15 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Derhaka Cinta Jebat (TV1)



Drama Derhaka Cinta Jebat, Drama Slot Widuri TV1, Drama Derhaka Cinta Jebat Slot Widuri TV1, Poster Drama Derhaka Cinta Jebat, Info dan Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat, Drama Derhaka Cinta Jebat Episod 1 Hingga 26 TV1, Derhaka Cinta Jebat Full Episode, Derhaka Cinta Jebat Novel PDF, Derhaka Cinta Jebat Drama, Novel Derhaka Cinta Jebat Bab 1 Hingga Bab Akhir, Derhaka Cinta Jebat Wattpad, OST Derhaka Cinta Jebat, Derhaka Cinta Jebat Episode 1, Episod Akhir Drama Derhaka Cinta Jebat, Derhaka Cinta Jebat Ending, Derhaka Cinta Jebat Cast, Pelakon - Pelakon Drama Derhaka Cinta Jebat, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Drama Melayu 2022 tv1,

Drama Derhaka Cinta Jebat adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Widuri TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini sudah pun bersiaran sejak 3 Januari yang lalu dan merupakan adaptasi Novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet. Antara pelakon drama Derhaka Cinta Jebat ini adalah Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Mimi Ernida, Wilma Muhammad, Aznah Hamid dan ramai lagi. Selain itu drama Derhaka Cinta Jebat ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga best. Agak - agak korang macam manalah ending drama Derhaka Cinta Jebat ini nanti kan?. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain
  • Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
  • Ikmal Amry sebagai Tuah Iskandar
  • Jasper Supayah sebagai Cemelia
  • Faez Nick sebagai Iqbal
  • Daniel Fong sebagai Amar/Eric Wong
  • Ikhwan Rosli sebagai Salim
  • Nina Fazurina sebagai Amira
  • Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
  • Mimi Ernida sebagai Inara
  • Hannah Qiassatina sebagai Fatihah
  • Wilma Muhammad sebagai Huda
  • Aznah Hamid sebagai Opah
  • Bohari Ibrahim sebagai Azman
  • Puteri Ateeqah sebagai Suria
  • Razali Ghani sebagai Pak Husin
  • Siti Ruwiyani sebagai Cik Yam
  • Izzendra sebagai Teja




Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad - Slot Widuri TV1

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar. Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. 


Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu. Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?


Lagu Tema / OST Drama Derhaka Cinta Jebat

👄👄 Yang Benar nyanyian Floor 88


Tonton Online Drama Derhaka Cinta Jebat Full Episode

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik iaitu 👉 Di sini..dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Maryam Qistina (TV Okey)


👉👉 Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)


⏩⏩ Drama Life Lila Slot Lestary TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post