Memaparkan catatan dengan label Bella Dally. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bella Dally. Papar semua catatan

12 Apr 2022

Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong Episod 1 Hingga 30 TV1



Drama Aku Pilih Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia, Drama Slot Widuri TV1, Poster Drama Aku Pilih Bahagia, Aku Pilih Bahagia Cast, Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode, Drama Aku Pilih Bahagia Episod 1 Hingga 30 TV1, Pelakon - Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera,

Drama Aku Pilih Bahagia adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Nurlaila yang telah tamat episodnya. Drama Aku Pilih Bahagia ini akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini bermula pada 3 April 2022, setiap hari, jam 3 petang. Antara pelakon drama Aku Pilih Bahagia ini adalah Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera, Yaya Maembong, Meor Mohd, Raja Azmi, Adiba Yunus dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah dan mempunyai 30 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Pilih Bahagia ini di bawah okey beserta sinopsisnya sekali..

Emma Maembong sebagai Dhiya
Fizz Fairuz sebagai Aidan
Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
Bella Dally sebagai Humaira
Nadya Syahera sebagai Arneesa
Yaya Maembong sebagai Inas
Meor Mohd sebagai Farhan
Adiba Yunus sebagai Ucu




Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong Di Slot Widuri TV1

Kisah 3 orang wanita iaitu Dhiya, Inas dan Arneesa yang mengalami masalah rumah tangga. Mereka bangun memulakan hidup baru demi kebahagiaan sendiri.
Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali. Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.
Drama Aku Pilih Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia, Drama Slot Widuri TV1, Poster Drama Aku Pilih Bahagia, Aku Pilih Bahagia Cast, Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode, Drama Aku Pilih Bahagia Episod 1 Hingga 30 TV1, Pelakon - Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera,
Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu. Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Lagu Tema / OST Drama Aku Pilih Bahagia

👄👄 Kau Yang Bertakhta nyanyian Sarah Suhairi

Baca Online Novel Aku Pilih Bahagia Bab 1 Hingga Bab 10

Pada yang suka membaca, korang juga boleh membaca versi novelnya secara onlinenya disini 👉 Novel Online Aku Pilih Bahagia Karya Umie Nadzimah

Tonton Online Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang juga boleh menonton drama Aku Pilih Bahagia ini secara online iaitu di Youtube Radio Televisyen Malaysia



Read More

25 Mei 2020

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3) Lakonan Izzue Islam dan Bella Dally




Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Telemovie Hantu Penunjuk Jalan, TV3, Telefilem Raya, Telefilem Raya TV3 2020, Poster Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Pelakon - Pelakon Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw,

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan akan disiarkan di TV3 pada hari raya kedua, iaitu 25 Mei 2020, jam 4 petang. Antara pelakon telefilem Hantu Penunjuk Jalan ini adalah Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw, Shashaa Raman, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hantu Penunjuk Jalan ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd. Nampak menari telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3)


Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. Lin, seorang social media influencer yang popular bercadang untuk membuat ulasan tentang kampung tersebut. Di situ, Lin telah bertemu dengan seorang pemandu e-hailing, Jay yang telah sesat jalan selepas menghantar penumpangnya. Dalam usaha untuk meninggalkan kawasan kampung itu, cinta mula berputik antara Lin dan Jay.

Jom Baca Ini juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop (Astro Ria) Lakonan Sherry Al - Hadad, Han Byul dan Syafiq Farhain

Read More


My Random Post