28 Sep 2021

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episode Lakonan Andi Bernadee dan Shiha Zikir



Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episode, Poster Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Tonton Online Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Pelakon - Pelakon Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi,

Drama Perisik Cinta Tak Diundang adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Shah Alam 40000 yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran sejak 21 September 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Perisik Cinta Tak Diundang ini adalah Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie, Norish Karman, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Jabir Meftah, Bella Astillah, Enot,  Shamsul Ghau Ghau, Norish Karman, Nuralis, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar, Qasehku Effa Al Habshee, Nurin Atiqah, Didi Astillah dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish. Walaubagaimanapun drama Perisik Cinta Tak Diundang ini hanya mempunyai 12 episod dan diarahkan oleh Azmi Mohd Hata serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Perisik Cinta Tak Diundang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Andi Bernadee sebagai Niyaz Aqasha
Shiha Zikir sebagai Medina Mikayla
Hafidz Roshdi sebagai Firas Akhtar
Wani Kayrie sebagai Anida
Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Rogayah
Salina Saibi sebagai Hanim
Jabir Meftah sebagai Amar
Bella Astillah sebagai Erriana
Enot sebagai Fiza
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hisham 
Norish Karman sebagai Mak Tah 
Nuralis  sebagai Nadira
Amanda  Misbun  sebagai  Acu Hana
Dynas Mokhtar  sebagai  Khaty Janda 
Qasehku Effa Al Habshee sebagai Kak Liza
Nurin Atiqah sebagai Mikayla 
Didi Astillah  sebagai Inluencer
Muaz sebagai Faliq 
Meel Yahya sebagai  Mak Nah
Rayyan Nur Iman sebagai Eusoff 




Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang Lakonan Andi Bernadee dan Shiha Zikir Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Medina Mikayla (Shiha Zikir) yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka. Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ. 

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin. Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu?
Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episode, Poster Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Tonton Online Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Pelakon - Pelakon Drama Perisik Cinta Tak Diundang, Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Novel Perisik Cinta Tak Diundang,
Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang 

‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…
“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras. “Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. “Nak tanya apa?” “Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?” Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna “Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina “Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niya MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?

Lagu Tema / OST Drama Perisik Cinta Tak Diundang
💋💋 Bebas nyanyian Sissy Iman

Tonton Drama Perisik Cinta Tak Diundang Full Episod 
Kalau terlepas menonton di kaca TV, korang boleh menonton drama ini secara online di aplikasi VIU Malaysia



1 ulasan:

  1. Hari tu tengok iklan dia dekat tv. Tengok iklan pun dah tau best. Adaptasi novel ??

    BalasPadam



My Random Post