17 Mei 2021

Drama Sabarlah Duhai Hati Episod 1 Hingga Episode 35 (Akhir) Di Slot Akasia TV3



Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,

Drama Sabarlah Duhai Hati adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Tak Sempurna Mencintaimu lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa. Drama Sabarlah Duhai Hati ini mulai bersiaran di TV3 sejak 28 April 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie. Aku memang suka baca novel - novel karya Mimie Afinie ni tau. Berbalik pada drama ini, ianya mempunyai 35 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam Drama Sabarlah Duhai Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Izzue Islam sebagai Nazim
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Iman Suhana sebagai Nadia
Aiman Badrul sebagai Danish
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
Pablo Amirul sebagai Johan




Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Lakonan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan Di Slot Akasia TV3

Hidup Fira berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish (Aiman Badrul) ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan. Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia. Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap. Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Affan dan Fira menggapai bahagia?..

Lagu Tema / OST Drama Sabarlah Duhai Hati
💕 Hanyut nyanyian Black Hanifah
Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,
Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati Karya Mimie Afinie

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya. Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela. Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.
“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.
Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.
“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Baca Online Novel Sabarlah Duhai Hati Bab 1 Hingga Bab 20

Kalau korang teringin nak baca bab - bab awal novel Sabarlah Duhai Hati ini korang boleh baca di blog penulis novel ini iaitu Mimie Afinie 👉 Di Sini
Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,
Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang boleh menonton drama ini secara online di IQIYI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post