Memaparkan catatan dengan label Wafariena. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wafariena. Papar semua catatan

27 Okt 2022

Drama Wanita Milik Tuan Putra Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Full Episode, Drama Wanita Milik Tuan Putra Episod 1 Hingga 28, Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Adaptasi Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wanita Milik Tuan Putra, Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Wafariena, Hafidz Roshdi,
Drama Wanita Milik Tuan Putra Lakonan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

Drama Wanita Milik Tuan Putra adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula bersiaran sejak 21 Oktober 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra ini adalah Intan Najuwa, Hisyam Hamid, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Wafariena, Natasya Mahyan, Kuza, Badrul Muhayat, Enot, Kathy Azian, Aznah Hamid dan ramai lagi. Selain itu drama Wanita Milik Tuan Putra ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Wanita Milik Tuan Putra

Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania
Natasya Mahyan sebagai Eva
Wafariena sebagai Airis
Syazuwan Hassan sebagai Emir
Hafidz Roshdi sebagai Asmara
Badrul Muhayat sebagai Dato Azka
Kuza sebagai Datin Luna
Kathy Azian sebagai Pn Sri Ainon
Enot sebagai Zuridah
Eddy Effrimz sebagai Malik
Aznah Hamid sebagai Mak Jah
Azman Jantan sebagai Pak Jais
Kay Maria sebagai Makngah
Draman Md sebagai Pakngah
Ieka Zulkifli sebagai Rina
Farah Wahida sebagai Shiela
Ramli Saleh sebagai Ramli




Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra Lakonan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa Di Slot Akasia TV3

Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais. Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra. Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Full Episode, Drama Wanita Milik Tuan Putra Episod 1 Hingga 28, Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Adaptasi Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wanita Milik Tuan Putra, Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Wafariena, Hafidz Roshdi,
Sinopsis Novel Wanita Milik Tuan Putra


Cinta, benarkah membawa bahagia? Benar, tapi harus ada derita dan air mata. Hot and spicy, gelaran yang tepat untuk Tuan Putra Anaqi. Pendek kata, dia adalah guy yang sempurna. Pertemuan demi pertemuan dengan Bunga Zinnirah, meyakinkan Putra bahawa itu bukanlah satu kebetulan, tapi satu suratan yang indah.
"Cinta bukan tentang apa yang kita lihat, tapi cinta adalah tentang apa yang kita rasa." - PUTRA
Bunga Zinnirah tidak menolak ikatan suci dengan Putra. baginya, Putra bagaikan malaikat pelindung yang menyelamatkannya. Dia hilang segala-galanya kerana menjunjung sebuah kejujuran. Putra hadir di saat dia hampir tersungkur melawan luka.
"You adalah pemandangan yang indah dan I harus menikmatinya." - BUNGA
Di sebalik sebaris nama Tuan Putra Anaqi, tersimpan seribu rahsia. Bila rahsia terbongkar, Bunga merasakan dia sudah tersesat jauh dalam kehidupan lelaki itu. Sangkanya, dia akan menjadi Wanita Milik Tuan Putra selama-lamanya.
Namun, dendam kelmarin meretakkan mahligai yang dibina. Takdir yang menemukan mereka dan takdir juga yang memisahkan mereka. Masihkah ada peluang untuk Putra dan Bunga membetulkan segala-galanya? Sedangkan masih banyak yang belum terluah.
"You are really a beast, Tuan Putra." - BUNGA
"I am a beast. I tak layak untuk you." - PUTRA
Ada cinta, ada benci. Ada suka, ada duka. Hati mula keliru dan cinta mereka jadi taruhan. Memperjuangkan sedih dan indah pada waktu yang sama amat melelahkan. Bila tersedar, cinta itu sudah pun sirna ditelan waktu. Pulanglah cinta, Kerana rindu akan sentiasa menjemputmu.

Lagu Tema / OST Drama Wanita Milik Tuan Putra

👄👄 Kembali Terang nyanyian Marsha Milan


Read More

12 Sep 2022

Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil (TV2)



Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil TV2, Telemovie Aku Tauhu Engkau Begedil, Slot Drama On 2, Sinopsis Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil, Aku Tauhu Engkau Begedil Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil, Qi Razali, Annie Mosha, Khatijah Tan, Wafariena Roslan, Fikree Bey, Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil Full Movie,

Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil akan disiarkan pada Selasa ini 13 September 2022, jam 9 malam di slot Drama On 2 TV2. Antara pelakon telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil ini adalah Qi Razali, Annie Mosha, Khatijah Tan, Wafariena Roslan, Fikree Bey dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Tauhu Engkau Begedil ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitkan oleh Framepersecond Sdn Bhd. Nampak macam best dan menarik je drama ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Aku Tauhu Engkau Begedil di bawah ini ye..




