6 Apr 2022

Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika (TV2)




Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Drama Leon Zalika ini mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini di TV Okey (RTM) kini diulang siar di TV2. Drama ini mula bersiaran sejak 24 April yang lalu. Antara pelakon drama Leon Zalika ini adalah Dini Schatzmann, Riena Diana, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Leon Zalika ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana


Drama Leon Zalika mengisahkan tentang Zalika (Riena Diana) yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapanya iaitu lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon (Dini Schatzmann), seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya di Australia. Zalika tanpa berfikir panjang telah menerima cadangan ibu bapanya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. 

Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Anita (Mona Allen) sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika kerana sering tidak bernasib baik seperti Zalika. Firas (Mathni Razak) pula mempunyai agenda jahatnya tersendiri ingin membalas dendam sejak bekerja di Jentayu Holdings. Dayana (Nadia Brian) bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun. Bagaimana nasib Leon dan Zalika? Adakah bahagia milik mereka? Jangan lupa saksikan drama leon zalika sepanjang ramadan ini. 

Jom Baca Ini Juga ⏩ Drama Imamku Okey Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Husna Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post