dengan para peserta especially dengan Han Byul dan Syafiq Farhain ni. Akhirnya diorang bertiga digandingkan dalam telefilem pula, mesti sweet dan lawak telefilem Aku Benci Kpop ni kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop Lakonan Sherry Al - Hadad, Han Byul dan Syafiq Farhain


Melati ditugaskan untuk menjaga wakil syarikat dia bekerja dari negara Korea iaitu Hyun Jun. Melati tidak mahu pada mulanya tetapi kerana sayangkan rakan sekerjanya Yusuf, dia turuti permintaan Yusuf tetapi Melati cuba untuk jadikan pengalaman Hyun Jun di Malaysia satu pengalaman yang amat ngeri kerana Melati benci K-Pop! apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca ini juga 👉👉 Review dan Sinopsis Filem Hindi Kedarnath Lakonan Sushant Singh Rajput & Sara Ali Khan
Read More

8 Jun 2019

Telefilem Derita Pia (TV3)




Pia, Derita Pia, Telefilem, Telemovie, Telefilem Derita Pia, Telemovie Derita Pia, Telefilem Raya TV3, TV3, Sinopsis Telefilem Derita Pia, Ending Telefilem Derita Pia, Sad Ending, My Opinion, Cast, Pelakon Telefilem Derita Pia, Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly,
Telemovie Raya - Derita Pia 

Telefilem Derita Pia sudah pun disiarkan pada 3 Syawal yang lalu dan telefilem Derita Pia ini adalah sambungan pada drama Pia. Pelakon - pelakon utama telefilem Derita Pia ini masih sama seperti dalam drama Pia tu, cuma watak Doktor Karl saja yang tiba - tiba hilang dalam telefilem ni hehe. Telemovie Derita Pia ini dibintangi oleh Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly dan ramai lagi. Tajuk telefilem ni pun dah menggambarkan macam mana jalan ceritanya, memang derita habislah si Pia tu. Dari komen - komen yang aku baca ramai yang tak puas hati dengan ending telefilem Derita Pia ni, sebab Pia derita sampai ke sudah, tak ada bahagia pun. Plus mak ngah yang dera Budi tu terlepas pula, tak kena hukuman. Ramai juga penonton yang geram sebab Pia ni baik sangat, apsal lah dia benarkan Zafran tu kahwin dengan Qis. 




Paling lawak bila fikir balik, boleh pula mak bapa Qis tu benarkan Qis kahwin dengan Zafran, hidup bermadu pula tu, pastu keadaan Zafran yang buta lagi. Kalau orang lain kat tempat Pia tu, mesti dah meroyan lepas dapat tahu Mak Ngah dok dera Budi dan last sekali Budi mati. Dah ada video kan, bukti yang mak ngah dok dera Budi tu, tapi Pia boleh simpan n tak bagitau Zafran pun atau pun polis. Tapi tula Pia ni terlebih baik dia salahkan diri dia yang lalai dan mengabaikan Budi tu. Last sekali Pia pun mati manakala Zafran pula boleh pula hidup bahagia dengan Qis. Memang kesian dengan Pia, Zafran pun bengap apsallah bagi dua - dia bini duduk serumah. Apa pun aku tak puas hati juga dengan ending telefilem ni sebab kalau boleh aku nak Pia dan Budi hidup bahagia. Apa pun telefilem Derita Pia ni berjaya buat penonton jadi marah dan beremosi gitu.
Read More

2 Jun 2019

Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku (Cerekarama TV3)




Masihkah Ada Raya Buatku, Telefilem, Telemovie, Cerekarama, TV3, Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku, Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, Sinopsis Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, Telefilem TV3 2019, Cerekarama Masihkah Ada Raya Buatku, Cerekarama TV3 2019, Telefilem Pasal Hari Raya, Ending Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku, Cast, Pelakon Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, Dato Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra, Heryanto Hassan,
Cerekarama TV3 - Masihkah Ada Raya Buatku

Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 1 Jun 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Masihkah Ada Raya Buatku ini adalah Dato Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra, Heryanto Hassan dan ramai lagi, Selain itu telemovie Masihkah Ada Raya Buatku ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh Kl Motion Picture Sdn Bhd. Best layan telemovie ni, jalan cerita sedih sikit tapi nasib happy ending okey. Pandai pelakon kanak - kanak tu berlakon especially scene nangis tu memang terbaik. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku Lakonan Fizz Fairuz dan Nad Zainal

Zul (Fizz Fairuz) tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Azura (Nad Zainal) lumpuh sebab kemalangan. Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya. Zul dan Azura mempunyai 2 orang anak bernama Zabil dan Zara. Mereka sekeluarga dah lama tak menyambut raya seperti orang lain selepas Azura lumpuh. Zul berazam akan menyambut raya sekiranya isterinya sembuh kelak. Anak - anak Zul yang masih kecil tidak memahami penderitaan Zul dan mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun telah dilarang oleh ayah mereka. 
Masihkah Ada Raya Buatku, Telefilem, Telemovie, Cerekarama, TV3, Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku, Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, Sinopsis Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, Telefilem TV3 2019, Cerekarama Masihkah Ada Raya Buatku, Cerekarama TV3 2019, Telefilem Pasal Hari Raya, Ending Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku, Cast, Pelakon Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, Dato Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra, Heryanto Hassan,
Zabil secara senyap - senyap telah bekerja dengan Pak Tam (Heryanto Hassan) pada bulan puasa sebab nak gembirakan adiknya Zara yang menginginkan baju raya. Apabila sampai masa nak beli baju raya, duit simpanan Zabil tak cukup. Pak Tam belanja Zabil beli baju raya untuk keluarganya. Segalanya musnah bila ayah mereka iaitu Zul dapat tahu hal sebenar dan Zul mula marah - marah serta mengoyakkan baju raya tersebut. Zabil dan Zara kemudiannya berasa sedih dan menangis. Selepas kejadian itu, Azura cuba menyedarkan Zul mengenai perangainya selama ini dan inginkan keluarga mereka gembira seperti dulu. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

27 Mei 2019

Sinopsis Drama Empat Penjuru ( Astro Citra)




4 Penjuru, Empat Penjuru, Drama 4 Penjuru, Drama Empat Penjuru, Astro Citra, Kisah Kekeluargaan, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama 4 Penjuru, Ending Drama Empat Penjuru, Cast, Pelakon Drama Empat Penjuru, Sabri Yunus, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Dato Fizz Fairuz, Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Mustaqim Bahadon, Watak Pelakon Drama 4 Penjuru, Along, Angah, Uda, Ucu, Drama Melayu Astro 2019,
Sinopsis Drama Empat Penjuru Siaran Astro Citra

Drama 4 Penjuru sudah mula disiarkan di Astro Citra bermula 4 Mei 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam dan hanya mempunyai 4 episod saja. Namun durasi masa setiap episod agak panjang juga iaitu hampir 2 jam. Antara pelakon drama Empat Penjuru ini adalah Sabri Yunus, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Dato Fizz Fairuz, Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Selain itu drama 4 Penjuru ini diarahkan oleh Pitt Hanif dan diterbitkan oleh Arie Zahari Production. Fizz Fairuz dan Syafie Naswip sebelum ini pernah bawa watak bapa dan anak dalam drama Kamar Kamariah tapi dalam drama ini diorang jadi adik - beradik gitu. Drama Empat Penjuru yang bertemakan kekeluargaan ini memang menarik untuk ditonton, penuh pengajaran gitu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka, nasib ending drama empat penjuru ni happy ending okey, sebab awalnya nampak macam sad ending hehe. Apa pun jom tengok sinopsis 
drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Empat Penjuru

