16 Okt 2022

Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha (iQIYI Original)



Drama Rampas Cintaku (iQIYI Original), Sinopsis Drama Rampas Cintaku, Drama iQIYI, Poster Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Full Episode, Drama Rampas Cintaku Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Rampas Cintaku, Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad,
Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Drama Rampas Cintaku ini sudah mula bersiaran di platform penstriman iQIYI bermula 23 September 2022 setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Rampas Cintaku ini adalah Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad dan ramai lagi. Selain itu drama Rampas Cintaku ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, pelakon pun best - best gak. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rampas Cintaku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Rampas Cintaku

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Puteri Balqis sebagai Rina
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ila
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Datin Fadhilah Mansor sebagai Hajah Salmi
  • Aidil Aziz sebagai Sharul
  • Vicha Saywho sebagai Amanda




Sinopsis Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya. Datin Safieya awalnya seorang isteri yang baik dan setia namun selepas mengetahui suaminya Dato Jefri curang, datin Safieya mula membenci suaminya dan mula rapat dengan Rizal. Apa yang berlaku seterusnya?..

Ending Drama Rampas Cintaku !!

Ending drama ni awalnya nampak happy ending gitu, tapi boleh pula ada kejutan jeng jeng jeng, rasanya macam akan ada Drama Rampas Cintaku Season 2. Hope diorang tiada kaitan antara satu sama lainlah kan, kalau ada kaitan memang masalah besar hehe..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post