5 Sep 2021

Drama Hawa Episod 1 Hingga 13 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Hawa, Drama Hawa Slot MegaDrama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Hawa, Poster Drama Hawa, Drama Hawa Full Episode, Drama Hawa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hawa, Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh,

Drama Hawa sudah mula disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 24 Ogos yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Cik Ayu Mee Sanggul lakonan Aqasha dan Amelia Henderson yang tamat episodnya. Antara pelakon drama Hawa ini adalah Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh dan ramai lagi. Selain itu drama Hawa ini hanya mempunyai 13 episod saja dan diarahkan oleh Tam Suhaimi serta diterbitkan oleh Infinitus Productions Sdn Bhd. Apa pun memang menarik drama ini, para pelakon pun best - best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hawa berserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Nadiya Nisaa sebagai Along/Hajjah Saadah
Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah
Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah
Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan
Donna Muslim sebagai Musa
Akmal Abdullah sebagai Azizah
Shah Faris sebagai Naim
Yusri Saleh sebagai Haji Ali 




Sinopsis Penuh Drama Hawa  Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna dan Hamidah Wahab Episod 1 Hingga 13 Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang keluarga Hajjah Imaan yang mempunyai 3 orang anak perempuan. Di luaran keluarga Hajjah Imaan kelihatan sempurna dan bahagia. Hakikatnya kesemua mereka mengalami masalah mereka yang tersendiri. Hajjah Imaan terpaksa berdepan dengan tuntutan saman selepas ditipu oleh pengurus cawangan syarikatnya dan kini terpaksa mengupah peguam. Manakala anak sulungnya Saadah atau Along pula seorang isteri solehah yang bahagia dengan suaminya Haji Ali, namun mereka tidak dikurniakan anak. Hidup Along mula berubah bila dapat tahu yang suaminya curang dan kini sudah mempunyai isteri kedua bernama Azizah. Walaubagaimanapun suaminya masih enggan berterus - terang mengenai perkahwinan keduanya pada Along walaupun Along sudah mampu mengagak. Tak lama kemudian Haji Ali pengsan dan koma, ketika inilah Along bertemu dengan Azizah dan dapat tahu Azizah dan suaminya itu sudah pun mempunyai anak. 
Drama Hawa, Drama Hawa Slot MegaDrama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Hawa, Poster Drama Hawa, Drama Hawa Full Episode, Drama Hawa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hawa, Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh, Drama Baru Nadiya Nisaa,
Along tak dapat menerima hal tersebut dan membenci Azizah sepenuh hatinya. Anak kedua Hajjah Imaan bernama Fauziah atau Angah, Angah telah mengalami bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Naim dan kini Angah telah berkahwin lain dengan lelaki lebih muda dari dirinya bernama Musa. Namun Angah juga sering mengesyaki yang suaminya juga curang dengannya. Manakala Acu pula adalah anak bongsu Hajjah Imaan yang aktif di media sosial dan mempunyai ramai follower. Namun disebabkan mengejar populariti dan content yang disukai ramai menyebabkan Acu sengaja mendedahkan masalah dan rahsia keluarganya pada pengikutnya di media sosial. Hal ini telah diketahui oleh Hajjah Imaan dan Angah dan mereka cuba menasihati Acu. Apa yang berlaku seterusnya??..

Lagu Tema / OST Drama Hawa 

Lagu : Hawa 
Komposer : Tilla Hanna & Lo Shi Seng 
Lirik : Tilla Hanna 
Muzik: Lo Shi Seng



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post