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahagia, 4 adik - beradik yang terdiri daripada Along (Fizz Fairuz), Angah (Fezrul Khan), Uda (Ezzaty Abdullah) dan Ucu (Syafie Naswip) yang masing - masing tinggal di luar Kuala Lumpur akan pulang beraya di rumah ibu bapa mereka di Kuala Lumpur setiap kali tibanya Syawal. Mereka adik - beradik sangat rapat, namun sesuatu terjadi dan hubungan mereka adik - beradik mula renggang secara tiba - tiba. Hal ini jelas terlihat apabila mereka semua berkumpul di KL kerana membantu ibu bapa mereka yang hendak buat kenduri sempena Nisfu Syaaban. Along dan Uda tiba - tiba bertelagah dan bertikam lidah membuatkan semua yang lain pelik dan buntu memikirkan sebab mereka bergaduh. Along dan Uda juga tidak mahu memberitahu sebab mereka bergaduh. Lama - kelamaan Angah pula terasa hati dengan Along kerana memarahinya atas sebab mahu pinjam duit Alongnya itu. Angah dan Uda kemudiannya memberikan layanan dingin pada Along ketika mereka berjumpa dan berkumpul di rumah ibu bapa mereka itu. Along merasakan adik - beradiknya itu tidak menghormati dirinya lagi dan membuat keputusan mahu sambut raya di luar negara iaitu di China bersama - sama isterinya (Rita Rudaini) serta anak - anak mereka. Manakala Uda juga berasa malas mahu pulang ke rumah ibu bapanya kerana tidak mahu berjumpa dengan Along. Pelbagai alasan diciptanya agar dapat mengelak untuk tinggal lama di rumah ibu bapanya itu.

Ibu mereka (Fauziah Ahmad Daud) sedar yang anak - anaknya itu ada masalah sesama mereka dan berasa sedih apabila masing - masing mengelak untuk berjumpa. Kemudian ibu mereka membuat keputusan untuk sambut raya lebih awal iaitu pada 21 Ramadan dan mahukan semua anak - anaknya pulang nanti. Namun Uda berasa tidak puas hati kerana Along datang lambat dan mula merungut serta marah - marah. Malah Uda juga turut bergaduh dengan Angah kerana merasakan Angah sengaja mengelak untuk membuat kerja - kerja rumah. Hubungan adik - beradik itu makin dingin dan akhirnya masing - masing ingin pulang lebih cepat. Ucu kemudiannya berbincang dengan ibunya dan menyarankan ibunya untuk membuat sesuatu agar dapat merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga. Ibu mereka kemudiannya pergi melawat rumah Along, Angah dan Uda untuk mengetahui masalah mereka yang sebenar dan menasihati mereka. Ketika hari raya menjelang tiba, masing - masing sudah tiba di KL, kemudian Angah dan Uda bergaduh besar dan adik beradik lain cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?.. 

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

24 Mei 2019

Resepi Daging Blackpepper




  Daging Blackpepper, Resepi Daging Blackpepper, Recipe, Masakan, Menu, Makanan, Menu Berbuka Puasa, Menu Bersahur, Masakan Di Hari Raya,
Resepi Daging Blackpepper

Okey hari ini aku nak share Resepi Daging Blackpepper pula, korang boleh besarkan gambar di atas ni, kalau nak tengok tulisan dengan lebih jelas. Menu Daging Blackpepper ni memang sedap dan antara menu favorite aku gitu. Daging Blackpepper ni juga sesuai dimasak untuk berbuka puasa nanti, untuk sahur pun okey juga, makin berselera nak bersahur kalau ada menu macam ni hahaha. Apa pun selamat mencuba ye..



Read More

19 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Retak (Cerekarama TV3)




Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud,
Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat - Cerekarama TV3

Telemovie Retak sudah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 18 Ogos yang lalu, telefilem Retak ini disiarkan bersempena hari raya Aidiladha tak lama lagi. Antara pelakon telemovie Retak ini adalah Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Retak ini adalah Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ini, sedih jalan ceritanya, plus ada Ayda Jebat gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat dan Azrel Ismail 

Mengisahkan tentang pasangan bahagia Iskandar dan Saida, namun kebahagiaan dan rumah tangga mereka diuji selepas Saida beberapa kali mengalami keguguran. Atas nasihat doktor, Saida tidak digalakkan untuk mengandung lagi dan hal ini membuatkan Saida berasa rendah diri dan sedih. Orang sekeliling pula menghasut dan menjadi batu api supaya Iskandar meninggalkan Saida. Awalnya Iskandar sangat positif dan memberi sokongan pada Saida namun tak lama kemudian Iskandar mula berubah sikap dan membuatkan Saida menderita, walaubagaimanapun Saida nekad dengan keputusannya. Apa yang berlaku seterusnya?
Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud, Retak Main Cast,
Read More

