31 Jul 2020

Sinopsis Telefilem Panggilan Haji (TV2)




Telefilem Panggilan Haji (TV2), Telemovie Panggilan Haji, TV2, Telefilem Istimewa Sempena Hari Raya Haji, Sinopsis Telefilem Panggilan Haji, Poster Telefilem Panggilan Haji,

Sempena Hari Raya Haji ini, RTM TV2 akan menyiarkan satu telefilem bertajuk Panggilan Haji yang akan ditayangkan pada 31 Julai 2020 (Jumaat) jam 9.30 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Panggilan Haji ini adalah Saharul Ridzwan, Aishah Atan, Puteri Sarah Liyana, Anne Abdullah, Dynas Mokhtar, Azhar Emir, Izzue Islam, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, PU Riz, Emelie Hanif dan ramai lagi. 3 Pelakon dari drama popular Korban Kasih turut berlakon dalam telefilem Panggilan Haji ini iaitu Saharul Ridzwan, Dynas Mokhtar dan Ezzaty Abdullah. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Nampak macam best kan telemovie Panggilan Haji ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.



Sinopsis Telefilem Panggilan Haji

Ragam empat keluarga dalam persiapan mereka untuk menunaikan Haji.Cerita ini bermula dengan Hussin, seorang posmen yang menghantar surat panggilan haji kepada empat keluarga tanpa menyedari yang surat itu bakal mengubah kehidupan mereka semua.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post