Memaparkan catatan dengan label Diana Danielle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diana Danielle. Papar semua catatan

6 Okt 2021

Drama Ganjil Lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle (Viu Malaysia)



Drama Ganjil, Drama Viu Original, Viu Malaysia, Poster Drama Ganjil, Info dan Sinopsis Drama Ganjil, Ganjil Cast, Drama Ganjil Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Ganjil, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Diana Danielle, Drama Ganjil Full Episode,

Siri VIU Original kembali dengan drama terbaru bertajuk Ganjil lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle yang mula disiarkan di Viu pada 30 September yang lalu, setiap Khamis. Drama Ganjil ini adalah sebuah kisah cinta romantik dan fantasi yang berkaitan dengan mimpi dan realiti. Antara pelakon drama Ganjil ini adalah Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek dan ramai lagi. Selain itu drama Ganjil ini hanya mempunyai 10 episod dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures. Nampak menarik kan drama ini, pelakon pun dah best. Aku paling suka sinematografi drama ini, nampak cantik sangat. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ganjil ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Fattah Amin sebagai Amry
Diana Danielle sebagai Nabila
Izzue Islam sebagai Ihsan
Fatin Afeefa sebagai Sally
Eizlan Yusof sebagai Haris
Aida Aris sebagai Rina
Amir Nafis sebagai Nizam
Azri Sabri sebagai Razak




Sinopsis Drama Ganjil Lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle (Viu Malaysia)

Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka. 
Drama Ganjil, Drama Viu Original, Viu Malaysia, Poster Drama Ganjil, Info dan Sinopsis Drama Ganjil, Ganjil Cast, Drama Ganjil Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Ganjil, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Diana Danielle, Drama Ganjil Full Episode
Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Ending Drama Ganjil (Spoiler)

Awalnya Amry dan Nabila sukar nak berjumpa di dunia realiti, sampai satu tahap Nabila mula lupa pada Amri dan mimpi - mimpi mereka. Nabila hampir - hampir nak berkahwin dengan Ihsan manakala ibu dan bapa Nabila berada di ambang penceraian. Manakala Amry pula perlu menyelamatkan abangnya daripada melakukan kejahatan. Walaubagaimanapun ending drama Ganjil ini memang happy endinglah kan, bila Amry dan Nabila berjaya juga bertemu di dunia realiti setelah mereka berjaya berdepan dengan dugaan hidup masing - masing.

Lagu Tema / OST Drama Ganjil

💚💚 Bisikan nyanyian Noh Salleh
💜💜 Tanpa Cinta nyanyian Izwan Talhah

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Wifi Sebelah Rumah Lakonan Zul Ariffin dan Ruhainies


Read More

15 Nov 2020

Telefilem Line Puaka Lakonan Johan As'ari dan Diana Danielle (Astro Citra)



Telefilem Line Puaka, Telemovie Line Puaka, Sinopsis Telefilem Line Puaka, Poster Telefilem Line Puaka, Pelakon - Pelakon Telefilem Line Puaka, Johan As'ari, Diana Danielle, Kodi Rasheed,

Telefilem Line Puaka telah pun disiarkan di Astro Citra dan Citra HD pada 14 November 2020 yang lalu. Antara pelakon telefilem Line Puaka ini adalah Johan As'ari, Kodi Rasheed, Diana Danielle, Laila Nasir, Zaidi Omar, Hasmir Azmi. Selain itu telemovie Line Puaka ini diarahkan oleh Rahim Zali dan diterbitkan oleh Suar Channel Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem seram ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye.