25 Jun 2018

Sinopsis Telemovie Mentari (TV3)




Mentari, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mentari, Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Mentari, Telemovie Raya, 2018, Pengajaran, Mentari Cast, Pelakon Telemovie Mentari, Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Watak Dalam Telemovie Mentari, Firash, Khalid, Ikmal Fansuri, Mentari, Ending Telemovie Mentari, OST Mentari,
Sinopsis Telemovie Mentari TV3

Telemovie Mentari telah pun disiarkan pada 23 Jun yang lalu di slot Cerekarama TV3, antara pelakon telemovie Mentari ini adalah Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Nampaknya Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson bergandingan sekali lagi sebagai pasangan kekasih iaitu Firash dan Mentari dalam Telemovie Mentari arahan Rashid Sibir ini. Masih teringat lagi watak Hazran dan Athea dalam drama lakonan mereka sebelum ini hehehe. Dah 2 hari berturut - turut dapat menonton telemovie yang ada Dato Rosyam Nor berlakon, dua - dua telemovie pun best - best belaka dan ada pengajarannya buat penonton. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie mentari ini di bawah ye, selamat membaca okey..
Mentari, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mentari, Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Mentari, Telemovie Raya, 2018, Pengajaran, Mentari Cast, Pelakon Telemovie Mentari, Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Watak Dalam Telemovie Mentari, Firash, Khalid, Ikmal Fansuri, Mentari, Ending Telemovie Mentari, OST Mentari,
Sinopsis Telemovie Mentari TV3

Mengisahkan Mentari (Zahirah Macwilson) yang ingin berkahwin dengan kekasih hatinya Firash (Syafiq Kyle), namun cinta mereka dihalang dan tidak direstui oleh bapa Mentari iaitu Ikmal Fansuri (Rosyam Nor). Ikmal Fansuri seboleh mungkin cuba menghalang anaknya dari berkahwin dengan Firash, malah Ikmal juga sengaja melayan Firash dengan kasar sehingga Firash menyangka Ikmal membencinya. Mentari dan Firash cuba memujuk dan menyakinkan Ikmal Fansuri untuk membenarkan mereka berkahwin tapi masih gagal. Firash kemudian menggunakan ibu bapanya untuk memujuk Ikmal Fansuri dan akhirnya Ikmal membenarkan mereka berkahwin walaupun hatinya berat nak melepaskan Mentari. Ikmal Fansuri kemudian bertemu dengan Khalid (Adi Putra) di masjid dan akhirnya berkawan baik. Ikmal kemudiannya meluahkan masalahnya pada Khalid mengenai anaknya Mentari yang bukan anak kandungnya tapi anak angkatnya saja. Namun Ikmal teringin sangat nak mewalikan Mentari ketika majlis akad nikah Mentari dan Firash nanti kerana Ikmal dah menganggap Mentari sebagai anak kandungnya sendiri.



Namun Khalid menasihatinya supaya jangan melakukannya kerana hukum tetap hukum dan Ikmal tidak dapat mewalikan anaknya itu kerana Ikmal hanyalah bapa angkat pada Mentari. Kemudian Ikmal juga menceritakan masalahnya pada Ikmal Fansuri mengenai dirinya yang merupakan bekas banduan dan ingin mencari anak saudaranya yang telah dijualnya ketika anak saudaranya itu masih kecil. Ikmal kemudian mengambil Khalid bekerja dengannya sebagai pemandu peribadinya. Kelihatan Mentari tidak begitu menyukai Khalid menjadi pemandu ayahnya itu. Tak lama kemudian Khalid telah dapat tahu dimana anak saudaranya itu tinggal, rupa - rupanya anak saudaranya itu adalah Mentari. Khalid bersemuka dengan Ikmal Fansuri dan memberitahu segala kebenaran mengenai Mentari yang merupakan anak saudaranya. Ikmal kemudian menjadi marah pada Khalid dan tetap dengan keputusannya untuk mewalikan Mentari serta memecat dan menghalau Khalid dari rumahnya itu. Walaubagaimanapun Mentari telah berada di depan pintu rumah dan melihat serta mendengar segala kebenaran mengenai dirinya.

