22 Mei 2021

Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri - Cerekarama TV3



Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Telemovie Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Poster Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Info dan Sinopsis Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Pelakon - Pelakon Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Ending Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Nadia Brian, Adi Putra, Atiq Azman, Lana Nordin, Sharifah Sakinah, Cerekarama TV3,


Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri pernah mencetuskan fenomena sedikit masa lalu, namun ramai yang tidak berpuas hati dengan ending drama tersebut kerana tergantung habis. Jadi istimewa untuk peminat setia drama ini, segala teka - teki dan persoalan akan terjawab dalam telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 22 Mei 2021, jam 10 malam. Masih mengekalkan pelakon - pelakon asal, antara pelakon telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri ini adalah Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Aidil Aziz, Lana Nordin, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Fifi Laura, Umar Zarif dan ramai lagi. Selain itu telemovie Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Jom baca sinopsis ringkas telefilem ini okay..




Sinopsis 
Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Lakonan Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman dan Sharifah Sakinah - Cerekarama TV3


Mengisahkan kesinambungan kepada drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Laila yang telah mati cuba dihidupkan semula oleh cik Embun. Manakala Eizlan pula masih tidak begitu sembuh namun bertindak untuk pergi berjumpa dengan cik Embun. Manakala Pian pula masih hidup dan Rai pula masih lagi isteri Pian, namun begitu hubungan antara Eizlan dan Pian tidak baik, Eizlan membenci Pian. Eizlan nekad ingin mendapatkan semula Rai. Muncul ustaz Umar yang cuba membantu Pian, Rai dan Eizlan untuk menentang ilmu hitam cik Embun. Apa yang berlaku seterusnya?..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post