Memaparkan catatan dengan label Puteri Balqis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puteri Balqis. Papar semua catatan

1 Nov 2022

Info dan Sinopsis Filem Halimun (Astro First)



Filem Halimun, Movie Halimun, Filem Halimun Astro First, Sinopsis Filem Halimun, Halimun Cast, Pelakon - Pelakon Filem Halimun, Poster Filem Halimun, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen, OST Filem Halimun,

Filem Halimun bakal menemui penonton di Astro First bermula 5 November 2022 ini. Filem bergenre seram ini dilakonkan oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen dan ramai lagi. Selain itu filem Halimun ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan diterbitkan oleh Azura Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem Halimun ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam dalam filem Halimun dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Halimun

Beto Kusyairy sebagai Zahir
Nabila Huda sebagai Laila
Kodi Rasheed sebagai Adi
Chubb-E sebagai Ashif




Sinopsis Filem Halimun Lakonan Beto Kusyairy dan Nabila Huda

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka. Apa sebenarnya yang berlaku?..

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Telefilem Nyang Lakonan Emma Maembong (Astro Citra)

Read More

24 Okt 2022

Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis Di TV3



Telefilem Dania TV3, Telemovie Dania tv3, Poster Telefilem Dania TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Dania TV3, Telemovie Dania Cast, Telefilem Dania Full Movie, Pelakon - Pelakon Telefilem Dania, Puteri Balqis, Aedy Ashraf, Fezrul Khan, Aida Aris, Qistina Khaled, Nafiez Zaidi,
Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Fezrul Khan dan Aedy Ashraf Di TV3


Telefilem Dania sudah pun disiarkan di TV3 pada hari Ahad, 23 Oktober 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Dania ini adalah Puteri Balqis, Aedy Ashraf, Fezrul Khan, Aida Aris, Qistina Khaled, Nafiez Zaidi, Raff Roslee dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dania ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok sinopsis telemovie Dania di bawah ini okey..




Sinopsis 
Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Fezrul Khan dan Aedy Ashraf Di TV3

Mengisahkan Dania seorang remaja yang suka menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.



Read More

16 Okt 2022

Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha (iQIYI Original)



Drama Rampas Cintaku (iQIYI Original), Sinopsis Drama Rampas Cintaku, Drama iQIYI, Poster Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Full Episode, Drama Rampas Cintaku Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Rampas Cintaku, Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad,
Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Drama Rampas Cintaku ini sudah mula bersiaran di platform penstriman iQIYI bermula 23 September 2022 setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Rampas Cintaku ini adalah Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad dan ramai lagi. Selain itu drama Rampas Cintaku ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, pelakon pun best - best gak. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rampas Cintaku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Rampas Cintaku

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Puteri Balqis sebagai Rina
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ila
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Datin Fadhilah Mansor sebagai Hajah Salmi
  • Aidil Aziz sebagai Sharul
  • Vicha Saywho sebagai Amanda




Sinopsis Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya. Datin Safieya awalnya seorang isteri yang baik dan setia namun selepas mengetahui suaminya Dato Jefri curang, datin Safieya mula membenci suaminya dan mula rapat dengan Rizal. Apa yang berlaku seterusnya?..

Ending Drama Rampas Cintaku !!

Ending drama ni awalnya nampak happy ending gitu, tapi boleh pula ada kejutan jeng jeng jeng, rasanya macam akan ada Drama Rampas Cintaku Season 2. Hope diorang tiada kaitan antara satu sama lainlah kan, kalau ada kaitan memang masalah besar hehe..


Read More

17 Sep 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Penumpang (Astro Citra)



Telefilem Penumpang, Telefilem Penumpang Astro Citra, Telemovie Penumpang Astro Citra, Sinopsis Telefilem Penumpang, Penumpang Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Penumpang, Rashidi Ishak, Puteri Balqis, Telemovie Astro Citra 2022,

Telefilem Penumpang akan disiarkan pada Sabtu ini, 17 September 2022, jam 10 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Antara pelakon telefilem Penumpang ini adalah Rashidi Ishak, Puteri Balqis, Zizi Zulkifli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Penumpang ini diarahkan oleh Harith Al-Bakri dan diterbitkan oleh KL Motion Picture Sdn. Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Penumpang di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Penumpang (Astro Citra)

