Memaparkan catatan dengan label Jaja Iliyes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jaja Iliyes. Papar semua catatan

28 Ogo 2022

Telefilem Titi Kayu (TV3)



Telefilem Titi Kayu TV3, Telemovie Titi Kayu TV3, Sinopsis Telefilem Titi Kayu TV3, Telemovie Titi Kayu Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Titi Kayu, Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly, Aril Shahril, Cerekarama Titi Kayu TV3,

Telefilem Titi Kayu dah pernah disiarkan pada tahun 2019 yang lalu dan kini akan diulang siar pada Ahad ini, 28 Ogos 2022, jam 10.30 malan di TV3. Antara pelakon telefilem Titi Kayu ini adalah Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly, Aril Shahril dan ramai lagi. Selain itu telemovie Titi Kayu ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh Eleven Field Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, siapa dah pernah tengok telemovie Titi Kayu ni dulu? apa pun jom tengok sinopsis telemovie Titi Kayu ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Titi Kayu (TV3)

Mengisahkan tentang  Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan. Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama. Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1)


Read More

13 Ogo 2022

Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,

Drama Ash dan Aish adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jodohku Babysitter lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di Astro Ria mulai 10 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Selain itu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Ash dan Aish karya Maya Adira. Antara pelakon drama Ash dan Aish ini adalah Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Harissa Adlynn, Asha Merican, Jaja Iliyes, Norreen Iman, Arash Mohd, Kuza, Nada Nursyuhada, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama Ash dan Aish ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Helmi Yusof serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ash dan Aish ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Ash dan Aish

  • Meerqeen Sebagai Ashrafi/Ash
  • Siti Khadijah Halim Sebagai Aisha/Aish
  • Anna Jobling Sebagai Delila
  • Harissa Adlynn sebagai Amni
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Asha Merican sebagai Izma
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Norreen Iman sebagai Kak Wati
  • Arash Mohd sebagai Hj Adnan
  • Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
  • Zainol MacWilson sebagai Encik Mukhtar
  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
  • Nada Nursyuhada sebagai Jihan
  • Idzham Ismail sebagai Anwar
  • Rahhim Omar sebagai Haji Rahim




Sinopsis Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish, kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.

Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,
Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.


Lagu Tema / Runut Bunyi/ OST Drama Ash dan Aish

👄 Halusinasi nyanyian Fieya Julia
👄 Goodbye, Hello nyanyian Syamel dan Ernie Zakri
👄 Beku nyanyian Elizabeth Tan dan Hazama
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul
👄 Luka Baru nyanyian Margosa
👄 Sembah nyanyian Naim Daniel ft Man Kidal




Read More

21 Mei 2022

Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3



Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Info dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode, 7 Hari Mencintaiku 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3,

Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 dah pun melabuhkan tirainya, ramai betul yang geram dengan Nurul Ain dan Kuzairi tu. Awalnya aku ingatkan si Nurul ni dah jadi baik rupa - rupanya berlakon baik je pun. Ramai gak netizen berteka - teki siapa bapa pada anak si Nurul ni, ramai yang teka si Zaidi la, pak Samad lah, Borhan lah dan lain - lain lagi. Selain tu aku ingatkan si Fatin ni jahat sampai ke akhirnya rupanya boleh berubah jadi baik pulak. Apa pun puas hati jugalah bila dapat tengok Mak Leha smack down juga si Nurul tu hahahaha, ganyang jangan tak ganyang. Jahat si Nurul ni tak cukup satu musim saja bertambah pula sampai musim ketiga ni. Paling best bila si Nurul ni dah dua kali tak jadi kahwin dengan Kuzairi 😂. Di episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini juga penonton dapat tengok si Helmi memarahi Syakila lepas Syakila kantoi bila rancangan jahatnya diketahui Helmi. Lepas Helmi marah dia automatik si Syakila ni boleh insaf dan jadi baik balik 😆😆. 




Acik Ila juga dah insaf dan Sofi juga dah berbaik semula dengan Helmi. Manakala Kuzairi juga dah berbaik dengan Mia, Adam juga sedar dengan kesalahan dia dan mendoakan Mia bahagia dengan Kuzairi. Bila keluarga Pak Samad dan bahagia dan tak ada masalah besar boleh pula lain jadinya. Tak sangkalah ending drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni sedih sebab pak Samad meninggal dunia dan sempat meninggalkan sepucuk surat buat keluarganya. Okey tu sedikit sebanyak sinopsis episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3. Apa pun dalam musim ketiga ni banyak gak pengulangan macam kes cemburu Mia dan Kuzairi, pastu ada perempuan nak rampas Kuzairi dan Kuzairi nak kahwin lagi. Lepas ni drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Bisik - Bisik Gelora.



Read More

19 Apr 2022

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga 35 (Full Episode) Di Slot Akasia TV3



Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Info dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Poster Drama 7 Hari Mencintaiku 3, 7 Hari Mencintaiku 3 Cast, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga 35, Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Pelakon - Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Shukri Yahaya, Siti Saleha,

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Harith Fayyadh yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 16 April 2022 yang lalu, setiap hari (Isnin hingga Ahad) jam 7 malam. Antara pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini adalah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, Reen Rahim, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Sean Lee, Mak Wan, Ku Faridah, Shaharuddin Tamby, PU Azman, Ezad Lazim, Dayang Areeda, Azza Elite, Razman Mahayuddin dan ramai lagi. Selain itu drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini mempunyai 35 episod dan diarahkan oleh Jamal Khan serta diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Akhirnya drama kesukaan ramai ini kembali ke musim ketiga gitu, paling best bila drama ini berjaya mengekalkan hampir semua pelakon asal drama ini dengan tambahan beberapa watak baru. Memang syok layan drama ni, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam rdama 7 Hari Mencintaiku 3 ini di bawah beserta sinopsisnya sekali okey..