Mentari kecewa dengan sikap dan tindakan ayahnya itu dan bertindak keluar dari rumahnya. Ikmal berasa menyesal dan bersalah pada Mentari, apa yang bakal berlaku seterusnya?..
Read More

18 Jun 2018

Telemovie Raya - Jihan Nak Disiplin Anak

Telemovie, Telefilem, Telemovie Raya, Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak, 2018, Sinopsis Jihan Nak Disiplin Anak, Pelakon, Jihan Muse, Ungku Hariz, Rania Humaira, Haeriyanto Hassan,
Sinopsis Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak (Telemovie Raya)

Selalunya tiap - tiap tahun memang akan ada telemovie tentang Jihan ni dari belum kahwin sampailah yang terbaru dah ada anak hehe. Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak ini dah disiarkan di Astro Citra pada hari raya yang kedua, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Jihan Nak Disiplin Anak ini adalah Jihan Muse, Ungku Hariz, Rania Humaira, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi. Lawak juga telemovie ini terutamanya telatah adik comel Rania Humaira yang melakonkan watak Princess yang sangat diva okey hehe. Mak bapa Princess ni pula terlalu manjakan anak sampai diorang yang takut dan pening dengan kerenah Princess ni hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..

Sinopsis Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak (Telemovie Raya)



Mengisahkan Jihan dan Roslan yang sudah mempunyai seorang anak berusia 6 tahun yang digelar sebagai "Princess". Jihan dan Roslan terlalu manjakan anak mereka dan sentiasa mengikut segala kemahuan anak mereka itu. Jihan dan Roslan juga dah mendedahkan anak mereka dengan dunia media sosial, gadget canggih serta alat solek dan menggalakkan princess bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka sekeluarga juga sangat aktif di media sosial terutamanya Instagram. Konflik bermula apabila mak mertua Jihan mengkritik Jihan di media sosial kerana Jihan dan Roslan dah lama tak pulang beraya di kampung. Jihan kemudiannya berazam akan pulang beraya di kampung untuk tahun ini walaupun tahu Princess akan memberontak tak nak balik beraya di kampung. Jihan dan Roslan cuba bertegas dengan Princess tapi tak berjaya, Princess juga sengaja merosakkan kereta ayahnya bagi menghalang mereka pulang ke kampung.



Jihan dan Roslan cuba mendapatkan bantuan khidmat nasihat pakar kanak - kanak yang bernama Mr Chee bagi membantu mereka mengawal tingkah laku Princess yang semakin teruk. Mr Chee menasihatkan mereka supaya merampas ipad dan segala gadget canggih kepunyaan Princess. Tak lama kemudian Princess membuat keputusan drastik untuk keluar dari rumah sebagai tanda protes untuk pada ibu dan ayahnya. Princess kemudiannya tinggal di sebuah motel dan sering mengganggu Receptionist di hotel tersebut dengan pelbagai soalan dan kerenah divanya. Manakala Jihan dan Roslan pula panik mencari Princess yang hilang. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

12 Jun 2018

Resepi Udang Masak Diraja




Resepi Udang Masak Diraja, Resepi, Makanan, Cara - Cara, Bahan - Bahan, Raya, 2018, Juadah Istimewa Hari Raya, Sedap, Prawn, Recipe,
Resepi Udang Masak Diraja

Diam tak diam, dah nak raya dah, so kali ini aku nak share resepi Udang Masak Diraja pula, tengok gambar saja dah yakin mesti masakan ini sedap kan. Mana tahu boleh dijadikan juadah istimewa di hari raya nanti ke kan. Apa pun jom tengok resepinya di bawah ini, selamat mencuba.


