10 Nov 2021

Info dan Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)



Drama Keluarga Untuk Disewa, Drama Keluarga Untuk Disewa TV9, Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa, Keluarga Untuk Disewa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Keluarga Untuk Disewa, Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don,

Drama Keluarga Untuk Disewa sudah mula bersiaran di TV9 sejak 2 November 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini juga turut ditawarkan di Disney+ Hotstar. Antara pelakon drama Keluarga Untuk Disewa ini adalah Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don dan ramai lagi. Selain itu drama turut diserikan dengan cameo / bintang undangan yang ramai seperti Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Najua Pramlee, Henzi Andalas, Ustaz Syamsul Debat, Cat Farish, Nabil Aqil, Puteri Lofea, Mona Allen, Zalfa Zin, Kamal Bahar, Asha Merican, Maria Tunku Sabri, Johan Asari dan ramai lagi. Selain itu drama Keluarga Untuk Disewa ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan Eleven Field Creative Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Keluarga Untuk Disewa beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.  

Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
Fifi Laura Olivia sebagai Aina
Fimie Don sebagai Fikri / Hisham
Afifah Nasir sebagai Nora / Anis
Dynas Mokhtar sebagai Intan / Marissa
Azhan Rani sebagai Alwi / Azman
Pekin Ibrahim sebagai Din
Maria Tunku Sabri sebagai Datin Kay
Sharifah Shahora sebagai Nurul 
Avaa Vanja sebagai Marissa
Henzi Andalas sebagai Azman
Ustaz Syamsul Debat sebagai Ustaz Ismail 
Cat Farish sebagai Rizman
Nabil Aqil sebagai Dr Syamsul




Sinopsis Penuh Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)

Mengisahkan Aina (Fifi) kehilangan keluarga dalam tragedi kemalangan jalan raya. Neneknya, Puan Sri Maryam (Adibah), ikon wanita yang sangat digeruni di Melaka terkejut dengan berita kematian anak tunggalnya, Marissa. Kini, hanya cucu bongsu, Aina terselamat dan berada dalam koma. Selepas Aina sedarkan diri, doktor mengatakan Aina hilang ingatan dan memerlukan perhatian keluarga supaya segera sembuh. Sabaruddin (Pekin) yang juga pembantu peribadi Puan Sri Maryam mencadangkan mencari keluarga olok-olok untuk Aina supaya anak kecil itu dapat merasai hidup dikelilingi kasih sayang. Mulanya, Puan Sri Maryam enggan. Apabila Aina mula bertanya di mana keluarganya, Puan Sri Maryam tidak sampai hati memberitahu cucunya yang kini anak yatim piatu. 
Drama Keluarga Untuk Disewa, Drama Keluarga Untuk Disewa TV9, Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa, Keluarga Untuk Disewa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Keluarga Untuk Disewa, Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don,
Oleh itu, Puan Sri Maryam bersetuju mengupah empat individu menyamar sebagai ahli keluarga Aina iaitu Marissa (ibu), Azman (ayah), Hisham (abang) dan Anis (kakak). Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya. Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

Lagu Tema / OST  Drama Keluarga Untuk Disewa
Dijaja nyanyian Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir dan Pekin Ibrahim



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post