Azmi (Rashidi Ishak) seorang doktor menyangkakan dia tinggal di rumah itu berseorangan dan tidak sedar yang seorang perempuan yang tidak dikenali bernama Maz (Puteri Balqis) sedang menumpang hidup di dalam almari rumahnya. Pelbagai kejadian pelik berlaku di rumahnya sehingga die menyangka yang dirinya mengalami amnesia. Bagaimanapun, setelah isterinya Melissa (Zizi Zulkifli) turut mengalami pelbagai kejadian pelik dan menjumpai rambut di dalam tandas. Dari itu, Azmi mula mengesyaki ada orang yang tidak diundang tinggal dirumahnya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah ada 'sesuatu' yang tinggal dan menjadi 'penumpang' dalam rumah Dr. Azmi.. Tapi apa? Siapa?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays

⏩⏩ Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3
Read More

10 Jul 2022

Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra)



Telefilem Lebai Sampan, Telemovie Lebai Sampan (Astro Citra), Sinopsis Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra), Poster Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra), Lebai Sampan Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Lebai Sampan, Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy, Puteri Balqis, Haidin Nasir, Ruminah Sidek, Telefilem Lebai Sampan Full,

Telefilem Lebai Sampan akan disiarkan pada 9 Julai 2022 jam 10 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Lebai Sampan ini adalah Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy, Puteri Balqis, Haidin Nasir, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Selain itu telemovie Lebai Sampan ini diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin dan diterbitkan Gambo TV. Nampak menarik kan telemovie Lebai Sampan ni, plus ada ramai pelakon hebat dalam telemovie ni, jadi harus tontonlah kan. Jadi jom tengok sinopsis telefilem Lebai Sampan ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra)

Menceritakan kisah luar biasa seorang Lebai yang terperangkap di antara memenuhi rukun Islam yang terakhir dan menjaga kakaknya yang berusia 75 tahun dan juga buta penglihatan. Mengisahkan Ngah Omar (Lebai Sampan) yang menelan hakikat kehidupan di antara dua sempadan "hasrat" dan "takdir". Dihubungkan dua sempadan itu dengan dayungan kasih hakiki bersama kakaknya yang buta Zaleha, Hatta dianggap seperti anak dan Dian yang menumpang teduh ciri kebapaannya. Semua dilakukan Lebai Omar dengan satu niat, persiapan jiwa untuk menunaikan fardhu Haji. Hal yang selalu diimpikan walau tiada kemampuan.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama The Maid 2 (Astro Ria)


Read More

12 Mei 2022

Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis (Astro Ria)



Telefilem Angah (Astro Ria), Telemovie Angah (Astro Ria), Poster Telefilem Angah (Astro Ria), Sinopsis Telefilem Angah (Astro Ria), Telefilem Raya Astro Ria Angah, Angah Cast, Telemovie Angah Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Angah, Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza,

Telefilem khas Aidilfitri yang bertajuk Angah sudah pun disiarkan di Astro Ria pada hari raya keenam iaitu 7 Mei 2022, jam 10 pagi. Telefilem Angah ini adalah berdasarkan dari kisah benar dan selepas telefilem ini disiarkan, ianya mula trending di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang sedih dan tragis. Antara pelakon telefilem Angah ini adalah Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Haidar Hasanudin, Asyraf Roslee, Hushairi Husain, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Angah ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Memang sedih telemovie Angah ni, kesian dengan nasib Angah dan keluarganya. Para pelakon telefilem Angah ini juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Angah ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis, Aleza Shadan dan Natasha Elyzza (Astro Ria)

Mengisahkan kehidupan 2 beradik iaitu Along (Natasha Elyzza) Angah (Puteri Balqis) yang hidup susah dan sering dihina disebabkan mereka cacat dan juga OKU. Sedih dan kesian melihat ibu mereka yang bersusah payah mencari rezeki dengan menjual kuih membuatkan mereka berdua ingin menolong ibu mereka untuk menghantar kuih - muih tu di warung. Suatu hari Along jatuh sakit dan Angah pergi menghantar kuih seorang diri. Tak lama kemudian Angah mula berubah sikap dan menjadi kurang ceria, kemuncaknya bila Angah mengadu sakit perut dan kemudian dia dibawa ke klinik. Ibu dan kakak Angah menjadi sangat terkejut bila mendapat tahu yang Angah sebenarnya mengandung dan akan melahirkan anak secara pembedahan. Walaupun diasak dengan pertanyaan mengenai siapa bapa kepada anaknya itu, Angah tetap mendiamkan diri dan berahsia. Angah melahirkan Rahul bin Abdullah secara pembedahan dan meninggal dunia selepas 4 hari bersalin.



Read More


My Random Post