Bahan - Bahan untuk dikisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan - Bahan lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping 
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat



Cara - Cara Memasak 

Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping, kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Gambar dan Resepi di atas credit to Maheran Nor Sabarina Salim
Read More

8 Jun 2018

Resepi Kek Batik Lembut

Kek Batik, Resepi Kek Batik Lembut, Cara - Cara Membuat Kek Batik, Bahan - Bahan, Cara Penyediaan Kek Batik Lembut, Resepi, Resipi, Raya, 2018,
Resepi Kek Batik Lembut

Kali ini aku nak share satu resipi yang merupakan kegemaran aku iaitu resepi Kek Batik Lembut. Kek Batik ini memang popular dan mudah untuk disediakan, tak payah nak bakar atau kena guna oven sebaliknya hanya perlu sejukkan dalam peti ais saja. Sangat mudah bukan, bahan - bahan yang digunakan untuk membuat Kek Batik ini juga senang didapati dan boleh disediakan pada bila - bila masa, sama ada di bulan Ramadan, musim perayaan mahu pun di hari - hari biasa. Jadi jom tengok resepi tersebut di bawah ini ye, gambar dan resepi ini credit pada ownernya, selamat mencuba.

Bahan - Bahan untuk Resepi Kek Batik Lembut

250gm Buttercup
1 cawan susu pekat
2 cawan air kosong
2 biji telur- di pukul 
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan milo
3/4 cawan nestum original
2 sudu besar serbuk coklat
600gm Biskut Marrie



Cara - Cara Untuk Membuat Kek Batik Lembut

1. Cairkan Butter dalam periuk dengan api sederhana. 
2. Masukkan susu pekat & kacau guna whisk. 
3. Masukkan air, Milo dan serbuk koko dalam periuk.
Gaul hingga sebati, pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
4. Masukkan telur & esen vanilla dalam periuk, gaul sebati. 
5. Masukkan nestum, gaul sekata sehingga adunan jadi likat. Padamkan api. 
6. Alas loyang dengan aluminium foil @ plastik. Saya guna loyang 8x8'.
7. Masukkan lebih kurang 1 senduk adunan coklat tadi ke dalam loyang. Susun biskut marrie selapis demi selapis berselang- selikan dgn coklat tadi. Setelah selesai layerkan coklat & biskut tadi, tekan2 dengan senduk untuk padatkan kek. Tabur nestum. 
8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga keras. Dah sejuk, telengkupkan loyang untuk keluarkan kek dan potong.
Selamat mencuba

Kredit Resepi: Rodziah Ghazali



Read More

10 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Kad Raya Dalam Kolong, Autisme, Kisah Sedih, Astro Citra, Telemovie Raya, Pengajaran, Pelakon, Ungku Ismail Aziz, Elaine Daly, Nik Adam Mika, Liza Rafar, Azad Jasmin, Zazly Baginda, Yusri Saleh,
Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

8 Julai 2017 yang lalu, aku sempat menonton telemovie yang bertajuk Kad Raya Dalam Kolong yang disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD. Jalan cerita telemovie ini unik, menarik dan sedih, malah para pelakon yang berlakon dalam telemovie Kad Raya Dalam Kolong ini juga best - best belaka antaranya seperti Ungku Ismail Aziz, Elaine Daly, Nik Adam Mika, Liza Rafar, Azad Jasmin, Zazly Baginda, Yusri Saleh dan ramai lagi. Dah lama juga tak nampak Liza Rafar berlakon, masa aku kecil dulu, selalu juga aku tengok Liza Rafar ini berlakon, masa zaman - zaman drama spektra di RTM dulu. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Khir Rahman dan merupakan terbitan Pandang Timur Sdn Bhd. Bagi sesiapa yang terlepas nak tengok telemovie ini, bolehlah tunggu ulangannya nanti di TV. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

