Memaparkan catatan dengan label Fezrul Khan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fezrul Khan. Papar semua catatan

19 Dis 2022

Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)



Drama Aku Seorang Perempuan, Drama TV9, Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Drama Aku Seorang Perempuan Full Episode, Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 tv9, Aku Seorang Perempuan Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Adriana Adnan,
Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)

Drama Aku Seorang Perempuan adalah drama terbaru di TV9 yang disiarkan bermula 19 November 2022, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam. Drama ini diinspirasikan daripada novel biografi Siti Nordiana Aku Seorang Perempuan dan mempunyai 13 episod. Antara pelakon drama Aku Seorang Perempuan ini adalah  Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Mustaqim Bahadon, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana, Hasnul Rahmat, Nor Albaniah dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Seorang Perempuan ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan Brotherhood Studio & Inisiatif Seni Kreatif. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Seorang Perempuan beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan

Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
Adriana Adnan sebagai Emira
Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
Aleza Shadan sebagai Noriah
Saidah Kamarudin sebagai Noor
Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan 
Fadh Majid sebagai Joe
Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
Amai Kamarudin sebagai Fateh
Hasnul Rahmat sebagai Alias
Johaa Sham sebagai Maya
Elmy Moin sebagai Haidar
Sarah Dawud sebagai Tasya
Nor Albaniah sebagai Datin Ariza 
Aisha Sudin sebagai Puan Salbiah




Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan (TV9)

Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan). Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga. Adriana (Adriana Adnan) ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim (Hafidz Roshdi) yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

Lagu Tema / OST Drama Aku Seorang Perempuan

👄👄 Cintaku Masih Berdiri nyanyian Siti Nordiana 

Jom BaCa ini juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 (TV2)

Read More

24 Okt 2022

Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis Di TV3



Telefilem Dania TV3, Telemovie Dania tv3, Poster Telefilem Dania TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Dania TV3, Telemovie Dania Cast, Telefilem Dania Full Movie, Pelakon - Pelakon Telefilem Dania, Puteri Balqis, Aedy Ashraf, Fezrul Khan, Aida Aris, Qistina Khaled, Nafiez Zaidi,
Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Fezrul Khan dan Aedy Ashraf Di TV3


Telefilem Dania sudah pun disiarkan di TV3 pada hari Ahad, 23 Oktober 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Dania ini adalah Puteri Balqis, Aedy Ashraf, Fezrul Khan, Aida Aris, Qistina Khaled, Nafiez Zaidi, Raff Roslee dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dania ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok sinopsis telemovie Dania di bawah ini okey..




Sinopsis 
Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Fezrul Khan dan Aedy Ashraf Di TV3

Mengisahkan Dania seorang remaja yang suka menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.



Read More

31 Okt 2020

Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip (TV1)



Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi, Poster Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Islamik, Pengajaran, Pelakon - Pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka,

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 31 Oktober 2020, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini adalah Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka dan ramai lagi. Selain itu telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Prokuya Studios Sdn Bhd. Kalau tak silap aku, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini pernah mencetuskan kontroversi juga sebab ada sesetengah pihak yang menentang tayangan telefilem ini disebabkan jalan ceritanya. Apa pun nampak menarik juga telefilem ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip dan Fezrul Khan (TV1)

Mengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya Mampukah Hamid menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.TMengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Hamd menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.T?.

Read More


My Random Post