2 Dis 2020

Sinopsis Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli (TV3)



Drama Sang Pewaris, Sinopsis Drama Sang Pewaris, Slot Lestary TV3, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Adaptasi Novel, Novel Sang Pewaris.

Drama Sang Pewaris adalah drama terbaru di slot Lestary yang disiarkan di TV3 bermula 26 November yang lalu bagi menggantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta yang telah tamat episodnya. Drama Sang Pewaris ini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon - pelakon drama Sang Pewaris ini adalah Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Dilla Ahmmad, Harun Hashim, Wan Sharmila dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini diadaptasikan daripada Novel Sang Pewaris karya Fizziany. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Lagu tema / OST Drama Sang Pewaris ini bertajuk X Missing U nyanyian Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju dan Yonnyboii. Nampak best kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli - Slot Lestary TV3

Ali (Ben Amir), seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya. Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar. Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara (Amyra Rosli), anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.




Sinopsis Novel Sang Pewaris Karya Fizziany

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;
1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga. Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya. Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.
Drama Sang Pewaris, Sinopsis Drama Sang Pewaris, Slot Lestary TV3, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Adaptasi Novel, Novel Sang Pewaris.
Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.
Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.
Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.
Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin. Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka. Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya. Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post