24 Feb 2022

Drama Nurlaila Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Slot Widuri TV1



Drama Nurlaila, Info dan Sinopsis Drama Nurlaila, Sinopsis Penuh Drama Drama Nurlaila, Drama Nurlaila Full Episode, Drama Nurlaila Episod 1 Hingga 26, Poster Drama Nurlaila TV1, Drama Slot Widuri TV1, Nurlaila Cast, Pelakon - Pelakon Drama Nurlaila,

 Drama Nurlaila adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Derhaka Cinta Jebat bermula 16 Februari 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Nurlaila ini adalah Hanna Aqeela, Aedy Ashraf, Amyza Aznan, Zamarul Hisyam, Kamarool Hj Yusoff, Rusdi Ramli, Ku Faridah, Neera Azizi, Farahdhiya, Nor Albaniah, Fimie Don, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Drama Nurlaila ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah serta diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom watak - watak pelakon dalam drama Nurlaila ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hanna Aqeela sebagai Nurlaila
Aedy Ashraf sebagai Imran
Amyza Aznan sebagai Aina
Zamarul Hisham sebagai Khalid
Neera Azizi sebagai Ina
Kamarool Haji Yusoff sebagai Tono
Nor Albaniah sebagai Siti
Rusdi Ramli sebagai Ayah
Ku Faridah sebagai Mak Som
Farahdhiya sebagai Sara
Ruminah Sidek sebagai Nek Kiah
Fimie Don sebagai Sam
Anas Ridzuan sebagai Lan
Khaty Azian sebagai Mak Long
Heykal Hanifah sebagai Rostam




Sinopsis Penuh Drama Nurlaila Lakonan Aedy Ashraf dan Hana Aqeela - Slot Widuri TV1

Kisah hidup pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak. Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu akan ada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu. Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur. Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. 


Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya. Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono. Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila. Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya. Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila?


Lagu Tema / OST Drama Nurlaila

👄👄 Jika nyanyian Yaaqub Mahmood


Tonton Drama Nurlaila Full Episode

❤ Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Nurlaila ini secara online juga di 👍SiNi..


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin (Astro Ria)


⏩⏩ Drama Ulya & Dini Full Episode Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Astro Ria


👉👉 Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post