29 Dis 2020

Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi



Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam,

Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember ini. Drama Tercipta Satu Ikatan ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan dan ramai lagi. Pelakon cantik manis Hannah Delisha akan memegang watak sebagai Leanna manakala Aeril Zafrel akan melakonkan watak sebagai Daniyal. Berbalik pada Novel Tercipta Satu Ikatan ini, ianya diterbitkan pada tahun 2019 oleh Idea Kreatif. Disamping tengok versi drama di TV, korang juga boleh baca beberapa bab awal novel ini secara online saja, caranya korang hanya perlu klik link dibawah ini okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis Novel ini terlebih dahulu okey. Selamat membaca ye..




Sinopsis Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel)

Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta. Dinginnya Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.
"Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap? " - Leanna
"I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?" - Daniyal
Hidup mereka bahagia. Namun, satu pesanan ringkas yang diterima membuatkan hati Leanna bagai dihempas ke lantai. Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul.
"Kenapa you kahwin dengan I, Dan?" - Leanna
"Because I love you, Ann." - Daniyal
Jawapan Daniyal yang berulang kali menyatakan cinta sudah tidak mampu membeli hati Leanna. Dia pergi membawa diri. Vila yang besar tidak lagi memberi bahagia buatnya.
Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam,
"I bagi you dua pilihan. Balik dengan I, atau I move in tinggal dengan you." - Daniyal
"Dua pilihan you akan end up dengan perkara yang sama." - Leanna
Memujuk Leanna bukan perkara yang mudah buat Daniyal. Lebih payah bila Risa muncul menuntut janji dan mengingatkan tentang tujuan asal mereka.
"Sebab you dah sayangkan dia, you lupakan I dan lupa apa plan asal kita?" - Risa
Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau dendam? Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara? 

👉👉 Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi Bab 1 Hingga Bab 13

JomBaca Ini Juga ⏩⏩ Biodata Terkini Hannah Delisha

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post