Memaparkan catatan dengan label Faradhiya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faradhiya. Papar semua catatan

12 Okt 2022

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)



Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Astro Ria, Poster Drama Roti Cicah Susu, Sinopsis Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Full Episode, Drama Roti Cicah Susu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roti Cicah Susu, Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Fad Anuar, Faradhiya, Fizz Fairuz, Jasper Supayah, Aida Aris, Drama Astro Ria 2022,

Drama Roti Cicah Susu ini sudah mula bersiaran di Astro Ria sejak 10 Oktober 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Bukan Pi Mai Pi Mai yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Roti Cicah Susu ini adalah Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Roti Cicah Susu karya Liza Nur. Selain itu drama Roti Cicah Susu ini diarahkan oleh Azman Hj Yahya dan Sheila Rusly serta diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Roti Cicah Susu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Roti Cicah Susu 

Haneesya Hanee sebagai Umaira
Syazuwan Hassan sebagai Emil
Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail
Farahdhiya sebagai Arissa
Fizz Fairuz sebagai Iskandar
Riezman Khuzaimi sebagai Dato Haidar
Afifah Nasir sebagai Hernani
Safwan Nazri sebagai Lutfi
Aida Aris sebagai Datuk Ratna
Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
Jasper Supayah sebagai Maryam
Sharifah Fathimah Hawra sebagai Umaira 
Adrianna Qasmia sebagai Arissa




Sinopsis Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Mengisahkan empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah rumah kebajikan yang diberi nama Teratak Markissa iaitu Qaseh Umaira @Mai (Haneesya Hanee), Elmiyya @Elmy, Arissa @ Aris (Farahdhiya) dan Aiman @Ayim. Sebelum mereka dewasa, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak. Teratak Markissa musnah dan Rumah tersebut terpaksa ditutup. Qaseh Umaira terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim pula diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain? Selepas 15 tahun berlalu, mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan. tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui. 
Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Astro Ria, Poster Drama Roti Cicah Susu, Sinopsis Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Full Episode, Drama Roti Cicah Susu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roti Cicah Susu, Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Fad Anuar, Faradhiya, Fizz Fairuz, Jasper Supayah, Aida Aris, Drama Astro Ria 2022,
Qaseh Umaira, seorang wartawan yang obses dengan isu berat khususnya Kes Kumpulan Tengkorak. Umaira turun ke tapak kes untuk mencari cerita namun setiap penulisannya tentang isu ini sering ditolak oleh editornya. Umaira tidak dapat melupakan pertemuan tidak sengajanya dengan Ayim. Hal ini menyebabkan dia mula terkenang dan rindu pada keluarga Teratak Markissa. Arissa dan Emran bergaduh mulut setelah terlibat dalam kemalangan. Umaira kini perlu menghadiri sebuah majlis elit dan akhirnya bertemu dengan Emil. Arissa hairan bagaimana gambar Ibu Markissa ada di dalam simpanan Datuk Ratna. Umaira memesan hidangan roti cicah susu di kedai makan menyebabkan Arissa yang berada di meja sebelah terkejut. Ibu Markissa memarahi Datuk Ratna yang tiba-tiba muncul setelah 15 tahun menghilang. Datuk Ratna ingin berjumpa dengan anaknya namun dihalang oleh Ibu Markissa.


Read More

25 Sep 2022

Telefilem Sahabat Pendosa (Awesome TV)



Telefilem Sahabat Pendosa Awesome TV, Telemovie Sahabat Pendosa Awesome TV, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Sahabat Pendosa, Telemovie Sahabat Pendosa Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sahabat Pendosa, Telefilem Sahabat Pendosa Full Movie, Farahdhiya, Fizz Fairuz, Muaz Fitri,

 Telefilem Sahabat Pendosa akan disiarkan di Awesome TV pada hari Ahad, 25 September 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Sahabat Pendosa ini adalah Farahdhiya, Fizz Fairuz, Muaz Fitri dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sahabt Pendosa ini diterbitkan oleh AllOut Pictures TV. Nampak menarik kan telefilem ini, Jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie sahabat Pendosa di bawah ini okey..

 


Sinopsis Telefilem Sahabat Pendosa (Awesome TV)

Shakir terpaksa mewarisi saka pusaka ayahnya walaupun dia enggan. Sepanjang hidupnya Shakir tidak mahu mempercayai nasibnya yang dikongkong saka. Keadaan berubah selepas Shakir bercinta dengan Fatin. Apa yang berlaku seterusnya?


