26 Mei 2021

Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga Episod 40 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3



Drama Cukup Derita Itu, Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah, Drama Melayu TV3, Drama Adaptasi Novel, Info dan Sinopsis Drama Cukup Derita Itu, Pelakon - Pelakon Drama Cukup Derita Itu, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Chacha Maembong,

Drama Cukup Derita Itu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiakan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini sudah bersiaran sejak 6 Mei 2021 yang lalu dan mempunyai 40 episod. Antara pelakon Drama Cukup Derita Itu adalah Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia. Selain itu drama Cukup Derita Itu disiarkan bagi menggantikan drama Penjara Janji lakonan Alif Satar dan Azira Syafinas. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cukup Derita Itu karya novelis terkenal Siti Rosmizah. Manakala pengarah drama ini adalah Along Kamaludin dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Selepas Drama Adaptasi Novel Rindu Awak Separuh Nyawa popular, kini muncul lagi drama baru yang merupakan adaptasi novel karya Siti Rosmizah. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Cukup Derita Itu beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies Farehah sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
Lia Natalia sebagai Salwa
Didie Alias sebagai Mak Yek
Farhan Asri sebagai Amirul
Dian P. Ramlee sebagai Nek Long
Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
Fahrin Ahmad sebagai Fariz
Sera Melissa sebagai Ayu
Hafidzuddin Fazil sebagai Dato' Azli
Mubarak Majid sebagai Pak Mat




Sinopsis Penuh Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms. Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?
Drama Cukup Derita Itu, Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah, Drama Melayu TV3, Drama Adaptasi Novel, Info dan Sinopsis Drama Cukup Derita Itu, Pelakon - Pelakon Drama Cukup Derita Itu, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Chacha Maembong, Poster Drama Cukup Derita Itu,
Lagu Tema / OST Drama Cukup Derita Itu
💋 Cukup Derita Itu nyanyian Siti Nordiana 
💋 Pergilah Derita nyanyian Asfan Shah dan Lia Aziz

Tonton Drama Cukup Derita Itu Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menonton secara online drama ini di aplikasi 👌 IQIYI

1 ulasan:

  1. iena layan jugak cerita ni..geram betul dengan makngah dengan lana tu..

    BalasPadam



My Random Post