Memaparkan catatan dengan label Aleza Shadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aleza Shadan. Papar semua catatan

28 Okt 2022

Drama Sentuhan Najwa Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Sentuhan Najwa TV3, Drama Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Sentuhan Najwa TV3, Poster Drama Sentuhan Najwa, Drama Sentuhan Najwa Cast, Drama Sentuhan Najwa Full Episode, Drama Sentuhan Najwa Episode 1 Hingga 13, Pelakon - Pelakon Drama Sentuhan Najwa TV3, Alif Muhaimin, Afifah Nasir, Ryun Ryry, Jasper Supayah, Aleza Shadan,


Drama Sentuhan Najwa adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Adakah Engkau Menungguku yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran di TV3 sejak 26 Oktober 2022 yang lalu setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Sentuhan Najwa ini adalah Afifah Nasir, Ryun Ryry, Alif Muhaimin, Jasper Supayah, Aleza Shadan, Faiz Izzat, Zila Bakarin, Roy Azman, Ako Mustapha, Zack Zabhas dan ramai lagi. Selain itu drama Sentuhan Najwa ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Ryun Ryry tu dulu pelakon kanak - kanak, lani dah besar dah dia gitu. Apa pun memang nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Sentuhan Najwa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Sentuhan Najwa

Afifah Nasir sebagai Najwa
Ryun Ryry sebagai Raihana
Alif Muhaimin sebagai Arman
Faiz Izzat sebagai Yazi
Jasper Supayah sebagai Easther
Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
Ako Mustapha sebagai Zakaria
Zack Zabhas sebagai Judi




Sinopsis 
Drama Sentuhan Najwa Lakonan Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryun Ryry Di Slot Lestary TV3 

Mengisahkan tentang Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya. Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana. Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Lagu Tema / OST Drama Sentuhan Najwa

👄👄 Sentuhan nyanyian Kael

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3

Read More

12 Mei 2022

Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis (Astro Ria)



Telefilem Angah (Astro Ria), Telemovie Angah (Astro Ria), Poster Telefilem Angah (Astro Ria), Sinopsis Telefilem Angah (Astro Ria), Telefilem Raya Astro Ria Angah, Angah Cast, Telemovie Angah Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Angah, Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza,

Telefilem khas Aidilfitri yang bertajuk Angah sudah pun disiarkan di Astro Ria pada hari raya keenam iaitu 7 Mei 2022, jam 10 pagi. Telefilem Angah ini adalah berdasarkan dari kisah benar dan selepas telefilem ini disiarkan, ianya mula trending di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang sedih dan tragis. Antara pelakon telefilem Angah ini adalah Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Haidar Hasanudin, Asyraf Roslee, Hushairi Husain, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Angah ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Memang sedih telemovie Angah ni, kesian dengan nasib Angah dan keluarganya. Para pelakon telefilem Angah ini juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Angah ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis, Aleza Shadan dan Natasha Elyzza (Astro Ria)

Mengisahkan kehidupan 2 beradik iaitu Along (Natasha Elyzza) Angah (Puteri Balqis) yang hidup susah dan sering dihina disebabkan mereka cacat dan juga OKU. Sedih dan kesian melihat ibu mereka yang bersusah payah mencari rezeki dengan menjual kuih membuatkan mereka berdua ingin menolong ibu mereka untuk menghantar kuih - muih tu di warung. Suatu hari Along jatuh sakit dan Angah pergi menghantar kuih seorang diri. Tak lama kemudian Angah mula berubah sikap dan menjadi kurang ceria, kemuncaknya bila Angah mengadu sakit perut dan kemudian dia dibawa ke klinik. Ibu dan kakak Angah menjadi sangat terkejut bila mendapat tahu yang Angah sebenarnya mengandung dan akan melahirkan anak secara pembedahan. Walaupun diasak dengan pertanyaan mengenai siapa bapa kepada anaknya itu, Angah tetap mendiamkan diri dan berahsia. Angah melahirkan Rahul bin Abdullah secara pembedahan dan meninggal dunia selepas 4 hari bersalin.



Read More

22 Apr 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang (TV9)



Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang, Telemovie Ramadan Tunggu Aku Datang TV9, Sinopsis Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang, Ramadan Tunggu Aku Datang Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang, Telemovie TV9,

Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang akan disiarkan pada hari Jumaat ini iaitu 22 April 2022, jam 8.30 malam.di slot skrin TV9. Antara pelakon telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang ini adalah Naqiu Mohd, Nurin Afiqah, Muna Shahirah, Fareez Hazwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ramadan Tunggu Aku Datang ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah okey..            



Sinopsis Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang - TV9

Mengisahkan tentang seorang remaja yang bekerja sebagai penghantar makanan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk cuba meluangkan masa dengan kawan-kawannya. Apa yang berlaku seterusnya..



Read More


My Random Post