Memaparkan catatan dengan label Afieq Shazwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Afieq Shazwan. Papar semua catatan

16 Okt 2022

Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha (iQIYI Original)



Drama Rampas Cintaku (iQIYI Original), Sinopsis Drama Rampas Cintaku, Drama iQIYI, Poster Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Full Episode, Drama Rampas Cintaku Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Rampas Cintaku, Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad,
Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Drama Rampas Cintaku ini sudah mula bersiaran di platform penstriman iQIYI bermula 23 September 2022 setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Rampas Cintaku ini adalah Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad dan ramai lagi. Selain itu drama Rampas Cintaku ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, pelakon pun best - best gak. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rampas Cintaku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Rampas Cintaku

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Puteri Balqis sebagai Rina
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ila
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Datin Fadhilah Mansor sebagai Hajah Salmi
  • Aidil Aziz sebagai Sharul
  • Vicha Saywho sebagai Amanda




Sinopsis Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya. Datin Safieya awalnya seorang isteri yang baik dan setia namun selepas mengetahui suaminya Dato Jefri curang, datin Safieya mula membenci suaminya dan mula rapat dengan Rizal. Apa yang berlaku seterusnya?..

Ending Drama Rampas Cintaku !!

Ending drama ni awalnya nampak happy ending gitu, tapi boleh pula ada kejutan jeng jeng jeng, rasanya macam akan ada Drama Rampas Cintaku Season 2. Hope diorang tiada kaitan antara satu sama lainlah kan, kalau ada kaitan memang masalah besar hehe..


Read More

12 Jul 2022

Telefilem Rock Sampai Jannah (TV2)



Telefilem Rock Sampai Jannah, Telemovie Rock Sampai Jannah TV2, Poster Telefilem Rock Sampai Jannah, Sinopsis Telefilem Rock Sampai Jannah, Rock Sampai Jannah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Rock Sampai Jannah, Telefilem Rock Sampai Jannah Full, Rock Sampai Jannah Full Movie, Afieq Shazwan, Ayie Elham, Sharul Kamal, Amin Haridz,

Telefilem Rock Sampai Jannah adalah sebuah telefilem komedi khas Aidiladha yang disiarkan pada hari Selasa, 12 Julai 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Rock Sampai Jannah ini adalah Afieq Shazwan, Ayie Elham (Floor 88), Sharul Kamal, Amin Haridz, Rosnah Johari, Lan Siro, Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rock Sampai Jannah ini diarahkan oleh Jurey Rosli dan diterbitkan oleh Khalisya Consultant. Apa pun nampak menarik kan telemovie Rock Sampai Jannah ni, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Rock Sampai Jannah (TV2)

Mengisahkan empat rakan karib semenjak di sekolah menengah lagi. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama berfantasi untuk menubuhkan sebuah kumpulam rock yang hebat. Mereka nekad untuk meniggalkan taman perumahan mereka untuk menyertai sebuah pertandingan nasyid. Demi mengejar cita-cita sebagai kugiran rock terhebat Malaysia.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama The Maid 2 (Astro Ria)


Read More

21 Apr 2022

Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3



Drama Republik Gombak, Drama Republik Gombak Slot Sakura TV3, Poster Drama Republik Gombak TV3, Info dan Sinopsis Drama Republik Gombak, Republik Gombak Cast, Drama Republik Gombak Full Episode, Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 TV3, Drama Slot Sakura TV3, Pelakon - Pelakon Drama Republik Gombak, Farouk Hussain, Acong Sweetchild, Amyza Aznan, Azza Elite, Afieq Shazwan, Drama Melayu 2022 TV3,

Drama Republik Gombak adalah drama terbaru di slot Sakura TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Filipina Legal Wives yang telah tamat episodnya. Drama Republik Gombak ini mempunyai 20 episod dan mula bersiaran di TV3 bermula 13 April 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Republik Gombak ini adalah Farouk Hussain, Amyza Aznan, Acong Sweetchild, Azza Elite, Afieq Shazwan, Shazia Rozaini, Ayunie Rizal, Imran Aqil, Myra Natasya, Fifi Laura Olivia, Ikhwan Khairudin, Danie Anwa dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak macam best dan lawak je kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Republik Gombak ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Farouk Hussain sebagai Din Serai
Amyza Aznan sebagai Siah Google
Afieq Shazwan sebagai Ngah Gombak
Shazia Rozaini sebagai Ain
Acong Sweetchild sebagai Kadaq
Azza Elite sebagai Tantiyana
Ayunie Rizal sebagai Bibiyana
Imran Aqil sebagai Mat Ketagih
Myra Natasya sebagai Long Gombak
Fifi Laura Olivia sebagai Su
Ikhwan Khairudin sebagai Manis
Danie Anwa sebagai Wan Golok




Sinopsis Drama Republik Gombak Slot Sakura TV3

Berkisarkan tentang perseteruan dua keluarga, keluarga Din Serai dan keluarga Kadaq yang tak sekepala. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah mereka berdamai akhirnya?..



Read More

23 Nov 2021

Drama Diari Seorang Suami Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Diari Seorang Suami, Drama Diari Seorang Suami TV3, Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo, Info dan Sinopsis Drama Diari Seorang Suami, Diari Seorang Suami Cast, Pelakon - Pelakon Drama Diari Seorang Suami,

Drama Diari Seorang Suami adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bermula 12 November 2021 yang lalu setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Diari Seorang Suami ini adalah Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu drama Diari Seorang Suami ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Johan Bahar serta diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, aku pun tengok juga drama ini, syok gak layan drama ini yang mengisahkan suka duka pasangan muda yang baru berkahwin yang hidup secara gelandangan di Kuala Lumpur. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Diari Seorang Suami ini beserta sinopsisnya sekali okey..

  • Afieq Shazwan sebagai Hairi
  • Yuna Rahim sebagai Nisa
  • Keith Foo sebagai Azman
  • Fimie Don sebagai Jenal
  • Aida Othman sebagai Liza
  • Sani Sudin sebagai Pak Wan
  • Jun Lojong sebagai Mak Yah
  • Syanie Hisham sebagai Kak Esah
  • Iqbal Mazlan sebagai Joe
  • Khal Isyaf sebagai Omar
  • Fahmi Zamari sebagai Edi
  • Suraya Eusoff sebagai Yati
  • Kamal Ibrahim sebagai Pak Kasim
  • Cintaa Aiyuni sebagai Siti
  • Hafiz Raslin sebagai Husin
  • Ali Yusoff sebagai Brader Jai




Sinopsis Penuh Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo Di Slot Lestary TV3 

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari. Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa. Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.
Drama Diari Seorang Suami, Drama Diari Seorang Suami TV3, Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo, Info dan Sinopsis Drama Diari Seorang Suami, Diari Seorang Suami Cast, Pelakon - Pelakon Drama Diari Seorang Suami, Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong,
Lagu Tema / OST Drama Diari Seorang Suami

👄👄 Kemelut nyanyian Pasya

Tonton Online Drama Diari Seorang Suami

Selain di TV3, korang juga boleh tonton drama ini secara online juga di Youtube Drama Sangat Official

Jom Baca Ini Juga 💘💘 Telefilem Jin Lakonan Wany Hasrita Di Astro Citra


Read More


My Random Post