Mengisahkan tentang Nadi yang merupakan kanak - kanak lelaki yang autisme, dia juga merupakan anak tunggal dalam keluarganya, Nadi sangat suka pada kad raya yang dibeli dan ditulis oleh ayahnya. Selepas ayah Nadi meninggal dunia, Ibu Nadi iaitu Hanan mengalami kesukaran untuk membesarkan nadi seorang diri. Ini ditambah lagi dengan perangai orang kampung yang selalu mengutuk dan menghina Nadi. Malah bapa saudara Nadi iaitu Awang juga sangat membenci Nadi, kerana Nadi tidak seperti kanak - kanak normal yang lain, baginya Nadi adalah gila dan tak patut berada dalam kampung tersebut. Hanya Cikgu Asri saja yang memahami dan baik dengan Nadi, dia sentiasa menasihati ibu Nadi supaya bersabar. Hanan yang geram dengan perangai orang kampung membuat keputusan untuk mengurung Nadi dalam kolong di bawah rumah. Hanan mengatakan Kolong itu adalah tempat yang selamat buat Nadi. Nadi juga selesa dan suka tinggal di Kolong itu, sehinggalah pada suatu hari, di pagi hari raya, ibu Nadi meninggal dunia lalu menyebabkan Nadi kini anak yatim piatu.

Nadi kemudiannya dipelihara oleh keluarga angkat yang kaya dan meninggalkan kampung itu, rumah Nadi di kampung itu dijaga dengan baik oleh cikgu Asri. Nadi membesar dengan baik di bawah jagaan keluarga angkatnya, malah Nadi juga dah normal seperti orang lain, dia juga dah berkahwin dengan Salina dan kini Salina dah mengandung. Walaubagaimanapun Nadi mempunyai hobi pelik, dimana dirinya suka mengurung diri di dalam stor di rumah mereka berjam - jam lamanya. Hal ini membuatkan Salina pelik dengan perangai suaminya itu. Tak lama kemudian Nadi mula teringat kembali pada rumahnya di kampung dan pulang ke sana bersama Salina. Nadi gembira dapat bertemu semula dengan Cikgu Asri dan kemudiannya memori silamnya kembali menghantui dirinya. Perangai Nadi menjadi semakin pelik dan dirinya menghabiskan masanya dengan duduk di dalam kolong tersebut. Hal ini membimbangkan Salina dan Salina mengambil keputusan untuk beredar dari kampung itu dengan ayahnya sekaligus meninggalkan Nadi sendirian di Kolong itu.

Awang mendapat tahu yang anak saudaranya itu telah kembali ke kampung dan kebenciannya pada Nadi makin menjadi - jadi. Dia melayan Nadi dengan teruk sekali sehingga sanggup untuk membakar Nadi yang berada dalam Kolong tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Nadi selamat? dan adakah Awang akan insaf? bagaimana pula dengan Salina?. Apa pun telemovie ini memang happy ending dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat. 
Read More

3 Jul 2017

Telemovie Menarik Di Bulan Syawal (2017)

Telemovie, Best, Sinopsis, Hari Raya, Raya, Aidilfitri, Telefilem, Review, My Review, Drama, Dodol Untuk Menantu, Pergilah Cinta, Pesan Dari Tuhan, RTM, TV2, TV3, TV9, Pelakon, Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Remy Ishak, Azhan Rani, Ellie Suriati, Izreen Azminda, Erma Fatima, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Bulan Syawal, 2017,
Telemovie Menarik Di Bulan Syawal

Bila masuk bulan Ramadan memang banyak drama dan telemovie yang disiarkan di kaca tv, bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, lagilah banyak telemovie menarik yang disiarkan di semua stesen TV. Kadang - kadang sampai tak tahu nak tengok yang mana satu sebab semua telemovie pun best. Dalam banyak - banyak telemovie yang disiarkan di TV itu, aku sempatlah tengok beberapa telemovie antaranya adalah telemovie Dodol Untuk Menantu di Tv9, Telemovie Pesan Dari Tuhan di TV2 dan Telemovie Pergilah Cinta di Tv3. Ikutkan ada lagi telemovie yang aku tonton, tapi masa itu, aku tak berapa fokus sangat menonton TV, jadi tengok pun macam - macam tu sajalah. Jadi dalam entry ini aku akan buat review ringkas tentang 3 telefilem yang aku tengok masa hari raya hari itu. Ketiga - tiga telemovie ini mempunyai genre yang berbeza, ada yang bergenre komedi, ada juga yang bergenre serius dan juga bergenre cinta. Telemovie pertama yang aku tonton adalah Dodol Untuk Menantu yang disiarkan pada Hari Raya kedua di TV9. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Syida Melvin dan ramai lagi.

