12 Apr 2022

Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong Episod 1 Hingga 30 TV1



Drama Aku Pilih Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia, Drama Slot Widuri TV1, Poster Drama Aku Pilih Bahagia, Aku Pilih Bahagia Cast, Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode, Drama Aku Pilih Bahagia Episod 1 Hingga 30 TV1, Pelakon - Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera,

Drama Aku Pilih Bahagia adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Nurlaila yang telah tamat episodnya. Drama Aku Pilih Bahagia ini akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini bermula pada 3 April 2022, setiap hari, jam 3 petang. Antara pelakon drama Aku Pilih Bahagia ini adalah Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera, Yaya Maembong, Meor Mohd, Raja Azmi, Adiba Yunus dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah dan mempunyai 30 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Pilih Bahagia ini di bawah okey beserta sinopsisnya sekali..

Emma Maembong sebagai Dhiya
Fizz Fairuz sebagai Aidan
Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
Bella Dally sebagai Humaira
Nadya Syahera sebagai Arneesa
Yaya Maembong sebagai Inas
Meor Mohd sebagai Farhan
Adiba Yunus sebagai Ucu




Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong Di Slot Widuri TV1

Kisah 3 orang wanita iaitu Dhiya, Inas dan Arneesa yang mengalami masalah rumah tangga. Mereka bangun memulakan hidup baru demi kebahagiaan sendiri.
Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali. Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.
Drama Aku Pilih Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia, Drama Slot Widuri TV1, Poster Drama Aku Pilih Bahagia, Aku Pilih Bahagia Cast, Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode, Drama Aku Pilih Bahagia Episod 1 Hingga 30 TV1, Pelakon - Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera,
Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu. Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Lagu Tema / OST Drama Aku Pilih Bahagia

👄👄 Kau Yang Bertakhta nyanyian Sarah Suhairi

Baca Online Novel Aku Pilih Bahagia Bab 1 Hingga Bab 10

Pada yang suka membaca, korang juga boleh membaca versi novelnya secara onlinenya disini 👉 Novel Online Aku Pilih Bahagia Karya Umie Nadzimah

Tonton Online Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang juga boleh menonton drama Aku Pilih Bahagia ini secara online iaitu di Youtube Radio Televisyen Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post