23 Jul 2020

Sinopsis Drama Syurga Untukmu (Samarinda TV3)




Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,

Drama Syurga Untukmu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan mulai 14 Julai 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Syurga Untukmu ini adalah Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Sefik Khair, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Fiza Thomas, Ummar Dzariff, Azza Elite, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Selain itu drama Syurga Untukmu ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, selain itu Diana Danielle dan Fahrin Ahmad dah pernah bergandingan dalam telefilem sebelum ini. So kali ini diorang bergandingan dalam drama pula. Sinopsis drama ini juga menarik gitu, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Syurga Untukmu 
Lakonan Diana Danielle dan Fahrin Ahmad (Slot Samarinda TV3)

Mengisahkan kemelut kehidupan Atiqah (Diana Danielle) seorang gadis dari kampung Indah yang berpendirian tegas. Atiqah berkelulusan tinggi namun memilih untuk hanya bekerja di kampung kerana ingin menjaga keluarganya terutamanya setelah ibunya tidak mampu berjalan dengan sempurna. Kehidupan Atiqah mula berubah apabila Adi (Fahrin Ahmad) muncul di kampungnya dan ingin membeli tanah pusakanya untuk dibangunkan. Keengganan Atiqah untuk melepaskan tanah pusakanya, memaksa Adi untuk menggunakan kaedah yang lebih lembut dan halus. Namun, kaedah lembut Adi iaitu untuk berkawan dengan Atiqah telah menjadi buah mulut orang kampung sehingga membuatkan Jamaliah (Noralbaniah) berang. Demi menyelamatkan Atiqah, Adi menikahi Atiqah yang ketika itu masing - masing sudah pun menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Selesai pernikahan mereka, Adi tiba - tiba menghilangkan diri dan membiarkan Atiqah melahirkan anak sulungnya, Aiman (Ummar Dzariff) tanpa mengenal siapa ayahnya. Jika benar Adi menyayangi Atiqah, mengapa Adi menghilangkan diri? Bagaimana kehidupan Atiqah setelah pernikahannya? Apakah status perkahwinan Adi dan Atiqah selepas itu?.
Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,
Lagu Tema / OST Drama Syurga Untukmu
➤ Gundah nyanyian Ernie Zakri
➤ Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri
➤ Masar Cinta nyanyian Ramlah Ram
➤ Takkan Terlerai nyanyian Ernie Zakri dan Syamel
➤ Tanpa Mu nyanyian Dinie dan Khai
Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,
πŸ‘‰πŸ‘‰ Resepi Kek Cheese Leleh

4 ulasan:



My Random Post