Saim Ali yang merupakan hero telemovie ini memang benar - benar berasal dari Pakistan dan sememangnya merupakan seorang pelakon dan berasal dari keluarga yang ternama dan kaya di sana. Tak sangka juga dia dah berjinak - jinak berlakon di Malaysia, kalau tak silap aku, Saim Ali ini juga pernah berlakon dalam Teater Mak Cun di Istana Budaya. Dalam telemovie ini, dia melakonkan watak Basyir yang bekerja sebagai pelayan restoran. Dia kemudiannya berkahwin dengan Noni yang merupakan warga Malaysia. Ayah Noni awalnya tidak bersetuju dengan permintaan Noni untuk berkahwin dengan Basyir yang merupakan warga asing. Disebabkan Noni berkeras nak berkahwin juga, maka Pak Dolah memberi keizinannya. Selepas itu Pak Dolah melayan Basyir dengan dingin sekali dan sentiasa memarahinya. Walaubagaimanapun aku suka dengan personaliti Basyir yang penyabar dan rajin melayan kerenah bapa mertuanya itu. Malah dia juga sanggup menjaga Pak Dolah yang sakit dengan baik sekali. Akhirnya siapa sangka bila Basyir terpaksa pulang ke negaranya buat seketika, Pak Dolahlah yang paling rindu sekali dengan Basyir itu. Sweet betul Pak Dolah dengan Basyir ni kan. Ending telemovie ini mestilah happy ending kan.

Seterusnya aku sempat juga menonton telefilem Pesan Dari Tuhan yang diarahkan oleh Erma Fatima yang disiarkan pada hari raya kedua di RTM TV2. Telefilem Pesan Dari Tuhan ini pernah mencetuskan sedikit kontroversi apabila sebuah stesen TV Swasta membatalkan tayangan telefilem ini. Selepas 2 tahun barulah penonton dapat menonton telemovie ini di TV2, dan aku suka jalan ceritanya, malah kualiti gambar juga sangat cantik serta dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Remy Ishak, Izreen Azminda, Azhan Rani, Ellie Suriati dan ramai lagi. Telemovie Pesan Dari Tuhan ini mengisahkan tentang perebutan kuasa dan harta pusaka dalam sebuah keluarga sehingga kampung mereka dilanda musibah seperti banjir, kehilangan harta dan tempat tinggal serta kehilangan anak mereka sendiri. Ending telefilem ini berakhir dengan penyesalan dan keinsafan serta penduduk kampung mula bersatu padu, tolong menolong antara satu sama lain selepas dilanda musibah itu. Telemovie seterusnya yang aku tonton adalah Telemovie Pergilah Cinta yang disiarkan pada hari raya ketiga di TV3. Telemovie Pergilah Cinta ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

Diana Danielle memegang watak jahat dalam telemovie ini, aku suka tengok betapa cintanya Reza pada isterinya Liyana, malah lepas bercerai, Reza betul - betul terganggu dan tak dapat nak melupakan bekas isterinya Liyana. Reza mula mengabaikan dirinya serta syarikatnya dan menyebabkan pekerjanya menjadi bimbang. Tak sangka juga Liyana ini sanggup curang pada Reza dan akhirnya berkahwin dengan Fazley yang juga merupakan kawan baik Reza. Part yang paling geram sekali bila Fazley mula sakit dan kewangan mereka juga makin teruk menyebabkan Liyana ingin kembali semula pada Reza. Walaubagaimanapun ending telemovie Pergilah Cinta ini memang happy ending bila Reza membuat keputusan tepat dengan memilih orang yang paling sayangkannya sebagai teman hidupnya dan bukannya bekas isterinya itu yang materialistik dan curang. Scene yang paling aku suka masa Reza marah Liyana cukup - cukup, memang puas hati tengok Reza marah Liyana itu. 3 Telemovie inilah yang aku tonton masa hari raya hari itu.

Read More


My Random Post