Memaparkan catatan dengan label Jay Iswazir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jay Iswazir. Papar semua catatan

27 Okt 2022

Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)



Filem Talbis Iblis 2022, Talbis Iblis Movie, Malay Movie Talbis Iblis, Sinopsis Filem Talbis Iblis, Poster Filem Talbis Iblis, Talbis Iblis Full Movie, Talbis Iblis Cast, Pelakon - Pelakon  Filem Talbis Iblis, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir,

Filem Talbis Iblis ini tengah hangat ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022 yang lalu. ‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia. Antara pelakon filem Talbis Iblis ini adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya, Izzy Reef dan ramai lagi. Selain itu movie Talbis Iblis ini diarahkan oleh Kabir Bhatia, apa pun nampak menarik kan filem ini, para pelakon pun mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon filem Talbis Iblis beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Talbis Iblis

Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda




Sinopsis Filem Talbis Iblis Lakonan Azira Shafinaz, Nasha Aziz dan Zul Ariffin (2022)

Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Lagu Tema / OST Filem Talbis Iblis

💋💋 Harapan Penyambung Mimpi nyanyian Indah Ruhaila

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Read More

12 Okt 2022

Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)



Filem Kan Cheong (2022), Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022), Movie Kan Cheong, Malay Movie Kan Cheong, Poster Filem Kan Cheong, Info dan Sinopsis Filem Kan Cheong, Kan Cheong Cast, Pelakon - Pelakon Filem Kan Cheong, Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar,

Filem Kan Cheong dah ditayangkan di Astro First saluran 480, sejak 11 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Kan Cheong ini adalah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Selain itu movie Kan Cheong ini diarahkan oleh Noor Azlan Shah dan diterbitkan oleh Thinkerbell Studios. Agak unik tajuk filem ini kan, awalnya aku ingatkan Nora Danish ni berlakon filem Cina ke apa ke, sekali filem melayu laaa hehehe, pelakon utama filem Kan Cheong ini cuma 3 orang je iaitu Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi. Shima Anuar macam cameo dalam filem ni sebab watak dia sekejap saja muncul sebab wataknya nanti akan kena bunuh. Pastu ada sorang lagi pelakon yang muncul di hujung cerita tapi aku tak berapa kenal lah, mungkin pelakon baru kot. 

Kebiasaannya kalau genre filem tu thriller so haruslah best kan, jalan cerita filem Kan Cheong ni not bad gak, dari awal kita dok rasa curiga pada Aman dan Saiful ni, dok berteka - teki siapa dia antara mereka berdua ni yang jahat. Plus personaliti Aman ni nampak macam psiko gak suka mengusik dan gila - gila. Tapi dalam masa yang sama nampak macam baik pun ada juga. Apa pun nanti ada plot twist gitu, so jom tengok sinopsis filem Kan Cheong ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)

Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul  dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. 

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode Di Astro Prima

Read More

25 Sep 2022

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)



Telefilem Rezeki Tanpa Alamat TV3, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat TV3, Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof,
Info dan Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat dah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada Ahad ini, 25 September 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Rezeki Tanpa Alamat ini adalah Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rezeki Tanpa Alamat ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, siapa kat sini dah pernah tonton telefilem ini dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Rezeki Tanpa Alamat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan. Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut. Takdir telah ketemukan Sharul dengan seorang lelaki yang bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat). Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa lelaki tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve

Read More

1 Sep 2022

Telefilem Sanggah (TV1)



Telefilem Sanggah TV1, Telemovie Sanggah TV1, Sinopsis Telefilem Sanggah TV1, Pelakon - Pelakon Telefilem Sanggah TV1, Myza Rafika, Ruzaidi Abd Rahman, Kenji Sawahi, Jay Iswazir,

Telefilem Sanggah akan disiarkan hari Sabtu ini, 3 September 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Sanggah ini adalah Myza Rafika, Ruzaidi Abd Rahman, Kenji Sawahi, Jay Iswazir, Mejar (B) Zainal Hayat, Syahrul Izlan Abd Ghani, Sarah Daud, Eddy Sharizan, Azimat Shamsudin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sanggah ini diarahkan oleh Rodzee A. Razak dan diterbitkan oleh Gerbang Dermaga Sdn Bhd. Nampak menarik dan unik kan telemovie Sanggah ni, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie Sanggah TV1 di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Sanggah TV1

Telefilem Sanggah mengangkat seni bela diri dan menggabungkan seni taekwando dan silat yang membentuk jati diri kepada pengamalnya.


👉👉 Drama Ampas (Astro Citra)

Read More

10 Apr 2022

Telefilem Permintaan Terakhir Abah - Awesome TV



Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Full, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Permintaan Terakhir Abah,

Telefilem Permintaan Terakhir Abah akan disiarkan pada hari Ahad ini, 10 April 2022, jam 10 malam di Awesome TV. Antara pelakon telefilem Permintaan Terakhir Abah ini adalah Hafidzuddin Fazil, Johan As'ari, Jay Iswazir, Hakim Nordin, Nur Atykah, Sue Zahra Zarifah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Permintaan Terakhir Abah ini diarahkan oleh Opie Zami dan M. Hitler Zami serta diterbitkan oleh Opyglobal Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, penuh dengan pengajaran gitu, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah - Awesome TV

Mengisahkan tentang Abah yang ingin meyatukan anak-anaknya yang semakin jauh terpisah kerana perbezaan pendapat. Abah tekad membetulkan keadaan dengan permintaan pelik. Apa permintaan abah itu? apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Full, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Permintaan Terakhir Abah,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey


Read More


My Random Post