Read More

27 Jul 2022

Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana Di TV9



Drama Selamanya Suri Cinta, Poster Drama Selamanya Suri Cinta, Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta, Drama Selamanya Suri Cinta Full Episode, Drama Selamanya Suri Cinta Episod 1 Hingga 20, Selamanya Suri Cinta Cast, Drama Baru Siti Nordiana, Drama Baru Farahdhiya, Drama Lakonan Sham Visa, Drama TV9,

Drama Selamanya Suri Cinta adalah drama terbaru di TV9 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Air Mata Allisya yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di TV9 sejak 15 Julai 2022 yang lalu, setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam. Antara pelakon drama Selamanya Suri Cinta ini adalah Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin, Jesse Lim dan ramai lagi. Selain itu drama Selamanya Suri Cinta ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, plus lama tak nampak Siti Nordiana berlakon lepas drama Satukan Rasa (2019). Rasanya ni macam first time aku tengok Sham Visa berlakon, lebih menarik lagi bila 3 pelakon utama drama ini iaitu Siti Nordiana, Farahdhiya dan Sham Visa adalah bekas peserta Gegar Vaganza gitu. Malah Siti Nordiana dan Farahdhiya adalah Juara dan naib Juara Gegar Vaganza musim kedua. Macam reunion pula dalam drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Selamanya Suri Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Siti Nordiana sebagai Wanda Nurhayati
Sham Visa sebagai Fairuz
Farahdhiya sebagai Maisarah
Fahrin Ahmad sebagai Amirul
Raja Azmi sebagai Hajah Noriah
Adriana Alyssa sebagai Shazwani
Ziqri Mikhail sebagai Shazli
Aryan Adzrin sebagai Shazril




Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana, Sham Visa dan Farahdhiya Di TV9

Mengisahkan Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan, mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu dan bapa terbaik. Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Drama Selamanya Suri Cinta, Poster Drama Selamanya Suri Cinta, Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta, Drama Selamanya Suri Cinta Full Episode, Drama Selamanya Suri Cinta Episod 1 Hingga 20, Selamanya Suri Cinta Cast, Drama Baru Siti Nordiana, Drama Baru Farahdhiya, Drama Lakonan Sham Visa, Drama TV9,

Lagu Tema / OST Drama Selamanya Suri Cinta

👄👄 Suri Cinta nyanyian Erin CTJ



Read More

24 Feb 2022

Drama Nurlaila Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Slot Widuri TV1



Drama Nurlaila, Info dan Sinopsis Drama Nurlaila, Sinopsis Penuh Drama Drama Nurlaila, Drama Nurlaila Full Episode, Drama Nurlaila Episod 1 Hingga 26, Poster Drama Nurlaila TV1, Drama Slot Widuri TV1, Nurlaila Cast, Pelakon - Pelakon Drama Nurlaila,

 Drama Nurlaila adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Derhaka Cinta Jebat bermula 16 Februari 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Nurlaila ini adalah Hanna Aqeela, Aedy Ashraf, Amyza Aznan, Zamarul Hisyam, Kamarool Hj Yusoff, Rusdi Ramli, Ku Faridah, Neera Azizi, Farahdhiya, Nor Albaniah, Fimie Don, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Drama Nurlaila ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah serta diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom watak - watak pelakon dalam drama Nurlaila ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hanna Aqeela sebagai Nurlaila
Aedy Ashraf sebagai Imran
Amyza Aznan sebagai Aina
Zamarul Hisham sebagai Khalid
Neera Azizi sebagai Ina
Kamarool Haji Yusoff sebagai Tono
Nor Albaniah sebagai Siti
Rusdi Ramli sebagai Ayah
Ku Faridah sebagai Mak Som
Farahdhiya sebagai Sara
Ruminah Sidek sebagai Nek Kiah
Fimie Don sebagai Sam
Anas Ridzuan sebagai Lan
Khaty Azian sebagai Mak Long
Heykal Hanifah sebagai Rostam




Sinopsis Penuh Drama Nurlaila Lakonan Aedy Ashraf dan Hana Aqeela - Slot Widuri TV1

Kisah hidup pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak. Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu akan ada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu. Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur. Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. 


Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya. Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono. Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila. Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya. Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila?


Lagu Tema / OST Drama Nurlaila

👄👄 Jika nyanyian Yaaqub Mahmood


Tonton Drama Nurlaila Full Episode

❤ Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Nurlaila ini secara online juga di 👍SiNi..


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin (Astro Ria)


⏩⏩ Drama Ulya & Dini Full Episode Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Astro Ria


👉👉 Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3

Read More

24 Jan 2022

Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)



Telefilem Vampire Masuk Kampung, Telemovie Vampire Masuk Kampung, Poster Telefilem Vampire Masuk Kampung, Info dan Sinopsis Telefilem Vampire Masuk Kampung, Vampire Masuk Kampung Cast, Telefilem Vampire Masuk Kampung Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Vampire Masuk Kampung, Daler Yusuf, Nadia Brian, Tony Eusoff, Faradhiya

Telefilem Vampire Masuk Kampung akan disiarkan pada 24 Januari 2022 ini, jam 9 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Vampire Masuk Kampung ini adalah Daler Yusuf, Nadia Brian, Tony Eusoff, Faradiya, Taib Zamannuri, Qistina dan ramai lagi. Wahh pandai diorang pilih barisan pelakon - pelakon Vampire Masuk Kampung ni, semua mix, pan asian gitu hehehe. Selain itu Telemovie Vampire Masuk Kampung ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, unik dan lain dari yang lain gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)

Mengisahkan tentang seorang Vampire yang cuba beradaptasi dengan kehidupan manusia normal di sebuah kampung yang terpencil dan jauh dari arus kemodenan hari ini. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More


My Random Post