Sinopsis Telefilem Line Puaka Lakonan Johan As'ari, Diana Danielle dan Kodi Rasheed (Astro Citra)

Ikatan pertunangan Idham dan Watie terganggu apabila Idham mula berlaku curang dengan seorang gadis yang di kenalinya di laman sosial. Obses terhadap Maya membuatkan Idham benar-benar berusaha untuk mencarinya namun setelah diberikan lokasi Idham tiba di sebuah tanah perkuburan. Selepas itu hidup Idham mula berubah dan tertekan. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

23 Jul 2020

Sinopsis Drama Syurga Untukmu (Samarinda TV3)




Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,

Drama Syurga Untukmu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan mulai 14 Julai 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Syurga Untukmu ini adalah Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Sefik Khair, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Fiza Thomas, Ummar Dzariff, Azza Elite, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Selain itu drama Syurga Untukmu ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, selain itu Diana Danielle dan Fahrin Ahmad dah pernah bergandingan dalam telefilem sebelum ini. So kali ini diorang bergandingan dalam drama pula. Sinopsis drama ini juga menarik gitu, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Syurga Untukmu 
Lakonan Diana Danielle dan Fahrin Ahmad (Slot Samarinda TV3)

Mengisahkan kemelut kehidupan Atiqah (Diana Danielle) seorang gadis dari kampung Indah yang berpendirian tegas. Atiqah berkelulusan tinggi namun memilih untuk hanya bekerja di kampung kerana ingin menjaga keluarganya terutamanya setelah ibunya tidak mampu berjalan dengan sempurna. Kehidupan Atiqah mula berubah apabila Adi (Fahrin Ahmad) muncul di kampungnya dan ingin membeli tanah pusakanya untuk dibangunkan. Keengganan Atiqah untuk melepaskan tanah pusakanya, memaksa Adi untuk menggunakan kaedah yang lebih lembut dan halus. Namun, kaedah lembut Adi iaitu untuk berkawan dengan Atiqah telah menjadi buah mulut orang kampung sehingga membuatkan Jamaliah (Noralbaniah) berang. Demi menyelamatkan Atiqah, Adi menikahi Atiqah yang ketika itu masing - masing sudah pun menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Selesai pernikahan mereka, Adi tiba - tiba menghilangkan diri dan membiarkan Atiqah melahirkan anak sulungnya, Aiman (Ummar Dzariff) tanpa mengenal siapa ayahnya. Jika benar Adi menyayangi Atiqah, mengapa Adi menghilangkan diri? Bagaimana kehidupan Atiqah setelah pernikahannya? Apakah status perkahwinan Adi dan Atiqah selepas itu?.
Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,
Lagu Tema / OST Drama Syurga Untukmu
➤ Gundah nyanyian Ernie Zakri
➤ Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri
➤ Masar Cinta nyanyian Ramlah Ram
➤ Takkan Terlerai nyanyian Ernie Zakri dan Syamel
➤ Tanpa Mu nyanyian Dinie dan Khai
Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,
👉👉 Resepi Kek Cheese Leleh
Read More

28 Jan 2020

Drama Camelia Lakonan Diana Danielle dan Saharul Ridzwan (TV3)




Camelia, Drama Camelia, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Camelia, Poster Drama Camelia TV3, Watak Pelakon, Drama Bersiri TV3 2020, Drama Baru Diana Danielle, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Ain Edruce, Drama Hafidz Roshdi, Senarai Pelakon Drama Camelia, Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Aidil Aziz,

Drama Camelia adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan sejak 16 januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Camelia ini disiarkan bagi menggantikan drama Cindai lakonan Ayda Jebat yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Camelia ini adalah Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Aidil Aziz dan ramai lagi. Selain itu drama Camelia ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Memang menarik drama ni, geram betul dengan perangai si Marina tu, no wonderlah kakak dia boleh stress sampai ada split personality gitu. Lagu tema / OST drama Camelia ini dinyanyikan oleh Datin Alyah bertajuk Cintai Aku. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam Drama Camelia ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.
Camelia, Drama Camelia, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Camelia, Poster Drama Camelia TV3, Watak Pelakon, Drama Bersiri TV3 2020, Drama Baru Diana Danielle, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Ain Edruce, Drama Hafidz Roshdi, Senarai Pelakon Drama Camelia, Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Aidil Aziz,
Watak Pelakon
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su




Sinopsis Drama Camelia - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang tidak dengar kata dan tak terkawal. Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya. Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'. Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina. Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Update 16/3/2021 - Drama Camelia akan diulang siar di TV3 menggantikan Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang telah tamat episodnya pada 15/3

Read More


My Random Post