Sinopsis Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil (TV2)

Yaser berpindah dari kota ke Desa Lambaian Sukma kerana mahu menjalani hidup baharu setelah melalui pelbagai masalah di kota. Di kota, Yaser seorang Chef yang masyhur mahu mencari cabaran baharu, bertemu dengan Tia di desa, anak Tok Sidang yang berdedikasi dan mengusahakan pertanian. Masing-masing mempunyai kepakaran dan kekuatan dan lama-kelamaan mereka pun sama-sama jatuh hati. Deris bercita-cita tinggi untuk mmenjadi Tok Sidang selain mempunyai komplot dengan Towkey dalam penjualan tanah orang kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

6 Sep 2022

Sinopsis Drama Tok Guru (TV2)



Drama Tok Guru, Drama Tok Guru TV2, Poster Drama Tok Guru, Tok Guru Cast, Info dan Sinopsis Drama Tok Guru, Pelakon - Pelakon Drama Tok Guru, Nasir Bilal Khan, Johan As'ari, Wafariena Roslan, Lan Siro, Z. Zamri, Kamarool Hj Yusoff, Drama TV2, Drama Sempena Merdeka,

Sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia nanti, sebuah drama khas bertajuk Tok Guru akan disiarkan mulai 31 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV2. Drama ini mengangkat perjuangan seorang Guru Pondok di Kelantan semasa era Malayan Union tahun 1946. Antara pelakon drama Tok Guru ini adalah Nasir Bilal Khan, Johan As'ari, Wafariena Roslan, Lan Siro, Z. Zamri, Kamarool Hj Yusoff, Saiful Wazien, Shyrim, Hilal Azman, Geoff Andre Feyaerts dan ramai lagi. Selain itu drama Tok Guru ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Dato’ Jurey Rosli serta diterbitkan oleh World Evolution Brain. Nampak menarik kan drama Tok Guru ini, jalan ceritanya nampak best gitu, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..

Sinopsis Drama Tok Guru (TV2)

Mengisahkan seorang Tok Guru pondok di Kelantan cuba memperkenalkan subjek mathematic dan geography dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain. Tok Guru di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. Tok Guru mempunyai seorang anak lelaki Umar (15th) yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola. Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok Tok Guru. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan Tok Guru menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan. Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok Tok Guru ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. 




Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid Tok Guru untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England. Tok Guru bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan bola VI itu. Tok Guru sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan VI itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. Tok Guru mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince

Read More

22 Jun 2022

Sinopsis Telefilem Suri Rumah Terfeeling (Awesome TV)



Telefilem Suri Rumah Terfeeling, Telemovie Suri Rumah Terfeeling, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Suri Rumah Terfeeling, Suri Rumah Terfeeling Cast, Telefilem Suri Rumah Terfeeling Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Suri Rumah Terfeeling, Intan Ladyana, Atikah Suhaime, Azri Iskandar, Wafariena,

Telefilem Suri Rumah Terfeeling akan disiarkan di Awesome TV di saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV pada hari Rabu ini, 22 Jun 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Suri Rumah Terfeeling ini adalah Intan Ladyana, Atikah Suhaime, Wafariena, Azri Iskandar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Suri Rumah Terfeeling ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik je telemovie Suri Rumah Terfeeling ini kan, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Suri Rumah Terfeeling (Awesome TV)

Mengisahkan tiga orang suri rumah iaitu Intan, Zaharah and Leha yang bersahabat baik. Mereka dikejutkan dengan kematian kawan karib mereka Dr Azura. Mereka merancang untuk mencari punca kematiannya. Apa yang berlaku seterusnya? 



Read More

21 Mei 2022

Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3



Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Info dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode, 7 Hari Mencintaiku 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3,

Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 dah pun melabuhkan tirainya, ramai betul yang geram dengan Nurul Ain dan Kuzairi tu. Awalnya aku ingatkan si Nurul ni dah jadi baik rupa - rupanya berlakon baik je pun. Ramai gak netizen berteka - teki siapa bapa pada anak si Nurul ni, ramai yang teka si Zaidi la, pak Samad lah, Borhan lah dan lain - lain lagi. Selain tu aku ingatkan si Fatin ni jahat sampai ke akhirnya rupanya boleh berubah jadi baik pulak. Apa pun puas hati jugalah bila dapat tengok Mak Leha smack down juga si Nurul tu hahahaha, ganyang jangan tak ganyang. Jahat si Nurul ni tak cukup satu musim saja bertambah pula sampai musim ketiga ni. Paling best bila si Nurul ni dah dua kali tak jadi kahwin dengan Kuzairi 😂. Di episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini juga penonton dapat tengok si Helmi memarahi Syakila lepas Syakila kantoi bila rancangan jahatnya diketahui Helmi. Lepas Helmi marah dia automatik si Syakila ni boleh insaf dan jadi baik balik 😆😆. 




Acik Ila juga dah insaf dan Sofi juga dah berbaik semula dengan Helmi. Manakala Kuzairi juga dah berbaik dengan Mia, Adam juga sedar dengan kesalahan dia dan mendoakan Mia bahagia dengan Kuzairi. Bila keluarga Pak Samad dan bahagia dan tak ada masalah besar boleh pula lain jadinya. Tak sangkalah ending drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni sedih sebab pak Samad meninggal dunia dan sempat meninggalkan sepucuk surat buat keluarganya. Okey tu sedikit sebanyak sinopsis episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3. Apa pun dalam musim ketiga ni banyak gak pengulangan macam kes cemburu Mia dan Kuzairi, pastu ada perempuan nak rampas Kuzairi dan Kuzairi nak kahwin lagi. Lepas ni drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Bisik - Bisik Gelora.



Read More


My Random Post