  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
  • Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha 
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad
  • Jasmin Hamid sebagai Zarina
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Reen Rahim sebagai Fatin Husna
  • Sean Lee sebagai Dr. Adam
  • Silfeny Osman sebagai Azura
  • PU Azman sebagai Taufik
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Azza Elite sebagai Kak Piah
  • Ku Faridah sebagai Che Puteh
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
  • Mak Wan sebagai Mak Limah
  • Ezad Lazim sebagai Husin
  • Dayang Areeda sebagai Maimunah
  • Razman Mahayuddin sebagai Burhan
  • Saidah Kamarudin sebagai Hana
  • Dhia Irdina sebagai Alisa




Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha Di Slot Akasia TV3

Rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Info dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Poster Drama 7 Hari Mencintaiku 3, 7 Hari Mencintaiku 3 Cast, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga 35, Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Pelakon - Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Shukri Yahaya, Siti Saleha,
Lagu Tema/ Runut Bunyi / OST Drama 7 Hari Mencintaiku 3

  • Kaulah Syurga nyanyian Khai Bahar & Lia Aziz
  • Luahan Cintaku - Ezad Lazim
  • Dambaanku - Erin CTJ
  • Lalai - Baby Shima
  • Aku Bidadari Syurgamu - Siti Nurhaliza
  • Apa Khabar Sayang - Amira Syahira
  • Siapa Kata - Azzara Band
  • Untukmu - Fairuz Misran
  • Arjuna - Erin CTJ
  • Demi Cinta - Ezad Lazim
  • Demi Cinta - Hazury
  • Sekali Lagi - Siti Nordiana & Nubhan
  • Sembuh - Achey
  • Hasbi Rabbi - Asfan Shah, Ariff Bahran, Ayie & Syafiq Farhain
  • Angkara - Siti Nordiana
  • Tiada Dirimu - Shila Amzah
  • Astaghfirullah - Hafiz Hamidun

Tonton Online Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini secara online juga, iaitu di iQIYI Malaysia



Read More

30 Apr 2021

Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)



Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Info dan Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Poster Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini,


Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini telah pun disiarkan di Awesome TV (Astro 123, MyTV 112) sejak 12 April 2021 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam. Antara pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini adalah Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini mempunyai 22 episod dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Keith Foo sebagai Mikhail
Jaja Iliyes sebagai Alana
Nasir Bilal Khan sebagai Pak Daus
Liza Abdullah sebagai Mak Bibah
Nazeera Sardi sebagai Natrah
Amar Asyraf sebagai Amli
Beego sebagai Hasnul
Bella Astillah sebagai Zalia
Norreen Iman sebagai Lynn
Isaac Iman sebagai Azril
Hannah Qiasatinna sebagai Nurul
Beayqaa sebagai Sutra
Nurul Fatihah sebagai Risteena
Zalfa Zin sebagai Juliana




Sinopsis Penuh Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)

Mengisahkan Pak Daus (Nasir Bilal Khan) yg merupakan seorang bomoh telah mendapat mimpi tentang kematian yg akan berlaku kepada keluarganya. Pak Daus tidak mahu menceritakan hal mimpi tersebut kepada isterinya sehingga Mak  Bibah (Liza Abdullah) risau dan cuba menelefon anak-anaknya selepas melihat tidur suaminya selalu terganggu kerana hal tersebut. Pak Daus dan Mak Bibah mempunyai tiga orang anak iaitu Hasnul (Beego), Natrah (Nazeera Sardi) dan Alana (Jaja Iliyes) yg kesemuanya menetap di Kuala Lumpur dan sibuk dengan urusan masing-masing. Hasnul, anak sulung Pak Daus merupakan seorang pensyarah dan tidak suka dengan pekerjaan ayahnya dan menganggap semua itu tahyul. selepas video Pak Daus viral di youtube, Hasnul marah dan malu bila hal tersebut menjadi bualan pelajar-pelajarnya. Zalia (Bella Astillah) sebagai isteri menegur kelakuan Hasnul yg selalu mengelak menjawab panggilan Mak Bibah. selain itu, Zalia cuba membantu menjernihkan hubungan Natrah dan Amli tetapi niat baiknya ditegur Hasnul kerana tidak mahu Zalia mencampur urusan rumah tangga adiknya. 

Natrah dan Amli (Amar Asyraf) selalu bergaduh kerana ego masing-masing. Natrah terlalu sibuk dengan bisnes salonnya sampai tiada masa untuk keluarga dan Amri pula rasa tergugat kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Hubungan rapat antara Amli dan Alana juga menyebabkan Natrah cemburu sebab sebelum mereka berkahwin pun, Natrah tahu yang Amli telah lama berkawan baik dengan adiknya. Alana pula telah menjadi pembantu peribadi kepada Mikhail (Keith Foo), banyak arahan pelik daripada boss barunya sehingga Alana stress dan annoying dengan perangai Mikhail. kerana salah faham, Alana berhenti kerja dan terus pulang ke kampung. sebaik Alana pulang, Mak Bibah menceritakan tentang kelakuan aneh Pak Daus dan bila bercakap sendiri dengan bapanya baru Alana perasan yg bapanya seperti tahu-tahu tentang kejadian buruk yg menimpa Natrah. Alana yg bimbang segera menelefon Hasnul dan menyuruhnya pulang tapi ada sahaja alasan dari Hasnul. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

💕 Terakhir Buat Teman nyanyian Hazama dan Siti Sarah

Tonton Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini Online

Korang boleh tonton drama ini di channel Awesome TV atau pun di Youtube Rasmi Awesome TV



Read More


My Random Post